Monday, November 30, 2020

Nasi arab kabsah

dulu kalau nak makan nasi arab tempat kami tuju adalah di seksyen 7 di Rawsha Restaurant atau pun di restaurant Hadramawt di Gelnmarie tu. tapi sejak ber pkp dan ber pkpb ni memang tak makan dah kat luar.... kalau nak makan tapi tak rajin food panda dan grab jer. tapi sebenarnya kak rose lebih suka kalau dapat masak sendiri nasi arab ni... dan dah berkali2 lah buat nasi arab kabsah ni sebabnya rempah yang ada stok cuma ni jer... so bertabah jer lah ya. nasib baik tukang makan pun ok jer walaupun dah berkali3 buatnya.. jom tengok resepinya..
Bahan-Bahan:

1kg beras Basmati(rendam 30minit)
Ayam 1 ekor dipotong 12 bahagian.
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
3-4 biji cili hijau 

Minyak Zaitun untuk menumis.
3 sudu besar rempah kabsah (kak rose guna ready made rempah)

(kalau nak buat from scratch resepi ada kat bawah ya)
1 biji buah tomato dipotong dadu

Cara Masak:

Tumis bawang dan cili hijau dan tomato yang telah dimayang sampai wangi. 
Masukkan rempah kabsah.
Selepas garing masukkan ayam dan masak sampai kering airnya. masukkan air dan beras diikuti dengan garam. Boleh juga ditambah setengah cawan susu cair.Selepas nasi masak,letakkan sedikit minyak sapi.


** cara kak rose: perap ayam dengan rempah kabsah dan biarkan dalam sejam, pas tu rebus sekejap. keluarkan ayam dan air rebusan jangan dibuang, guna untuk masak nasi pulak.. lepas tu ikut cara seperti diatas. tak de tambah susu, nasik dah masak elok.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
1sudu tomato paste
daun ketumbar
garam
gula

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan
Salad Arab
3 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
4 biji cili padi hiris
2 biji cili hidup hiris
Daun ketumbar
1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk lada hitam
lemon sebiji
2 sudu gula
1 sudu yogurt plain (kak rose omit yang ini)

Campurkan semua bahan dan gaul rata

 

Sunday, November 29, 2020

Macam2 ade untuk minum petang...

semua beli frozen... tolong kawan2 yang buat jualan kan...semuga mereka semua dimurahkan rezeki

kuih bom dan cucur badak yang pedassss... buang inti baru boleh makan lah kalau kak rose ni..😜
beli jer jugaknya... kawan yang dulu agent hartanah sekarang jadi agent pau pulak... sedap pau kacang merah ni
pun beli jugak masa balik dari sepital, petang nak makan just air fryerkan -+4 minit... krispy kulitnya.
sambal kicap dan kopi jer yang buat sendiri... mudah kerja tukang masak ni kan...

goreng pisang pun beli gak, sambal kicap tu idok le beli juagknya...

chicken grill subway... dah tentulah yang ni pun beli jer kan
cucur badak lagi... yang ni ok sikit. tak de la pedas sangat, intinya sesedap rasa... boleh beli lagi nanti
sorang nak karipap dan tukang masak teringin nak makan kuih kaswi pulak... homemade lah kiranya.
karipap pusing yang tak berapa nak pusing... rupa out tapi rasa memang padu, kena dengan takak ni.
 
kek marble moist, pun beli gak. malas eh tukang masak? boleh beli buat apa nak buatkan.. hihi
pepes ayam pun ada...jauh budak yang datang berjual dengan motor ditengahari yang panas...


Saturday, November 28, 2020

Laksa penang sedappp

 Tq Along Rafidah @airtanganrafidah

Allahhuakbar.... laksa ini sangat mengingatkan kak rose pada kawan yang memang dah anggap macam adik, duduk berhadapan rumah masa di subang jaya  dan kami sama2 suka buka pintu rumah untuk bergader2 makan sama2... dan dia punya specialty laksa penang ni lah. untuk jamuan terbuka hari raya kami sama2 buka pintu buat serentak. laksa penang darinya dan dan laksa johor dari kak rose. sungguh itu semua tinggal kenangan... Al-Fatihah buat arwah Emma  dan kini sianak pulak meneruskan legasi arwah dengan laksa sedapnya... memang sangat sedap. rasa sekali pasti nak lagi dengan kuah yang pekat sesedap rasa... so sesapa yang nak merasa laksa sedap ni boleh lah klik link kat atas tu..

semuga murah rezeki Along dengan laksa warisan arwah ni... boleh contact link diatas, delivery guna  apps food panda cod pun ada rasanya.. cubalah sesambil membantu perniagaan anak yang telah kehilangan ayah dan emak tersayang within 6 monts apart... Al-Fatihah buat kedua2 arwah..

 

jangan malu2 untuk nak rasa laksa sedpppp ni... sekali rasa pasti nak ulang2 lagi...

 

Friday, November 27, 2020

Tukar cara berdoa

Asalamualaikum dan salam Jumaat buat semua...

 

perkongsian dari wall fb, kak rose kongsikan kat sini pulak untuk kita sama sama menghayatinya. semuga Allah makbulkan doa kita semua. Aamiin

TUKAR CARA BERDOA? 
 
IN SHAA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, #ThePowerofDoa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.
 
❤️FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku “.
 
❤️FORMULA KE 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."
Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila IN SHAA ALLAH.
 
❤️FORMULA KE 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,
" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
 
❤️FORMULA KE 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
 
❤️FORMULA KE 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'
 
❤️FORMULA KE 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'
 
Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.
 
Kredit : Tanyalah Ustaz via Hasmah Solan

 

Thursday, November 26, 2020

Masak lemak udang dengan nenas

bila dapat beli udang yang size L ni memang sangat nak buat masak lemak cili api campur dengan nenas cam ni... udang kena simpan dulu hingga dapat beli nenas pulak lah... so bila dah ada tu moh ler kita buat masak lemak cili api udang dengan nenas ni... actually tak lah masak lemak cili api sangat sebab kak rose guna dua biji jer cili api tu. tukang makan tak tahan pedas, nasib baik tukang makan tak kisah dengan apa saja yang tukang masak hidangkan... Alhamdulillah..
kak rose memang masak sikit jer... untuk sekali makan, sebab malam memang nya kami tak amik nasik dah... cukup lah dengan snek ringan atau pun kuih muih minum petang tu..

Bahan-bahan :  
  
6 ekor udang
nenas secukupnya
1 cawan santan - boleh tambah
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dicrik-carik
Garam secukup rasa
 
Bahan tumbuk :
2 biji cili api - suka pedas tambah lagi ya
 kunyit hidup

Cara : 
 
Bersihkan buah nenas kemudian buang empulur di bahagian tengah yg keras dan boleh la dipotong kecil buah nenas ni .celorkan sekejap dan tapis.
Bersihkan udang, tos dan ketepikan dulu .
Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai dan daun kunyit ke dalam periuk .
Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua udang dan nenas kemudian kacau serta biarkan sampai kuah mendidih .
Bila dah masak dan cukup empuk boleh la ditutup api dapur . Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak.

cukup untuk kami berdua dan yang pasti mesti ada ikan masin goreng nak dilawankan dengan gulai nenas udang ni. bertambah2 lah nasik.
 

Wednesday, November 25, 2020

Nasi goreng+ayam goreng

 ayam goreng tu beli jer... sedap sos pencicahnya tu.. Alhamdulillah...

 balik rumah, goreng nasik bodo bodo untuk digandingkan dengan ayam goreng ni..

 

Tuesday, November 24, 2020

Tumis labu air

 sayur sempoi, kak rose makan tanpa nasi.

Bahan-bahan

  • sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) - buang kulit dgn pengupas timun & dipotong dadu.
  • setengah cekak suhun @ so'un
  • semangkuk kecil fish ball. boleh jer gantikan dengan isi ayam(hiris nipis) @ udang basah
  • 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda - dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis
  • (kak rose tambah carrot )

Cara-cara

  1. panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan fish ball, lalu masukkan 2 mangkuk air.
  2. biar mendidih seketika pastu masukkan labu air dan carrot. .biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
  3. bolehlah dihidang panas atau sejuk..

 

Monday, November 23, 2020

Nasi ayam

 Nasi ayam sekali harung katanya...

sejak jumpa ig superdaddy @mynameiskhairul ni, banyak pulak resepi yang kak rose nak cuba.. memang tabik sungguh lah dengan dia ni yang bukan saja pandai masak malah presentation dia juga sangat vouge. memang layak lah gelaran superdaddy pada tiga anak kecik2 ni. terima kasih kongsikan resepi dan menu yang rasanya kak rose boleh cuba walaupun kejadiannya tak lah serupa seperti yang asal... jom tengok resepi nasi ayam sekali harung ni... mudah dan sedap pulak tuh! mohon cnp ya
Bahan-bahan yang diperlukan:

3-4 ketul besar ayam, dibersihkan dan letak garam sikit.
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil.
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan. Kalau basmathi rendam dulu setengah jam dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris.
1 sudu besar minyak bijan.
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan jika ada.
1 pokok daun ketumbar jika ada.
1 pokok daun bawang jika ada.

Cara nak masak nasi ayam:

1. Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sebentar. Kalau nak masak dalam periuk letrik, tutup api dan transfer bahan tumis tadi ke dalam periuk letrik.

2. Lepas tu, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan simpulan daun pandan jika ada. Takde tak apa. Takde siapa nak marah.

3. Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh, kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras. Kalau 2 pot beras, 3 cawan air. Gitulah. Kalau ada air rebusan ayam lagi bagus, tak perlu guna kiub dah.

4. Kacau rata dan masukkan ayam dan daun bawang serta daun ketumbar kalau ada. Masak seperti biasa.

Siap dah nasi. Mudah jer.

Untuk sos thai lagilah senang yakmat.

Tuang sos thai yang dalam botol tu ke dalam bekas, ikutlah nak banyak mana. Lepas tu perah limau nipis dan tambah sedikit kicap cair dalam 2 sudu kecil. Potong cili padi dan daun ketumbar lalu masukkan dan kacau sebati.

Siap.
 

 

Sunday, November 22, 2020

Buah melaka pandan

bila teringin nak makan kuih macam masa berbuka pada bulan puasa, maka merajinkan diri lah kita... gigih mencari gula melaka yang macam selinder tu untuk buat kuih sedap nih. pernah buat guna gula nise yang keping tu, tapi tak mo cair lah pulak duk dalam buah tu... tak best la kan. so kali ni memang ngam sangat,  cair meleleh isi buah melaka tu. puas hati tukang masak dan tukang makan jugak.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 5 helai daun pandan
  • Gula melaka di potong kiub kecil
  • Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. Kemudian campur air pandan tadi dengan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
  5. Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.
 

Saturday, November 21, 2020

Sandwich pisang bakar

 Buat lagi sandwich pisang bakar ni... sedapppp

sejak pertama kali buat, asik teringat ingat jer nak buat dan makan lagi... bila beli pisang tu, simpan sikit untuk buat ni.kak rose guna pisang berangan yang montoks montoks ni. bila dah ripe sangat memang manis sangat pisang ni... sangat sedap untuk buat snek ni

tamak kalau membeli, satu sikat besoooo ni memang lambat lah nak abesnya sampai lah jadi ripe sangat... instead of buat cekodok, kita buat lagi lah sandwich pisang bakar ni. untuk 4 keping roti ni kak rose guna 3 biji jer pisangnya..

dah lah manis, tabur gula pulak atas tu... berganda2 manisnya. tapi sedap lah sebab guna gula perang

 

bersauna dalam oben... kalau nak sampai rangup cam ni memang kena amik masa sikit lah masa membakarnya... tapi hasilnya memang umppphhh rangup krup krap gitu.

Roti sandwich pisang bakar
by. @kualihelena

roti sandwich
marjerin
telur
pisang, hiris nipis
gula perang

Sapu roti dengan marjerin depan dan belakang
Susun roti diatas tray yang telah dilapik dengan baking paper. kak rose tak alas pun
Kocok sebiji telur dan sapukan diatas roti.
Susun pisang dengan kemas di atas roti tadi.
Sapukan telur lagi di atas roti, sapu tebal tebal.
Tabur gula perang di atasnya.
Bakar pada suhu 180°c api atas bawah hingga kecoklatan.
Roti sandwich pisang bakar is done!

 

Friday, November 20, 2020

Doa pendek yang mustajab

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari...



kak rose tepekkan kat sini perkongsian dari wall di fb... terima kasih pada yang kongsikan untuk bacaan kak rose dan siapa juga yang membacanya. semuga bermanafaat.
 

Thursday, November 19, 2020

Sandwich telor mayo

ada masa dan sedikit rajin kak rose buat sandwich telor mayo ni... kalau tidak memang hari2 makan roti sapu buttar dan bakar jer. yang ni memang tak pernah jemu lah. sarapan yang mudah dan mengenyangkan. tak kan buat perut meragam, bak kata en asben.  tapi hari ni jer lah tukar sikit roti tu jadi sandwich ni... 2 biji telor rebus untuk 2 set sandwich, memang kembung bloated sandwich kak rose ni!

Bahannya
 
Roti wholemeal secukupnya ( gardenia putih biasa pun ok )
2 biji telur rebus dan hancurkan (untuk 4 keping roti)
1/2 batang carrot dihiris halus *takde stok
Beberapa lembar daun salad 
mayonis ikut sesedap selera anda
sedikit lada sulah atau lada hitam serbuk
garam dan gula secukup rasa
boleh letak cheese slice jika ada stok
Kalau takada cheese slice pun ok je sandwich kita masih sedap dan lazat

tomato dan parutan carrot - yg ni kak rose tambah
(kak rose picitkan sos cili atas roti dulu baru taruh daun salad tu... suka dengan rasa mayo+sos tu)
Caranya
Gaulkan semua bahan-bahan inti sandwich, kecuali salad
Dah secukup rasa sapukan di atas roti dan tutup dengan sekeping lagi roti
Letakkan salad dahulu diatas roti tu, yang suka tomato boleh jugak letak tomato panggang
Untuk yang guna cheese letak  cheese sebelum inti nya ok

Susunlah ikut kreativiti
Sedia untuk di nikmati.


Wednesday, November 18, 2020

Rindu kampung halaman....

 Bila la PKPB/PKPP ni nak habisssss.....