seminggu berpergian, seripayaku bersiaran dengan auto post jer... tuan tanah meround satu malaysia bermula pada hari ahad minggu lepas... memula balik kampung dibatu pahat johor, hari isnin tu balik semula ke shah alam dan selasa meneruskan perjalanan ke narathiwat, thailand... dua hari disana, berpatah balik ke kota bahru dan esok paginya bergeak ke kuala terengganu pulak... lepas tu baru lah balik semuala ke shah alam... jauh perjalanan kali ini, dan banyak tempat persinggahan untuk cuci mata dan jugak cuci poket... nasib baik buah kuini yang kak rose beli semasa belum stat perjalanan tu masih elok rangup untuk buat sambal ni..
sebiji jer pun buatnya tapi satu mangkuk ni dapat sambal kuini bila dah bercampur dengan segala bahan yang lain tu... meh tengok resepi sambal kuinin tanpa belacan yang sedap ni. cik google yang bawak kak rose ke blog Yatie untuk resepi sambal kuinin tanpa belacan ni. mekasih kongsikan ya Yatie. tapi biasalah menderhakakan resepi untuk ikut tekak sendiri... hihi.. ada dua biji lagi tu, boleh buat lagi nanti. kalau rajin ler... untuk resepi asal dari Yatie boleh tengok kat sini ya...
Bahannya :-
- Sebiji buah kuinin
- 1 biji cili merah - dipotong*
- 5 biji cili padi* (kak rose guna sebiji jer cili api)
- Segenggam ikan bilis* (* goreng semua)
- sebiji bawang merah*
- Sedikit garam
- sebiji buah tomato, buangkan isi tengahnya*
Caranya :-
1. Goreng cili, bawang merah, tomato dan ikan bilis bersama
sederhana masak. Kemudian angkat dan tumbuk cili dahulu, bila cili dah
lumat baru masuk buah kuinin yg dipotong dadu.
2. Masuk kan sedikit garam, apabila buah
kuinin dan cili dah mesra, akhir sekali baru dimasuk ikan bilis, tumbuk
sederhana, jangan lumat ikan bilis tu.
3. Masukkan dalam mangkuk, siap untuk di hidang.
** kak rose blend semuanya, memudahkan kerja. guna blender yang kering tu.
1 comment:
sedap di makan denga nasi panas-panas
Post a Comment