Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 17, 2010

Pengat labu

pengat labu + sagu biji + ca ca

salam semua.... menu berbuka puasa untuk hari ke 7... kejap je dah seminggu kita semua berpusa dan syukur Alhamdullilah diberi kesihatan yang baik untuk kak rose menjalankan ibadah puasa ni.... manisan berbuka untuk petang ni kak rose buat pengat labu.... dan kejap lagi nak goreng karipap pulak.... resepi pengat labu ni kak rose main hantam je.... x de sukatan... asalkan sedap ditekak..... ada bubuh sagu dan ca ca dalam pengat ni...

ok semua, selamat berbuka puasa ya

Murtabak segera


salam dan selamat pagi.... ni menu untuk bukak puasa semalam bersama2 dengan agar cokelat tu.... bila puasa ni nak makan macam2 jer kan.... tu kak rose lah tu.... selalu nak yang manis dan masin jugak.... x tau kenapa ya mesti ada kuih muih untuk bukak puasa ni.... selalunya kak rose lewat baru makan nasik... jadi makan je kuih2 dulu... buat ni banyak dan dapatlah jiran kak rose merasa murtabak ni.... tp malas pulak nak sediakan bawang cuka tu.... jadi makan cenggitu jer dah sedap pun!. resepinya dulu dah penah tepek kat sini dan sekali lagi kak rose tepek ya.... macih minami133 kerana share resepinya ya....

Bahan-bahan ( 6 keping )
  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup (kak rose bubuh batang celeri banyak2... sedap rangup krup krap)
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
  • kulit popia
  • 2 biji telur
  • (kak rose doublekan bahan)

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

Monday, August 16, 2010

Agar2 milo/cokelat

ni kes x leh tengok orang buat cantik2 terus je teringin jugak nak cuba.... dan yang penting nak rasa..... bukak je dapur hana pepagi lagi dah nampak menda ni.... walaupun x de susu sejat gagahkan diri g cari dan balik terus buat..... dapat jugak merasa untuk berbuka posa ari ni.... seydap makan sejuk2.... tapi sungguhlah mencabar masa nak melapis tuh! maklumlah keras tangan dan kurengnya kesabaran.... jadilah herot merot dan tebal nipis je lapisan tu... apa pun macih pada ummi, CMG, nor dan hana yang sudi kongsi resepi nih.... kak rose nak mintak izin cnp kat sini yer.... (kak rose buat 1/2 je dari sukatan nih dan guna sepenuhnya serbuk koko)

Bahan-bahan
Bahan (Lapisan Coklat)

  • 8 gm agar-agar tali (strand) - basuh dan toskan ~k.nor guna agar2 serbuk 10gm
  • 1 3/4 cawan air (k.ummi letak hampir2 2 cawan) ~ k.nor letak 41/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula ~ k.nor letak 7sudu besar
  • 3/4 cawan serbuk Milo ~ k.nor gantikan dgn 1/3 cawan serbuk koko
Cara-Cara:-
  • Masak agar-agar bersama air hingga agar2 larut. Masukkan gula dan milo@coklat, kacau perlahan hingga gula larut. Tapiskan.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang empat segi 20 x 20 cm ataupun dalam acuan yang dikehendaki. Biarkan beku sebentar.
  • Kemudian cakar sedikit permukaan lapisan milo@coklat dengan garfu dan bolehlah dituangkan lapisan susu nnti. Jangan sampai terlalu keras. walaupon dicakar, puding akan tertanggal juga. better ketika puding tgh goyang2. tuang dari tepi yer..


Bahan Lapisan Susu:-
  • 10 gm agar-agar tali (basuh dan toskan) ~ k.nor guna agar2 serbuk (10gm)
  • 1 1/2 cawan air (k.ummi lebihkan jadi 1 3/4 cawan)~ k.nor letak 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan susu sejat Ideal/Carnation ~ k.nor letak 1 1/2 cawan susu
  • beberapa titis esen vanila
Cara-Cara:-
  • Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut.
  • Masukkan gual an kacau sebati hingga gula larut. Tapiskan.
  • Masukkan susu sejat dan esen vanila.
  • Dengan perlahan-lahan, tuangkan adunan ke atas lapisan milo@coklat tadi. Letak dalam fridge dan hidangan sejuk2.

Terung in hoisin sauce

salam semua..... petang semalam nyer lauk baru nak post kan pagi ni..... tersangatlah malasnya nak update blog masa2 posa ni.... masak tu tetap masak cuma malas nak menaip segala walaupun seharian duduk mengadap pc jer kejanya.... blogwalking n main game!.... tp pagi ni merajinkan diri nak menaip lah dan kasi tepek apa yang kak rose masak petang semalam..... malas nya nak masak pun..... resepi kak rose amik dari dapur AlongRoz, macih ya long.... ni dah kali kedua buat terung ni.... sedap!

INGREDIENTS:
2-3 Long Brinjals - halved & cut
2 Red Chilies*
2 Shallots*
2 cloves Garlic* (* pounded)
2 tbsp Dried Shrimps - soaked & chopped
1 tbsp Hoisin Sauce
1 tbsp Oyster Sauce

METHOD:
1. Heat up few tbsp oil & sautee the brinjals until golden.
Put aside.

2. Heat up few tbsp oil & fry pounded ingredients & shrimps fragrant.
Add in sauce & brinjals.
Dish out.

menu buka posa semalam.... popia goreng inti udang, carrot, sengkuang n togeh ..... apa yang ada dalam fridge je.....cicah homeade sos.....

dan ayam goreng kunyit dengan kacang panjang....

Saturday, August 14, 2010

Kuih cara manis

Salam dan selamat berpuasa ya.... dah nak sampai waktu berbuka pun.... dah siap ke juadah berbuka ari ni?.... kadang2 pening kepala mike nak masak apa kan..... so ari ni kak rose buat kuih cara manis ni..... abang asik sebut nak makan kuih ni.... tp sebenarnya kuih ni adalah kesukaan busu.... (jadi bila buat ni mesti teringat kat anak mama yang jauh tu.... makan apa agaknya busu ari ni?....x pe la nanti balik mama buat ya......) resepi kak rose amik kat rumah hana lagi.... sumber rujukan utama sepanjang masa.... timakasih ya duk hana yang posa di musim summmer, ciannya. mintak izin kak rose nak tepek kat sini ya....tp kak rose x de acuan bolu munge yang cantik tu.

Bahan-bahan
  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti
Cara-cara
  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje..

kuih cara manis....

puding roti marble ni kak rose buat jugak.... untuk abang bawak g keja dan bukak posa bersama2 subordinate nya... ha amik.... dengan loyang sekali abang bawak... harap2 depa suke dengan puding ni.... resepi sekali lagi amik kat rumah hana .... macih sekali lagi ya nduk! buat jugak ayam masak kicap dan goreng sayur sawi putih dengan carrot.....

puding roti marble

ayam masak kicap dan sayur sawi putih + carrot

Friday, August 13, 2010

Award n tag dari faradean

Salam semua.... wah hari ni kak rose nak angkut award Anugerah Terhormat Top Blogger 2010 yang diberi oleh faradean, eat little, sleep sound tu. tima kasih ya.... layak ke kak rose nak terima anugerah yang sebegini..... malu ai taw!.... apa pun terima kasih tanda ingatan ni..... tapi kena buat homework tu yang x berapa rajin.... dan x pandai, maklumlah cikgu didapur sendiri jer.... tu pun sentiasa terjah dapur orang nak cari resepi..... harap kawan2 x marah ya. dan untuk fara ni kak rose cuba buat homework ni...... kalau x betul mintak maaf ya cikgu.....

Soalan 1: Adakah anda rasa HOT..? Jawapan : memang hot sbb cuaca sekarang sangat panas.... tambah asik duk kat dapo jer........tambah hot sbb hari ni PC lembab siput.... shout mix x leh bukak..... hot jer (jawapan poyo....)

Soalan 2: Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?

Jawapan :

ni dia..... wall paper kak rose guna sejak dari Langkawi lagi.... x rajin nak tuko2 dan sebenarnya malas n x pandai..... Buta IT he he he.... ada cikgu2 nak tolong ajar?

Soalan 3: Cerita pasal gmbar nih..?
Jawapan : suka munga2.... banyak donlod gambar munga n nature.... suker sangat!

Soalan 4: Kali terakhir makan PIZZA..?

Jawapan : bila ya..... lama dah kot masa g Alor star ari tu... nak makan sllu teringat kat anak.... tunggu dia balik nanti baru makan lagi.... pizza cutter beli dah nak buat nya entah bila pulak!
boleh guna untuk lain tak?

Soalan 5: Lagu terakhir anda dengar..?

Jawapan :
Secret Garden.... song for a stormy night.... sayu jer....

Soalan 6: Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?

Jawapan : main game bodoh2.... sampai sakit tangan pegang mouse tuh! huh.... x de keja kan!

Soalan 7: Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?
Jawapan : Rose, mama rose, nama lain x de....


Soalan 8: Tag lagi 5 orang...

Jawapan :
ni yang x pandai ni... jadi pada kengkawan yang ada kelapangan tu, sudi2kan lah buat homework ni.... kalau salah cikgu x marah kan? jadi jangan takut ler.... cikgu x rotan nyer!

Soalan 9: Siapa orang no. 1...?
Jawapan : orang yang rajin nak buat homework ni
.... sayang kamu!.

Soalan 10: Katakan sesuatu pada orang no. 5...?

Jawapan : Rajin awak buat homework ni ya..... tq

Soalan 11: No.3 ade hubungan ape dengan sape...?
Jawapan : :Keng
kawan di cyberworld.....

Soalan 12: Bagaimana pulak dengan no.2...?

Jawapan : juga kengkawan di alam maya

Soalan 13: Kata2 cinta dengan orang no.4...?
Jawapan : Cinta? sapalah orang no 4 yg sudi buat homework nih?....


Soalan 14: Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag..

Jawapan :

1- mengenali di alam cyber jer...
2- borak2 di shoutmix chat box... macam kenal dah lama2 gitu
3- tahu sebab diorang x sombong dan rajin bertegur sapa
4- semuanya baik2 belaka - x kedekut ilmu masak2
5- rajin mengupdate blog memasing dengan segala neka cerita.... kak rose suker baca semuanya!

K, cikgu fara, homework dah siap..... walaupun x memenuhi piawaian..... kalau peksa ni sure fail sbb lain soklan lain jawapan yang kak rose bagi... he he he.... maklumlah cikgu dapur yang x pandai2 nih.... k dah nak senduk tuk bukak posa nih.... selamat berbuka posa untuk fara ..... n jangan lupa g terawih no....


Kerabu tauge n daun selom

salam dan selamat berpuasa..... kejap je dah hari ke 3 kita berpuasa ya.... semalam kak rose buat kerabu..... nak makan yang simple2 je dan senang menyediakannya..... dan sedap pulak tu.... resepi kak rose amik dari rumah An yang sedang berpantang tu.....dan dulu pernah tepek leh tengok sini.... sekali lagi kak rose buh kat sini untuk sapa2 nak cuba nanti.... tima kasih An.

Resepinya: Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

2 ikat selom (kalau beli kat pasar le... kalau petik sendiri anggaran 2 cekak)- hiris halus
10 sen taugeh- buang ekornya
1/2 cawan kelapa putih- disangrai sedikit hingga kering dan wangi. (jangan sampai perang)
1 tangkai cili merah dihiris (kak rose x letak sbb x de stok - kalau buh lagi cantik - kaler2 gitu)
**5 biji cili padi
**1 batang serai
** 3-4 ulas bawang merah
**segenggam ikan bilis dibersihkan (kak rose ganti ngan pati ikan bilis)

***kisar / tumbuk halus semua bahan bertanda **
1 biji limau nipis saiz besar-diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1 Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Perahkan jus limau nipis. Boleh tambah kalau suka lebih masam. Masukkan garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.

2. Sedia dihidang.

*** taugeh boleh juga diganti dengan bunga kantan atau ditambah kacang panjang yang dihiris halus... sedap juga...
dan lauk semalam jugak.... ayam masak kicap pedas.