Sunday, March 5, 2017

Sagu gula melaka

 lamanya tak makan dessert ni....

 
 all time favorite dessert. sagu gula melaka yang sangat sedap pada kak rose... apa saja yang berasaskan sagu biji ni memang jadi pebret dah. apa lagi dengan lemak santan dan manis gula melaka yang sedap ni... dan dinikmati sejuk2 dikala panas terik membahang memang heaven sangat lah. satu mangkuk beso macam ni serasa tak cukup lagi... dan untungnya kalau buat sendiri, boleh makan bertambah2 berkali kali! makanlah selagi terdaya kan!

dan bila lama2 sekali baru buat, rasa kemaruk nak makan tu memang tak tertahan2... nak nunggukan sejuk pun rasa lambat sangat sampai letak dalam freezer nak bagi cepat sejuk.... kemaruk sungguh kan! itu lah kak rose punya perangai!

nak resepi ker?... meh la kak rose kongsikan kat sini...

Bahan-bahan ( 6 orang )
  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1/2 caw gula pasir
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, gula pasir, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!

No comments:

Post a Comment