Friday, September 29, 2023

Kaswi pandan gedik

buat lagi dan lagi... sedap dan mudah nak buatnya lagi pun bahan yang mudah semua ada didapo kan..

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar air kapur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau


Cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan di atas. Kemudian, sapukan acuan dengan sedikit minyak.

2. Isi adunan sehingga penuh acuan dan kukus selama 15 minit.

3. Bila dah masak, biarkan kuih sehingga sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.

4. Kukus kelapa parut untuk tahan lama dan tak mudah basi.

Sukatan di atas boleh dapat lebih kurang 24 biji kuih.

 

Thursday, September 28, 2023

Masak lemak cili api pucuk paku campur udang

fuhhh... panjang nya nama gulai lemak ni kan.. apa lah ada pada namakan, yang penting sodap gitu! lama sangat dah nak cari pucuk paku yang segar cenggini, so jom la kita masak lemak campur dengan udang.. lepas tu goreng ikan masin, walllahhhh sedapnya gandingan ni buat kak rose lah.. kak rose masak ni tak de lah nak sukat exact bahan2 tu, so ikut lah citarasa sendiri jer..


Rendam pucuk paku yang dah disiang dengan air garam. Bilas dan tapis. Tumbuk cili api dan kunyit hidup bersama garam. Dah siap tumbuk, masukkan dalam periuk dengan santan serta air secukupnya. 

Kak rose guna santan kotak.

Kemudian buka api dapur, didihkan santan baru masukkan udang. Bubuh sekeping asam keping dan akhir sekali masukkan pucuk paku. Tak payah lama sangat nanti sayur pucuk paku kurang rangup.
 
dah siappp... makan dengan nasi hangat2 lawankan dengan ikan masin goreng. sedap!

 

Wednesday, September 27, 2023

Sarapan di kampung

Sarapan kami semasa dikampung. nasi lemak seadanya... timun pun tak ade, tapi makan bertambah jugak!
bersama dayang pengiring yang ada... telo mata, bilis goreng, udang kecik salut tepung goreng garing dan sambal tumis leftover...
bertambah sedapnya bila ada dua kecik ni bersama kami di kampung... walaupun penat tapi hati sangat bahagia rasanya melihat keletah abang adik ni..
si abang posing dengan baju tido lagi nak g kebun nih!
 

Tuesday, September 26, 2023

Nasi Ayam

Bahan Untuk Masak Nasi:

  • 2 cawan beras wangi
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 60 gram kulit ayam
  • 2 cm halia – ditumbuk
  • 2 biji bawang putih – dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar holland – dipotong dadu kecil
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil butter
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukupnya

Cara Masak Nasi:

1. Semasa bersihkan ayam bahagian lemak ayam jangan dibuang. Simpan untuk masak nasi.

2. Panaskan kuali, masukkan lemak ayam biarkan sehingga keluar minyak. Bila minyak dari lemak ayam sudah keluar. Keluarkan kulit ayam tadi. Minyak dari kulit ayam akan berikan rasa yang sedap dan aroma yang harum pada nasi.

3. Masukkan minyak masak dan butter. Tumiskan halia, bawang putih, bawang besar sehingga wangi. Masukkan beras dan daun pandan dan goreng seketika beras tu. Masukan 2 cawan air rebusan ayam.

4. Kemudian, masaklah dalam rice cooker. Kalau rasa air rebusan kurang masin, boleh tambahkan garam

 

untuk sos merah

  • 3-4 batang lada merah*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri (kak rose guna cherry tomato)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos chili
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu besar gula
blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api. (kak rose x masak pun, terus cam tu jer pun dah sedap!)

untuk sos kicap
  • 3 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil madu
  • 2 sudu besar air rebusan ayam ( kak rose buh lebih air rebusan tu )

Campurkan semua. ketepikan.

untuk sup

  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong
  • 1 sk serbuk@kiub pati ayam
  • 1 batang saderi - potong
  • 2 inci halia - ketuk
  • Air secukupnyer
  • garam
  • daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

Untuk ayam

  • 4 keping ayam wholeleg, rebus (air nya untuk buat sup dan untuk masak nasik jugak)
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 inci halia - parut
  • 2 ulas bawang putih - parut
  • blackpepper - optional
  • bleh tambah minyak bijan jika inginkan lebih wangi
Campurkan semua bahan. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. (kak rose perap 20min jer) Susun dalam tray dan bakar lebih kurang 25 minit. hidangkan dengan nasi ayam, sup n sos merah dan juga dengan daun salad@ kubis, tomato dan timun.


 

Thursday, September 21, 2023

Minum petang di Port Ngopi

mencuba ngopi kat sini... agaknya kena pergi masa cuaca redup kot. panassss sangat
dengan mee kari yang pedas ni, bertambah lah panasssss nya.
 

Wednesday, September 20, 2023

Makan megi je

bila kerajinan tu ada, masak megi pun kira rajin lah kan...


memang benar bak kata moto nya.. senang dimasak sedap dimakan. Alhamdulillah...
 

Tuesday, September 19, 2023

Nagasari cantik

Nagasari cantik, secantik namanya. memang cantik sangat kejadiannya dan rasa yang sangat lemak manis kena dengan tekak lah. teringin nak mencuba, since bahan pun semua dah ada.. jom lah tengok resepinya... terima kasih ig cookingwithlenny yang kongsikan resepi sedap nih. kalau tengok kat ig dia, memang rasa macam nak mencuba semua kuih yang cantik2 tu. kreatif sungguh lah!

Bahan2:

2 pisang tanduk ukuran kecil (potong kecik2)

200gr tepung beras 

100gr tepung tapioka 

150gr gula pasir 

1/2 sdt garam 

1/2 sdt vanili 

800ml santan (satu santan kotak 200ml+air)

1/2 sdt pemutih makanan

Cara:

Satukan semua bahan kering dan masukkan santan sikit2

Kacau rata dan masukkan baki santan

Masukkan pemutih makanan (kalau ada lah)

Kacau rata

Sapu minyak pada acuan

Masukkan pisang dalam acuan berselang kelopak

Tuang sedikit adunan dalam acuan agar pisang tidak timbul (naik keatas)

Panaskan kukusan, masukkan acuan tadi dan kukus 10-+ minit

Tuang selebih adunan sampai penuh acuan

Kukus 15-+ minit lagi

Angkat biar sejuk dan boleh dikeluarkan dari acuan

boleh tengok videonya kat sini...https://www.instagram.com/p/Cvlqqs2ACQB/


 

Sunday, September 17, 2023

Serawa nangka bersama sagu

Jemu makan nangka gitu jer, jom kita buat serawa sedap nih..bila makan tak lah takut badan berangin ke apa kan.. malah boleh bertambah2 makan...
Bahan-bahan:

Nangka masak secukupnya, belah memanjang. kak rose suka letak banyak2
150gm sagu
Air secukupnya
1/2 cawan gula putih (ikutlah kemanisan yang disukai)
1 mangkuk santan kelapa (kak rose guna satu kotak santan)
Secubit garam
Daun pandan

Cara-cara:
1. Basuh dan toskan sagu.
2. Rebus air hingga agak mendidih.
3. Masukkan sagu dan kacau sehingga sagu kembang.

4. Tapis dan lalukan bawah air mengalir untuk buang kanji, ketepikan dulu
5. Masakkan santan dan gula bersama daun pandan hingga mendidih. kacau selalu

6. Masukkan semula sagu tadi
5. Masukkan hirisan nangka.
6. Kacu sebati dan biarkan mendidih seketika.  Sila adjust kemanisan ikut selera anda.

 

Saturday, September 16, 2023

Kuih sagu biji

Akhirnya berjaya jugak buat kuih sagu ni... dah cuba berkali tapi kenapa sagu yang kak rose beli tu bila dimasak terus hilang, tak nampak dah butir biji biji tu..bila tanya kawan2 ramai juga yang kena dengan sagu macam tu. apa kah ada biji sagu tiruan? 😧😧 kali ni kak rose beli sagu biji yang dah siap berwarna tu. Alhamdulillah jadi jugak  sudahnya...

Kuih Sagu

Bahan- bahan: 2 1/2 cawan air (kak rose letak 3 cawan air)
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap perisa rose dan pewarna merah
Sedikit kelapa putih + sedikit garam - gaul

Cara cara:

Didihkan air bersama perasa sirap hingga mendidih. Bila air dah telah mendidih baru masukkan sagu. Kacau rata selama 10 minit.
Kemudian bila dah nampak pekat sikit, baru dimasukkan gula pasir. Kacau sehingga pekat.

Bila dah likat sikit, masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Kukus sehingga sagu kembang dan tiada lagi putih putih (dalam anggaran 20 - 30 minit).

Sejukkan sagu di luar. Bila kuih masih lembap, potong ikut citarasa and gaulkan bersama sama kelapa putih. Siap untuk dihidangkan.


 

Friday, September 15, 2023

Apam gula merah

 Asalamualaikum dan jumpa lagi kat rumah kak rose yang telah lama terbiar ini....

dan kini kak rose nak sapu sikit habuk yang dah bertepek kat dapo ni, so ini lah apam gula merah yang dah kak rose buat berkali2 untuk macam2 occasion sebagai buah tangan dan juga pot luck majlis gader1 mahupun untuk minum petang kami anak beranak...
meh kak rose kongsikan resepinya.. terima kasih pada yang share pada awalnya..

APAM GULA MELAKA

* 1 cwn air
* 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus ~ kak rose guna brown sugar
* sehelai daun pandan
2 cwn tepung
1 sk dry yeast
3/4 cwn air
3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
secubit garam

Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam
acuan yang sedikit besar untuk apa gula merah ni, untuk minum petang kami..
sejak ada acuan swirl yang selalu oarng guna untuk buat kaswi gedik tu, kak rose pun nak jugcuba untuk apam ni.. cantik lah jugak jadinya. tu yang buat berulang guna acuan ni.. hehe.. naik lift tekan butang sendiri lah!