Tuesday, June 30, 2020

Buat lagi, nasi arab kabsah

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan...

 buat lagi nasi arab kabsah ni... Alhamdulillah sedap buat keluarga kecil kami dan juga untuk tamu yang datang.. dan selagi ada lagi stok rempah nasi arab kabsah ni, selagi itu lah akan ada lagi untuk menu ni dimasa akan datang... kalau tukang masak ni rajin dan ade permintaan lah..😜

 sangat mudah masaknya...... masuk semua sekali dalam piok dan set 7 minit hp...

 sementara tu, sediakan sos harrah untuk digandingkan dengan nasi arab ni... sedap weh! tapi kali ni tak buat salad arab yang mudah tu...

dan dah siap... yang ni tapau untuk ibu yang dah nak balik ke serendah pagi tu.. resepi nasi arab kabsah tu ada kak rose kongsikan kat sini ya kalau ada yang nak mencuba nanti...
 
 Alhamdulillah, kongsi kongsi rezeki...

Sunday, June 28, 2020

Serunding halia


 serunding halia yang kak rose buat dengan cerita sedihnya.... Allahuakbar. kami redho dengan ketentuan dan ujian Mu ya Allah..


Bahan-bahan
1 kilogram halia tua (dihiris halus)
1 labu bawang putih (dihiris halus)
1 genggam ikan bilis
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan perasa (jika perlu)

Cara:
1. goreng bawang putih hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. goreng halia hingga garing, angkat dan ketepikan dalam bekas lain.
3. goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan.
4. campurkan semua bahan digoreng tadi dengan sedikit garam. Gaul sebati dan siap dimakan.

Thursday, June 25, 2020

Healthy snacking?

 kononnya lah... makan yang healthy sebab colesterol dah tinggi dan doktor pun dah soh makan ubat untuk turunkan paras LDL cholesterol yang jahat tu..dan sekarang ni sambung semula minum susu dan makan oats yang terberenti sejak bulan puasa tu. harap dengan cuba amik helathy eating ni dapat lah kurangkan kan sikit kan.. ni nak kena buat check-up semula lepas tiga bulan amik ubat untuk tengok perubahannya..tapi kalau snacking jer yang kononnya healthy tapi yang lain tu maian belasah jer boleh ker? sendiri mau ingat lah kan...

 healthy lah sangat bila goreng guna air fryer ni sebab tak de minyak kan..tapi tang rasa tu memang tak boleh kalahkan bila goreng dengan minyak.... ish... ish!! nak jugak yang sedap dengan minyak2 tu!

cik air fryer sedang beraksi menggoreng samosa for my minum petang... 15 minutes at 180°C, air fried samosa pun ready untuk dinikmati 😋😋

Wednesday, June 24, 2020

Thursday, June 18, 2020

Bubur pulut hitam

Asalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari
semuga kawan2 yang singgah kat sini semuanya baik baik saja..

 kalau dulu sebelum pendemic covid 19, tiap pagi jumaat kami kariah mesjid kat sini akan bergader2 untuk bacaan surah Al-Kahfi beramai2... dan yang pastinya gebang2 setelah seminggu tak berjumpa dan juga makan2 pot luck selepas bacaan tu... sangat ternanti2 waktu tu untuk kami2 yang memang tak keluar berkerja ni.. ini lah masanya kita bejumpa selain adanya kuliah dimesjid dan juga kelas mengaji yang perlu dihadiri... so sekarang ni miss semua tu..semuanya dilakulan bersendirian kat rumah jer! berkumpulan ramai2 masih belum dibenarkan dan mesjid jugak belum dibuka untuk orang ramai..Insya Allah masanya akan tiba untuk semua kegiatan kembali normal.. Aamiin

dek rindu nak buat kuih hari jumaat, ni lah tepek bubur kacang yang kak rose buat untuk kami minum petang.. since en asben pun kerja separuh hari dan berselang hari sepanjang pkp, jadi kenalah jugak sediakan menu untuk minum petang... dan berselang hari masak untuk lunch pulak.. itu lah kerja tukang masak kan.. jom tengok resepi bubur pulut hitam ni..

Bahan :
1 cawan beras pulut hitam ~ direndam (lagi lama lagi elok)
6 cawan air
5 sudu besar gula
sedikit gula nisan
secubit garam
3/4 cawan santan fresh
2 helai daun pandan
sedikit santan fresh (extra) yg ni kak rose tak bubuh

 Cara:
Masak beras pulut hitam bersama air dan daun pandan hingga beras empuk (dgn api sederhana).
Masukkan gula, gula nisan dan secubit garam.Masak lagi hingga gula hancur.
Kemudian masukkan santan dan masak seketika lagi.
Padamkan api.
Hidangkan dlm mangkuk dan masukkan sedikit santan fresh diatasnya (x letak)

Saturday, June 13, 2020

Kuih siput rangup

Salam hujung minggu buat semua...
balik kampung ker tu???

dalam masa pkp ni banyak sangat masa yang terluang sebab semua aktiviti seharian terhenti dan cuma boleh duduk dirumah jer kan.. so macam2 resepi dan menu dicuba untuk isi masa... begitu juga la kak rose ni, cuba buat kudapan untuk teman menghadap pc... sambil menaip, sebelah tangan masuk dalam balang kutip siput masuk molot..walaupun dah di era pkpp, tapi kak rose masih jugak lah duduk dirumah saja... minggu depan baru en asben bercuti dan boleh lah balik kampung...ziarah kubur arwah emak, bapa dan ziarah adik beradik dan saudara mara yang lain. Insya Allah.

sebelum tu, jom lah tengok reepi kuih siput rangup ni...

Bahan-Bahan:
  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram majerin/mentega
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  • 1 biji telur
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air
Cara Membuat Kuih Siput

1) Mula-mula tuang sedikit minyak dalam kuali dan goreng bawang putih. Selepas itu masukkan udang kering. Goreng sehingga agak garing. Toskan minyak dan sejukkan seketika sebelum ditumbuk halus kedua-duanya dan ketepikan.
2) Sambil itu anda boleh cairkan mentega dan ketepikan. Biarkan ia sejuk seketika.
3) Dalam satu bekas yang lain gaulkan tepung gandum  bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan yang telah ditumbuk halus tadi.
4) Selepas itu tuang mentega cair yang telah disejukkan sedikit demi sedikit ke atas campuran tepung gandum. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
5) Untuk mendapatkan kuih siput yang rangup anda perlu ketepikan adunan seketika dan biarkan mentega menyerap ke dalam tepung.
6) Kemudian tuang air dan telur (dipukul sedikit terlebih dahulu) berselang seli ke dalam adunan tepung. Gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut. Sekiranya doh masih keras, anda boleh tambahkan sedikit lagi air.
7) Setelah itu rehatkan doh seketika.
8) Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk ke dalam dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung agar tidak melekat.  9) Akhir sekali goreng kuih siput bersama daun kari sehingga kekuningan. Setelah itu angkat dan toskan. Biarkan kuih siput sejuk seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Friday, June 12, 2020

Cara wanita bersedekah

Asalamualaikum, perkongsian dari group whatapps... tepek kat sini untuk peringatan diri sendiri dan semuga memberi manafaat kepada yang membacanya...Aamiin

Cara wanita bersedekah

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?

Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: "Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.

Rasulullah SAW  bersabda:

"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."

Dan sabda beliau itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya?

Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.

Berikut contoh-contohnya:

Sedekah itu beraneka ragam:

1. Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.

2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.

3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.

4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dll anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.

5. Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.

6. Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.

7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.

8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.

9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.

10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.

11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.

12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.

13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bkn Islam, itupun sedekah.

14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.

15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.

Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah Penting:

Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...

Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama.... yang paling dekat, kemudian yang terdekat.

Perlu diingatkan bahawa;
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".

Sebarkanlah info ini, supaya menjadi sedekah untuk anda, dengan izin Allah.

Aamiin Ya Robbal 'Alamin....  (menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah).

Wallahu a'lam...


Kredit Ustaz Iqbal Zain.

 

Thursday, June 11, 2020

Rendang ayam sedap

Asalamualaikum dan salam khamis...

 masih dalam mood hari raya? buat kak rose memang tak terasa sangat sbb memang tak kemana2 pun hari raya ni.. cuma sambut bersama keluarga kecil kami, ya lah dalam masa pkpb kan.. dan bila pkpb dah lifted dan digantikan dengan pkpp, masa ni lah baru boleh berhari raya dengan adik beradik kan.. tapi kan tak lah nak berbebut2 nak balik kampung.. masih dalam keadaan berhati2 dan kita jaga kita.. minggu depan baru kami plan nak balik kampung, gader2 adik beradik... so ni nak tepek rendang ayam yang kak rose buat untuk pot luck di pejabat en asben.. resepi kak rose amik dari perkongsian di fb.. cuma gandakan bahan2 according to berapa ekor ayam yang di masak..yang ni kak rose masak untuk dua ekor ayam, so pandai2 lah nak gandakan ya.  jom tengok caranya..


Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam (saiz besar)
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 mangkuk besar santan pekat
  • 1/2 mangkuk kecil ais asam jawa (kak rose guna asam keping)
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
  • Bahan-bahan untuk rempah tumis:
    • 2 batang kayu manis
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 5 biji buah pelaga
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
    • 1 biji bawang besar
    • 8 biji bawang merah
    • 5 ulas bawang putih
    • 2 inci halia
    • 3 ketul kunyit hidup
    • 2 inci lengkuas
    • 2 batang serai
 

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk rendang:
    1. Bersihkan ayam dan toskan.
    2. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
    3. Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10 minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
    4. Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
    5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    6. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.

Wednesday, June 10, 2020

Tahun 2020 dan covid 19 pandemic

1st day of  RMCO - Recovery Movement Control Order
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
10th June to 31st August 2020

18 Mac hingga 12 Mei 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan
13 Mei hingga  9 Jun 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
10 June hingga 31 August 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Tuesday, June 9, 2020

Setahun sekali

dan keputusannya....
hari ke 84 dan terakhir pkp/pkpd dan esok bermulah pkpp hingga 31 august 

Allahuakbar... the result for my yearly health screening... susahnya nak jaga kesihatan sendiri kan.. setahun sekali kak rose buat blood screening ni untuk tengok tahap mana kesihatan diri sendiri.. dulu memula kak rose akan buat setiap hujung tahun, then last year stat delay hingga bulan march. dan kali ni laaaaagi lah lambat baru dapat buatnya... memang nak buat masa bulan march hari tu, tapi tetiba ada PKP dan memang tak berani nak keluar pun masa tu... so terus lah delay hingga lepas raya seminggu baru dapat buat...

 dan bila lepas puasa dan raya,  memang susah lah sikit nak jaga pemakanan... masa berbuka pun selalu jer makan yang manis2 dan bergoreng segala.. lepas tu raya pulak dengan rendang ketupat bagai.. dapat lah result yang sangat tak bagus nih.. tapi doktor kata masih ok jer keputusan ni cumanya ESR tu tinggi mungkin sebab kak rose ni masih nursing sakit lutut tu agaknya... walaupun dah tak sakit, tapi bila bangun ada bunyi macam something is not right cam tu.. krrreeekkk cam tu lah lebih kurang bunyinya... doktor pun gelak jer bila kak rose kata cam tu... tak tau nak explain camner sebenarnya!


 
 2nd page ni pun semuanya ok keputusannya, Alhamdulillah..

 page ni yang sangat menakutkan... compare to last year's result memang jauh sangat bezanya..very bad result for LDL tu... dan lepas tu no choice, doktor soh makan ubat untuk turunkan bacaan kolesterol jahat tu!... continue with susu omega dan oats dan juga dengan harapan akan kembali berbrisk walk lah pepagi tu. tapi masa ni masih ragu2 nak keluar berjalan, so buat jer atas tread mill lah dulu..harap istiqomaha lah. yang bagusnya gula dalam darah ada lebih baik sket daripada last year. walaupun masa bukak puasa tu hari2 minum teh o dan kuih manis2, so syukur Alhamdulillah masih baik bacaannya.

 yang ni pun semua ok keputusannya..cuma tang kolesterol jahat tu lah yang sangat tak bagus resultnya... kan dah kena makan ubat, so dcktor soh datang buat semula test in three months time.. harap2 nanti dapat keputusan yang bagus lah. rasa sangat jelous dengan keputusan ujian darah en asben yang sangat bagus... not a single item pun yang highlighted! kawan2 dah buat health screening tak? semuga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik dengan kita sendiri cuba jaga diri sendiri dengan sebaiknya...


Monday, June 8, 2020

Maka bermula lah...

Salam isnin dan salam pkp dan pkpb hari ke 83
selamat datang perintah kawalan pergerakan pemulihan (pkpp)

 ya maka bermulah kisah makan ubat untuk kurangkan kolesterol ni...during MCO/PKP memang tak pergi berbriskwalk dan juga tak buat apa2  exercises, disambung pulak puasa dan berhari raya,  tapi yang bagusnya dalam masa pkp ni ada jugak penurunan berat badan...blessing in disguise? entah lah... dan lepas berhari raya pergilah pulak buat blood test ni..dalam sebulan berpuasa tu memang tak jaga makan, susu omega dan oats pun memang tak amik langsung dalam sebulan tu... seminggu lepas berhari raya, kak rose buat blood test ni dan kesannya kini kena makan ubat untuk kurangkan paras kolesterol dalam darah... aduiiiii la... dan dua jenis kat atas untuk kami berdua lah.. result untuk en asben memang semuanya sangat bagus..tapi kak rose punya, kolesterol jahat tu memang tinggi lah.. so pasrah lah bila kena amik ubat ni... susu omega dan oats tak mampu nak tolong dah.

supplement untuk sakit lutut tu pun kena amik jugak... walaupun dah pulih sepenuhnya selepas buat physio tempoh hari tu... tapi supplement ni amik jer la for precaution kan..prevention is better than cure kan... harap tak lah berulang lagi kes sakit lutut tu kan..

Sunday, June 7, 2020

sekali sekala tukar menu..

beef lasagna untuk lunch

 tapau jer, tak perlu nak bersilat di dapo kan..

just reheat n lunch is ready... mudah kerja tukang masak.

Saturday, June 6, 2020

Masak lemak udang+kacang panjang

Salam hujung minggu dan salam pkp hari ke 81

 duduk dirumah ni moh ler kita masak dan makan dan masak dan makan saja...macam2 resepi dah cuba... kekadang sampai buntu tukang masak ni nak sediakan menu tu...mana2 yang jadi kesukaan tukang makan tu lah yang berulang2 masaknya... dan buat kak rose stok udang memang sentiasa ada, maklumlah yang ni lah paling mudah nak sediakan.. dari freezer tak perlukan nak tunggu lama utuk nak thawkan..dan boleh dipelbagaikan cara menyediakannya... so kali ni masak lemak cili api campur dengan kacang panjang. jom kak rose kongsikan resepinya..

Bahan bahan:
10-15 ekor udang
Kacang panjang secukupnya
250 gram santan segar pekat - ½ biji kelapa
Garam

Bahan kisar:
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili padi (ikut la kepedasan memasing ya)

Cara cara:
Masak bahan kisar sehingga airnya kering dan masak. Masukkan santan dan air secukupnya. Kacau rata sehingga mendidih.

Masukkan kacang buncis dan udang. Akhir sekali, masukkan garam. Boleh disesuaikan rasa dan ditutup api.

Nota:
Masak kacang buncis dan udang sekejap sahaja, terus tutup api supaya kacang kekal rangup dan udang juga tidak kecut.

Friday, June 5, 2020

Jejari cucur manis

 ha ha... kalau buntu nak sediakan menu untuk minum petang, jom ler kita buat jejari cucur manis ni.. mudah disediakan dan sedap pulak tu... at least pada kak rose lah yang memang penggemar apa2 pun jenis cucur aka cekodok. nikmati hangat2 bersama secawan nescafe dipetang hari memang heaven dah rasanya.. jom tengok resepi mudah ni...

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3 sudu gula
1 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
 bentukkan cam ni dan potong2, goreng hingga kekuningan..dah siap!!!

Cara-caranya:
1) Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2) Masukkan kedalam tepung gandum
3) Gaul sebati
4) Biarkan sejuk seketika
5) Bentukkan dan goreng dengan api perlahan

Thursday, June 4, 2020

Kuey teow goreng udang


 lately suka pulak makan mee dan jugak kuey teow.. mudah disediakan dan mengenyangkan pulak tu, makanya tukang makan rajin order dan tukang masak pun dengan rajinnya menyediakan nya.. asalkan segala nya dah dibelikan... jom lah kita buat goreng kuey teow ni..resepi dari blog Azie Kitchen, mekasih ya. tapi kak rose buat sebungkus jer, so pepandai lah nak adjust bahan tu ya..

Bahan-bahan:
3 bungkus kuey teow 
7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.
1 sudu besar cili kering kisar
Udang secukupnya
1 mangkuk taugeh
1 ikat daun kucai
Garam

Bahan sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
2-3 sudu besar kicap manis


Cara cara:
 
Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 
Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. 
Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masakTuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. Masukkan udang dan kacau rata. Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa
Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata. Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 

Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap
Kacau sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis. semasa menghidang, tabur sedikit cili merah, bawang goreng dan daun sup.

Wednesday, June 3, 2020

Tuesday, June 2, 2020

Siakap stim a la thai

hmmmm.... sedapnya..

 first time masak ikan siakap stim a la thai ni..sedap yak amat dengan bau semerbak harum daun ketumbar tu.. terasa kelainannya dari yang selalu masak tu.. atapun selalunya kalau ikan siakap ni kak rose masak tiga rasa or masam manis gitu.. ade sesekali jer buat stim sbb rakyat kat rumah ni tak berapa gemor kalu stim cam ni..tapi yang ni memang habis sekali ngadap untuk kami berdua... jom tengok resepi yang kak rose kopi dari fb

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Seekor ikan siakap
  • 2 biji limau nipis (dipotong dua) (kak rose guna sebiji lemon)
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • 5 halia (dihiris nipis)
  • 3 cili merah kecil (dihiris)
  • 3 cili hijau kecil (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 batang daun ketumbar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 4 sudu besar sos ikan (kak rose gantikan dengan satu sudu makan sos tiram)
Cara kukus ikan
1. Bersihkan ikan siakap dan hiris bahagian badannya.
2. Selepas itu, masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan.
3. Kemudian, perahkan jus limau nipis ke atas ikan untuk menghilangkan bau hanyir.
4. Setelah itu, kukuskan ikan selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.

Cara masak kuah stim ala Thai

1. Gorengkan bawang putih di dalam kuali sehingga warna kuning keemasan.
2, Padamkan api dan masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, sos tiram, 1 sudu kecil gula, cili hijau, cili merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
3. Rasa dahulu kuahnya dan tambahkan air, garam dan gula mengikut citarasa sendiri.
4. Kemudian, kacaukan kuah sehingga semuanya sebati.

Langkah terakhir
1. Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap dan taburkan hirisan daun kertumbar.
2. Kukuskan lagi ikan siakap bersama kuah selama 3 minit.

Monday, June 1, 2020

Cakoi lembut dan mudah

Asalamualaikum dan salam satu june... setengah tahun 2020 dah berlalu..
semuga hari2 yang mendatang akan lebih baik dari semalam2 nya, Insya Allah...

bila en asben ade mention nak makan cakoi, maka tukang masak ni pun berusaha lah nak membuatnya... dan cik google sebagai penyelamatnya.. jumpa resepi yang mudah ni kat sini, tapi sebelum tu ada jugak review resepi yang lain, ada yang tambah telor, susu manis lah.. agaknya yang ni akan lebih lembut kot... nanti lain kali boleh la cuba lagi resepi yang lain pulak...1st time buat, membentuk cakoi pun sangat alah amaturnya kan.. apa ada pada rupa kan, ayat nak sedapkan hati sendiri la tu.. asalkan dapat nikmati homemade cakoi pun dah sangat berbaloikan...

Bahan-bahan cakoi :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air suam
  • 1/2 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu besar minyak jagung
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :

  1. Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
  2. Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
  3. Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
  4. Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
  5. Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
  6. Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
  7. Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
  8. Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.

Nota :

  • Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
  • Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
  • Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
 Bahan Sos @ Kuah Manis :
  • 1 ½ cawan susu cair,
  • Pes @ esen pandan sedikit,
  • Garam secubit,
  • 1 ½ sudu besar tepung kastard,
  • Susu pekat 3-4 sudu,
  • Pewarna hijau sedikit,

Cara-cara :

  1. Campurkan semua bahan. Kacau sebati dan masak hingga sedikit pekat.
  2. Siap.