Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut muda
3/4 cawan air - jika adunan terlalu pekat, tambahkan sedikit lagi air
secubit garam - jika nak rasa masin tambah lagi sikit
minyak
Cara:
1. Campurkan tepung gandum, kelapa parut, garam dan air.
2. Gaul sebati.
3. Panaskan kuali dan glis dengan sedikit minyak.
4. Masukkan adunan dan leperkan.
5. Masak
dengan api perlahan, dan setelah garing atau masak di bahagian bawah,
terbalikkan bahagian atas ke bawah pula supaya kedua-dua belah lempeng
masak.
6. Hidangkan bersama sambal tumis.
fuhhh.. layan... arghhhhh
ReplyDeletedapat ni tak toleh kiri kanan dah!
ReplyDeleteSedap cicah dengan sambal. Entah berapa keping PH boleh perabis :D
ReplyDelete