kak rose kongsikan resepi puding jagung yag dah banyak kali buat ni...
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung kastad
- 1 cawan jagung manis
- 3/4 cawan gula
- 3 cawan air
- 1 1/2 cawan susu cair (kak rose guna santan kara ----> lemaknya!)
Cara-cara
- Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
- Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
- Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.
Sedapnya..
ReplyDeleteJagung tin tu ada..
Konon nak buat apam balik..
Tak terbuat lagi..
sesekali buat memang sedap Yati... boleh jer, satu tin jagung untuk dua menu!
ReplyDelete