Tuesday, March 13, 2018

Dapat sudah idaman dihati...

 Lamaaaaa sangat mencari cawan kopitiam ni... selalu browse kat internet tapi belum jugak jumpa...tapi bila dah kata rezeki tu ada, akhirnya jumpa jugak cawan idaman hati ni... walaupun bukan yang ori macam cawan yang lama tu, tapi at least seakan pun jadi lah kan... ada yang jenis lama tu tapi kecik sangat dan tak de saucer nya pulak... macam tak servr the purpose pulak kan... so end up amik jer yang ni.. tu pun dah syukur sangat2 sebab akhirnya dapat jugak cawan kopitiam ni.. petang tu terus lah merasmikan cawan tu untuk minum petang... nostalgia sangat. masa kecik2 arwah bapak bawak pergi minum kat kedai, dia akan tuang kopi kat piring untuk sejukkan dan bagi kita minum. rindunya saat itu. Al-Fatihah untuk arwah.

 berusaha nak dapatkan cawan ni... sampailah jugak ke kawasan chow kit yang dah berkurun tak dijejaki... dengan serabut jalan jem dan banyak nya kenderaan kat kawasan tu, kerana cawan kopitiam ni, sanggup diharungi... tapi berbaloi walaupun dengan kesesakan yang melampau kat situ. nak cari parking pun punya lah seksa...

 yessss!  hati manyak suka bila dapat apa yang diidam2kan... satu dozen pun cukuplah..

ni lah kedainya... bila kak rose tanya di fb whether ada lagi stoknya, terus dia jawap dan berikan location kat mana kedai ni... so sapa2 yang teringin nak dapatkan cawan kopitiam ni boleh lah g ke kedai ni, One Houseware di lorong haji hussien KL.

2 comments:

  1. wahhh
    cantik lah cawan tu
    design lama tu
    menarik

    ReplyDelete
  2. susah sangat nak dapatnya.. tp masih tak dapat yg macam original yang lama tu...

    ReplyDelete