Monday, July 31, 2017

Kacang kuda dan khasiatnya...

 Bila tak de kerja dan mulut asik nak mengunyah jer... ni lah jadinya... selongkar khazanah dalam magic fridge dan terjumpalah kacang kuda yang kak rose beli lama dulu tapi tak terbuat pun... so rendam semalaman dan esok paginya tu kak rose rebus lah.... lamaaaaaa merebusnya tapi masih tak lembut seperti yang kak rose nak... so tukar periok, guna pulak pressure cooker... sretttttt dalam setengah jam cam tu... ha elok pun masaknya.... lembut macam yang kak rose suka. mengalahkan orang tak de gigi jer kan... hihi

so sambil menghadap komputer, tangan tak putus menyuap sambil buangkan kulit tu... eh! kawan2 kalau makan kacang kuda ni buang kulit ke dak? ataupun dikulit tu lah yang punya banyak khasiat, entah lah... tapi yang pasti kalau makan kak rose suka buangkan kulitnya... dan meh la tengok nutrien yang terdapat dalam secawan kacang kuda... banyak khasiatnya seperti yang kak rose copy dari blog mrtengkuasmadi.com/khasiat-kacang-kuda

Fakta nutrisi secawan kacang kuda

  • 268 kalori
  • 12.5 gram serat
  • 14.5 gram protein
  • 4.2 gram lemak
  • 84% manganese
  • 71% folat
  • 29% kuprum
  • 28% phosphorus
  • 26% zat besi
  • 17% zink
 dan kat sini juga boleh baca 6 khasiat kacang kuda dalam diet sihat, kalau gitu bolehlah selalu makan kacang kuda ni kan...


1. Membantu mengawal paras gula dalam darah 
2. Meningkatkan rasa kenyang dan membantu mengurangkan berat badan
3. Membantu proses pencernaan disebabkan kandungan serat yang tinggi 
4. Membantu mengelakkan penyakit jantung dan kanser 
5. Memberikan vitamin dan mineral yang diperlukan 
6. Sumber utama protein berasaskan tumbuhan 

untuk lebih terperinci sila lah keblog tengkuasmadi ni. terima kasih kerana kongsikan tentang kebaikkan kacang kuda ni... walaupun murah jer tapi banyak memberikan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.

 

 

 

 

 

 

Sunday, July 30, 2017

Brisk walk minggu lepas...

Untuk memotivasikan diri, kena lah rekod kat sini
lenggang mak limah sepanjang minggu ini
supaya nanti jangan malas malas lagi
badan sihat dan semuga ceria sentiasa nanti!

total steps: 32796
distance: 26++km
calories burnt: 1228 kcal je?? (macam tipu jer kan?)

4 times a week...dan ini the daily steps recorded..

eh! tak de date pulak yg ni... isnin july 24th la ni...




Saturday, July 29, 2017

Jus apple hijau+asam boi

 penyejuk tekak ditengahari  yang panas ting ting ni... dua gelas cam ni pun pasti tak cukup lagi kan...

apple hijau, potong2, blend dengan sedikit air, tapis dan buh asam boi and ice cube... no sugar needed. wahhh!!! sangat nyaman ditekak bah!

Friday, July 28, 2017

Pagi Jumaat tadi...

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari... harap semuan kawan2 sentiasa dalam lindungan Allah juga hendaknya... buat kak rose, pagi jumaat seperti kebiasaannya - kalau tak balik kampung lah- akan ada gathering untuk bacaan Surah Al-Kahfi bersama jemaah mesjid kat sini... tapi yang bestnya, kami para jemaah volunteer untuk jadi tuan rumah majlis ini dengan menyediakan sedikit juadah untuk santapan lepas majlis tu... dan tamu yang datang pulak memasing bawak pot-luck... maka jadi banyak lah menu untuk bekpes pagi tu... tapi tak pulak sempat nak amik gambo juadah yang penuh meja tu... huhu...kak rose cuma sediakan pulut gulung serunding untuk majlis ni.

 ketua muslimat kami yang sentiasa ada bersama dan sedia memimpin kepada kami semua... terima kasih Puan Hajjah Mariam Yusof...

 pot pet sebelum majlis bermula...

 time to catch-up.... seminggu sekali kan, so banyak lah cerita ceriti, sebahagian dari yang hadir..

 antara jemaah yang sentiasa ada bersama...

 tuan rumah kali ini... Puan Hajjah Hamidah Ahmad... terima kasih mak aji yang sediakan makaroni goreng yang sedap dan jugak 6 biji lagre pizza untuk kami semua...dengan begitu banyak juadah, sudahnya kami ramai2 tapau bawak bekal balik... pergi dengan tupperware berisi pulut gulung serunding... dan ni dia masa balik tadi...


mma----->>> macam2 ada!
hingga jumpa lagi jumaat depan, Insya Allah.

Thursday, July 27, 2017

Nasi lemak sambal petai

 nasi lemak sambal petai yang kak rose buat dihari minggu yang free... barulah boleh buat breakfast yang lain sikit daripada roti bakar jer kan... dan sambal petai tu pun dah buat awal2 untuk en asben sorang jer yang makan sambal petai ni... kak rose dan anak bujang buat sambal tumis ikan bilis jer.. tu yang kena ada dua jenis sambal dalam serving ni... dan ini kak rose punya portion, nasi lemak dengan samabl tumis ikan bilis minus the petai!

 sambal tumis ikan bilis dengan bawang besar mayang banyak2 dalam tu dan sedikit rasa manis memang kak rose nyer pebret lah... tapi kan en asben walaupun orang kelantan tapi dia tak suka masakan yang ada rasa manis... apatah lagi sambal tumis ni... lain sangat citarasa orang kelantan ni kan. dah jadi terbalik pulak... sijawa ni yang suka sambal tumis yang a bit manis!

dan buah yang digandingkan dengan nasik lemak breakfast kami... mangga yang sangat manis dan kiwi fruit yang sedikit masam... kira balance la tu kan..

Tuesday, July 25, 2017

Ice cube jus limau kasturi

 kawan2 di fb ni memang kreatif dalam segala hal... tak rugi lah punya kawan yang cenggini dan menafaatkan pengunaan muka buku ni... barulah berfaedahkan... dan ni perkongsian dari Nor Azmihah yang sangat rajin dan memang punya green fingers... semua tanaman nya menjadi dan bagi idea camner nak simpan jus limau kasturi yang banyak tu... so kak rose ni pun cuba ikut jer la, since ada banyak limau kasturi yang dah lama terperuk dalam fridge... jom buat cam ni...

 
 basuh bersih2 limau kasturi dan sejatkan... belah dua, perah dan tapis jusnya..

 
 kak rose guna bekas ice cube ni dan frozenkan...

lepas semalaman dalam freezer, keluarkan dan simpan dalam zipper bag... boleh guna anytime... tak perlu nak perah setiap kali nak guna kan... mekasih nor yang bagi idea nak simpan jus asam limau kasturi ni... esok boleh buat jus limau kasturi asam boi pulak la...

Monday, July 24, 2017

Puding roti karamel

 puding roti karamel request dari seorang kawan yang sakit, nak makan yang lembut2 katanya... sebelum nak g melawat tu dia mintak tolong buatkan... tapi bila dah siap, dia whatapps katanya tak payah datang sbb dia dah discharge dari sepital dan akan terus balik kampung... what???? sapa nak tolong abeskan puding ni??? so kak rose pun potong dan hidang untuk kami minum petang... tak de rezeki la kawan tu nak makan kan...

 kak rose kongsikan resepinya ya..

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
 
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Sunday, July 23, 2017

Rutin pagi2 hari...

My lenggang mak limah steps selepas cuti raya
total steps: 29k++
distance: 23km++
calories burnt: 1031kcl je!

 
 selamat pagi dan salam hujung minggu buat kawan2 semua... masih sibuk dengan undangan rumah terbuka dan makan2?... ya lah, raya kan sebulan... dan kak rose pun masih beropen house dan makan2 jugak... hihi. dan lepas cuti puasa dan raya yang penuh dengan makan2, kak rose dah mulakan rutin pagi2 dengan berlenggang mak limah dipadang dekat rumah kak rose ni... saja nak rekodkan kat sini,  semuga dapat memotivasikan diri dan tidak lah malas2 nak buatnya.. untuk kebaikkan diri sendiri jugak kan... dan ini lah step yang dapat kak rose buat selama empat hari tu... in between borak2 dengan kawan2, dapat lah jugak keluarkan peluh tu...




kak rose jalan dari hari isnin hingga khamis jer sbb hari jumaat tu memang tak dapat buat sbb pagi2 ada gathering untuk bacaan Surah A-Kahfi.... semuanya target achived, tapi masih jauh nak sampai ke 10k++ steps per day tu... steps yang dirokadkan ni pun cuma lebih kurang sejam kak rose berjalan tu, agaknya kalau gadget ni melekat sepanjang hari maunya lebih dari 10k tu... asik kedepan dan kedapo jer kerjanya kan... itu pun langkah jugakkan, cumanya tak termasuk dalam kiraan ni... hihi

Saturday, July 22, 2017

Medshoe yg sangat selesa

 sebelum tahu kedai medshoe ni memang ada tanya kawan pasal kasut untuk medical purpose dan kawan tu kata dia beli kat kedai medifeet dan pas tu terus lah tanya en google tentang kasut kesihatan ni... sangat elok untuk yang banyak berjalan dan kasut ni kak rose beli untuk next projek yang sudah pastinya akan sangat banyak berjalan, Insya Allah.  buat comparison, dan akhirnya setuju untuk ke medshoe jer...

 bila dah jumpa kasut yg berkenan tu, terus screenshot dan itu lah jugak yg kak rose decide nak beli.

 tapi sayang masa kak rose beli ni dah tak de discount of 20% yang dibagi earlier... kalau tidak dapat jugak less of almost rm40/- kan... tak pe la... dah tak de rezeki kan...

 medical health footware - Medshoe Hasanah

Medshoe Hasanah untuk kaki tuan tanah yang gumuks!

first time pakai g mengaji semalam... 

Friday, July 21, 2017

Sirap bandung soda

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia...
Jom sama sama baca surah Al-Kahfi pagi ni...

dan balik dari rutin mingguan hari Jumaat kak rose baca surah Al-Kahfi beramai2, meh la kita sejukkan tekak dengan sirap bandung soda yang sedap ni... walaupun kak rose ni bukan lah suka sangat minum sejuk2, apalagi yang ada susu, tapi bila dapat rasa kesedapan sirap bandung soda ni rasa macam tak puas pulak... memula minum kat satu majlis open house beberapa hari lepas... pas tu balik pulak pergi beli bahan2 dan buat lagi.... sesekali ok la... tak baik kalau diamalkan selalu, sendiri mau ingat la kan... tapi hari yang panas membahang ni, asik nak minum yang sejuk2 jer. canmer tu???

jom check it out resepinya yang simple dan terpulang la kalau nak lebih manis, just add gula lebih la... tapi pada kak rose soda tu pun dah manis, jadi pandai2 la nak adjust gula untuk rasa yang ngam ditekak sendiri... kak rose buat main agak2 jer... tapi kalau tak sure, boleh ikut macam resepi CMG ni... mekasih Mat, kak rose cnp resepinya ya.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin)  
(kak rose letak lebih soda dan tambah sedikit air) memandai menderhakan resepi!

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
  2. Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya..


Thursday, July 20, 2017

Bila kemalasan...

Bila kemalsan melanda... tapi tekak dan perut mintak juga diisi... so ni la jadinya. ayam fillet goreng kunyit campur dengan kacang buncis dan sedikit cili merah dan banyak2 potongan bawang besar... cukuplah untuk satu mulut yang tuannya sangat tidak rajin nak masak... Alhamdulillah dengan rezekinya....

Tuesday, July 18, 2017

Jom sarapan...

 bekpes apa kawan2 pagi ni ya... kak rose tak sudah nak menternak lemak... pagi2 sudah menjamu lempeng nasi dengan gulai kari ayam yang pekat kaw kaw ni... berjalan brisk walk baru je stat, tapi makan tak pernah nak kurang pulak.... meh la menjamu selera dengan lempeng nasi ni..

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
Cara-cara

  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.

Monday, July 17, 2017

Mee hoon goreng emergrncy!

 kenapa emenrgency? mee hoon emergency sbb buat pun dalam keadaan emenrgency... bila ada kawan nak datang dan kita tak prepare apa untuk nak jamu tetamu...so apa yang ada je la kan...  nasib baik jer cili untuk goreng mee hoon ni pun dah ready....kopek udang yang keras kejung dan potong kan fish cake... tung tang mee hoon goreng emergency pun ready... ngam2 kawan tu sampai, tukang masak pun dah boleh turunkan singsing lengan tadi tu... Alhamdulillah.

keropok goreng pun ready, import dari rumah my inlaw, cuma potongkan salad, timun dan tomato.... buat air sirap selasih... happy jer tukang masak bila tetamu makan bertambah2 walaupun mee hoon goreng bodo2 jer! memang belum berkesempatan nak beraya dirumah ni... mungkin minggu depan, Insya Allah jika diberikan kesihatan yang baik dan dengan keizinannya....

Sunday, July 16, 2017

Burung puyuh ungkep

 Asalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat kawan2 semua... masih sibuk memenuhi undangan open house dari kawan dan jiran? apa pun raya kan sebulan... hihi... buat kak rose tek de la raya sangat, cuma berulang ke kampung emak dan mil... dengan jarak yang jauh pasti memenatkan dan memakan masa... tapi itulah emak kita, bagaimana payah pun, Insya Allah dipermudahkan perjalanan berkat doa dari orang yang kita sayang kan. Alhamdulillah. dan puyuh ungkep ni adik masak masa kak rose kat kampung minggu lepas tu... kak rose bukan lah suka sangat dengan masakan burung puyuh ni, tapi bila sekali merasa, 2 ekor pun macam tak cukup...

memula tu masak cuma enam ekor untuk kami bertiga, bila dah rasa sedap... kena lah masak lagi sekali... haha sudahnya satu kuali terus masak burung puyuh ungkep ni... meratah jer kami adik beradik. terima kasih pada adik yang tolong masakkan puyuh sedap ni.. makan sambil meratah bersama nasi jer, tanpa additional sayur n lauk lain dah!

dan kata adik dia cuma guna bahan yang paling minima jer... dan sukatan pun main taruk jer... so pandai-pandai lah agak-agak kuantitinya ya..hehe... kami memang tak suka pedas, so cili pun tak letak...

  1. Bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, kunyit di blend sekali.
  2. Tumis bahan-bahan yang di blend tadi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan puyuh
  4. Masukkan sedikit air untuk puyuh tu empuk
  5. Masukkan gula melaka dan asam keping.
  6. Garam secukup rasa.
  7. Biarkan dengan api perlahan, kacau sekali-sekali sampai puyuh empuk.