Sunday, April 10, 2022

Iftar #7 fillet ayam sambal

lauk berbuka yang sedap dan mudah jer nak sediakan, fillet ayam goreng bersambal campurkan dengan kacang panjang dan red capsicum. tap sambal kak rose ni memang tak pedas lah, cuma guna sebiji cili merah dan sebiji cili api blend bersama bawang dan tumiskan hingga wangi dan masukkan ayam yang telah digoreng, kacang dan capsicum tu... gaul gaul dah siappppp...
sayur kubis goreng a la mamak... tapi daun kari tak ada stok lah, so bubuh jer lah apa yang ada kan, kalau nak resepi boleh singgah kat sini pulak ya...goreng kubis ala mamak
ada lebihan inti buat karipap itu hari, so nak menerai lah buat samosa daging ni... memang tak pernah pandai nak melipat bungkus samosa nih. lepas banyak kali tengok utube, ni lah kejadiannya yang ada lah rupa sikit... tu pun berpeloh nak siapkan walaupun cuma sepuluh biji jer. selalu beli jer, tapi ada je lah yang tak kenanya... tak menepati citarasa lah, isi sikit lah... so nak puaskan hati buat lah sendiri... walaupun lama bersilat, tapi hasilnya hmmm... boleh tekan lift naik sendiri lah. 😋😍 lihat lah doniaaaaa samosa ku yang gemuks gemuks buncit! makan dua biji dah kenyang! Alhamdulillah.
hujung2 minggu ni jer buah yang tinggal... navel orange yang beso beso, sebiji jer untuk kami berdua... bila dah makan samosa dan minum sejeluk nescafe o kosong, buah pun tak terhabis lah jadinya... so sambung makan masa sahur bersama toast dan jugak nescafe o kosong. selamat berpuasa semua....
 

1 comment: