Monday, October 15, 2018

lempeng tanpa telur

 bila kehabisan telur dan memang tak de kerajinan nak g membelinya... so buat lempeng dengan apa yang ada kat dapur je la jawapnya. kisahnya sambal tumis dah siap untuk cicah lempeng, tapi bila bukak fridge sebiji telo pun tak de. ilek pucek! gigihlah tanya cik google resepi lempeng yang tak guna telur ni... dan cik google yang baik hati bawak kak rose ke sini.... maka jadilah lempeng tanpa telur cicah dengan sambal tumis untuk bawak g mengaji Al-Kahfi pagi jumaat lepas..

 jom tengok resepinya...

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
5 sudu minyak masak. (ambo guna minyak zaitun)
1 sudu teh garam


cara :-

* adun je semua bahan.
* siapkan kuali. panaskan kuali. sapu minyak ikut kreativiti memasing
* masukkan 2 sudu besar adunan tadi
* masak dengan penuh kasih sayang dan cinta

Alhamdulillah, walaupun lempeng bodo2 jer, tapi sekejap jer dah kosong tupperware kak rose ni... dan sambal tumis yang masih berbaki, ada pulak yang mintak tapau bawak balik. Syukur Alhamdulillah, kongsi kongsi rezeki yang dimasak dengan penuh kasih sayang buat kawan2 semua....😍😍

6 comments:

  1. Boleh tak minta resepi sambal tumis tu..hihi

    ReplyDelete
  2. Sgt mudah recipe ini, I mahu pun mahu itu sambal recipe, I am chinese but tak tahu but sambal ini. Thank you your sharing

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih sharing resepi nie😊

    ReplyDelete