Saturday, March 10, 2018

Bila tak ada air....

 Dugaan yang tiba memang kita tak terjangka kan... pada mulanya cuma diberitahu pasal kerja kerja pembaikkan dan penyelangaraan untuk loji air ni jer... dan jangka masa gangguan adalah dalam masa tiga hari jer... tapi selalunya akan pulih lebih awal dari jangkaan... dan tuan rumah ni pun sibuk tadah simpan air untuk kegunaan waktu tu... dan memang waktu penyelengaraan tu dah siap awal, tapi malang yang berlaku memang tak terduga... semasa nak mengaktifkan semula bekalan tu lah terjadinya insiden paip SVS tu pecah... maka jangka masa  gangguan bekalan air pun tambah lama lagi lah... huhu

so dari jangkaan gangguan bekala tu cuma tiga hari telah jadi 6 hari pulak... tapi nasib baik sangat kak rose tak ramai dan air yang tadah tu pun boleh bertahan... cuma memang berjimat2 lah guna air tu..
jangkaan masa untuk bekalan pulih semua... tapi Alhamdulillah, sehari lebih awal, bekalan air dah ada semula... walaupun sedikit kotor, tapi at least kan... kesian kawan2 yang tak kecukupan air untuk kegunaan seharian... merata pergi cari air... dan tambah malang lori tangki yang diharapkan tak datang ke kawasan kak rose ni... kalau ada pun kat mesjid jer... dan bila semua perlukan air, sekejap jer lori tangki tu pun dah kosong... ramai yang pulang hampa. tapi nasib baik ada jer insan2 yang baik hati yang kawasan perumahannya tak terjejas dengan gangguan bekalan ni... berikan bekalan air percuma untuk yang sangat memerlukan. semuga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk insan2 ini. Aamiin.

 dan bila tak de air, most of our dinner pun tapau jer lah... guna piring pakai buang. jimat air, tak perlu nak basuh segala kan... tapi kain baju memang nak kena g laundry lah ni... nak mesin pun air masih tak berapa kuat dan masih kotor pulak tu... 2 box large pan pizza super supreme untuk kami tiga beranak... tak terhabis, buat bekal en asben esoknya, juga untuk lunch tuan tanah yang kat rumah ni..

 4fingers crispy chicken... pun boleh jer. asalkan tak perlu masak kat rumah....

 
3 set tuna panini untuk kami tiga beranak... walaupun tak de air, tapi makan tetap tak boleh miss kan.. en asben tapau masa balik dari office... tak payah nak keluar rumah untuk dinner....

breakfast tak jadi masaalah... hari2 memang makan macam ni...๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹ untuk simama dan ayah..


dan untuk bekpes kanak2 riang yang dah bujang tu... hari2 pun dengan ni dan nescafe o nya.

3 comments:

  1. salam sis singgah sini. semoga bertabah sis n family.. x de air memang payah huu

    ReplyDelete
  2. tak ada air apa pun tak bloeh...

    ReplyDelete
  3. tidak dinafikan ..

    tiada air adalah satu ujian yang memeritkan.

    nak mandi susah..

    lebih-lebih lagi mandi hadas besar.

    ReplyDelete