Sunday, June 12, 2022

Mee hoon goreng singapura

 

resepi mee hoon goreng singapura yang kak rose copy dari fb, terima kasih yang sudi kongsikan resepinya yang simple dan tak banyak bahannya... sebenarnya kalau tengok banyak resepi lainnya memang ada banyak bahan yang boleh dimasukkan dalam mee ini. tapi dengan bahan yang cuma sedikit ni pun dah cukup sedap apa lagi bila digandingkan dengan sambal kicap tu. tapi kak rose adjust sikit resepi ni dengan tambahkan sedikit air sebelum masukkan mee tu. so sedang elok jer mee tu lembut nya.

Bahan utama:

  • Sebungkus bihun direndam lembut.

Bahan A:

  • 3-4 ulas bawang merah
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu makan udang kering
  • 2 inci halia

Nota: Kisar kesemua bahan A


Bahan rencah:

  • Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
  • Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
  • Lobak sebatang dihiris halus memanjang,

Cara – cara memasak:

  1. Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
  2. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  3. Kemudian masukkan isi udang.
  4. Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
  5. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
  6. Siap dan sedia untuk dimakan!

1 comment:

  1. Nampak sedap tu, Kak Rose, lagi2 kalau makan dengan sambal kicap, tu kan. Dulu, arwah mak usu sy yang rajin masak bihun macam ni. Setiap kali rasa nak makan, nanti ibu suruh mak usu masakkan.. ah.. rindu.

    ReplyDelete