Monday, March 12, 2018

Jus belimbing buluh+asam boi

 musim panas lit lit ni kalau dapat minum yang sejuk2 memang best kan.. semalam pergi meronda kat pasar malam Jalan TAR, air mineral berbotol dah kak rose minum... last sekali pekena jugak air durian belanda yang cair cuma ada rasa gula dan sejuk jer... tiga hengget satu cup plastik kecik tu... jadi la untuk hilang dahaga diwaktu panas membahang tu. sangat berbeza dengan yang kat sini...jus belimbing buluh dengan asam boi ni kak rose buat masa hari khamis tu... kebetulan masa balik dari kuliah petang dimesjid, ada jiran offer belimbing buluh  kat rumah dia yang sangat lebat berjujus kat pokok... tapi malu pulak nak amik banyak2... hihi..

 
 so balik tu, basuh siap2 dan keringkan, kak rose ada terbaca resepi camner nak buat jeruk belimbing buluh ni... so bahan dah ade ni, meh la kita cuba...dan ada sedikit bakinya kak rose buat jus campur dengan asam boi ni... dah siap tu biarkan simpan dalam fridge, biar asam boi  tu soak dengan jus tu... so tak perlu campur ais ketul n gula... naturally dia akan manis just dengan asam boi tu je.

 just blend belimbing buluh tu denagn air masak secukupnya, tapis kan... masukkan asam boi dan biarkan dia sebentar dalm fridge... tak perlu letak gula... kalau nak cepat menikmatinya, boleh jer letak ketul ais dalam tu. dah sejuk, nikmatilah dengan sepuasnya.... slurrrrppp!! nampak kat belakang tu, botol jeruk belimbing kan... nanti kalau dah jadi, kak rose kongsikan cara nak buatnya ya...

3 comments:

  1. WP, bila dah sebati dengan asam boi tu dah tak masam dah...tapi kena letak lebih lah asam boi nya tu..

    ReplyDelete