beria nak buat masak lomat telo itik ni, tap dek tak sabar nak kacau gulai tu habis semua telo hancur bersepai.... nampak sangat lah tak cantik tapi bila makan dengan ikan masin goreng, boleh bertambah2 nasik dibuatnya... memang kalau ada masak lemak kak rose suka sangat gandingkan dengan ikan masin dan bertambah2lah lemak nak menepek kan...lain kali kena belajar lebih bersabar kot!
resepi nya kak rose tepek kat sini ya...
bahan2
6 biji telur itik - boleh tambah
5 cawan santan - kalau kurang boleh tambah (kak rose guna 1 kotak santan kara+air)
1 helai daun kunyit
1 batang serai - saiz besar
Garam secukup rasa
bahan2 ditumbuk lumat:
10 biji cili api- kak rose guna 3 biji jer.
1 inci kunyit hidup
sedikit garam - secukupnyacara memasak:
1. Bersihkan kunyit hidup , cili api dan ditumbuk lumat
bersama garam . Masukkan semua santan dengan bahan ditumbuk ke dalam periuk
bersama daun kunyit dan serai . Gaul semua bahan dan masak sampai kuah santan
mendidih .
2.
Pecahkan sebiji2 telor dalam mangkuk berasingan dan masukkan dalam
periuk sebiji2 jugak hingga habis. perlahankan api dan tutup periuk.
selepas 3-4 minit buka tutup periuk dan kacau perlahan2... jika telur
dah keras boleh kacau perlahan2 dan pastikan telor tidak melekat didasar
periuk. perasakan gulai dan bila telor dah cukup masak boleh la padam
kan api dapur.