Lanai Kijang

Lanai Kijang

Friday, August 28, 2026

Makan2 di SR

 Sesekali reward diri.... tutup dapo gantung piok kuali...






 Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan..Aamiin

Thursday, August 27, 2026

Penghilang dahaga dimusim panas

 Asalamualaikum dan salam jumpa lagi di dapo kak rose yang selalu saja hilang dari radar...

Sejak musim yang sangat panas membahang ni meh ler kak rose sajikan minuman penghilang dahaga... since semua bahan buah ni ada dikawasan kekeliling rumah yang sekangkang kera ni. Ni pun kira lucky sbb memang selalunnya akan berebut dengan cik monyet yang berkeliaran di kawasan kampung mencari makanan...
Buah markisa ni pun selalu saja dapat kat monyet tu kalau tak jaga sentiasa... sekali datang memang macam rombongan, dengan anak kecik yang bergayut pada ibu, bapak monyet yang berlagak garang memang selalu kena pantau lah buah2 ni kalau nak selamat.
 

Sour soup smothy yang sejuk memang sedap dinikmati masa panas2 ni...

sebiji buah durian belanda ni dapat lah satu jug untuk kami berdua menikmatinya sejuk2...
 
 
 

dan sirap nenas pun dari pokok dikeliling rumah. kiranya semua minuman ni hasil dari kak rose bertanam dikampung... tak lah banyak, tapi cukup lah untuk isi masa lapang dan dapat juga hasil dari tangan sendiri.

 

since kami berdua je duduk dikampung, so sorang segelas cukup lah ya..


Saturday, August 8, 2026

Doa buat mereka...

 


Semuga anak anak  dan cucu cucu atok mamanek dipermudahkan segala urusan duania akhirat

TIRAKAT UNTUK ANAK AGAR HIDUPNYA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN
 
Ada satu amalan ringan selama 7 hari yang boleh dilakukan oleh ibu bapa supaya kehidupan anak dipermudahkan dalam segala urusan. Insya-Allah, tirakat ini mudah dan tidak membebankan, lebih-lebih lagi jika dilakukan dengan penuh keikhlasan.
 
Asasnya adalah doa dalam Al-Quran, Surah Al-Furqan ayat 74: "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan dan zuriat sebagai penyejuk mata."
 
◇ Hari Ke-1 Mulakan dengan membaca istighfar sebanyak 100 kali selepas Maghrib atau Subuh 👉 Niatkan: Ya Allah, bersihkanlah anakku daripada dosa dan kesulitan
 
◇ Hari Ke-2 Baca selawat 100 kali (diutamakan Selawat Ibrahim) 👉 Niatkan: Ya Allah, berkatilah masa depan anakku
 
◇ Hari Ke-3 Bersedekah walaupun sedikit 👉 Niatkan: Ya Allah, permudahkan rezeki dan jalan hidup anakku
 
◇ Hari Ke-4 Baca ayat kemudahan 7 kali (Surah Al-Insyirah ayat 5–6)
 
◇ Hari Ke-5 Baca doa Nabi Ibrahim 21 kali (Rabbi habli minas-salihin)
 
◇ Hari Ke-6 Solat malam sekurang-kurangnya 2 rakaat 👉 Selepas solat, berdoa: Ya Allah, peliharalah anakku, permudahkan segala urusannya dan jadikanlah dia anak yang soleh
 
◇ Hari Ke-7 Doa khas ibu (Jika ibu tiada, boleh dilakukan oleh bapa) 👉 Letakkan tangan di kepala anak (jika anak jauh, cukup doakan sahaja). Baca doa ini: Allahumma ihfadz waladi Wayassir umurohu/ha Waj’alhu/ha minas-salihin
 
💢 Kuncinya ada 3:
 ☑️ Lakukan dengan ikhlas dan hati yang lembut 
☑️ Tidak banyak mengeluh tentang anak 
☑️ Sentiasa mendoakan anak
Semoga bermanfaat dan diberkati 
 
Qobiltu ijazah.

atok dan mamanek sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua... Aamiin

## terima kasih pada yang kongsikan di fb dan terima kasih juga ijazahnya. Mohon izin kongsikan disini pula ya. terima kasih sekali lagi.