Sunday, January 31, 2016

Kari daging

 kari daging simple dan sedap... ya itu nama resepinya yang kak rose kopi dari sini... memang sedap buat kami sekeluarga... bila sesekali masak kari camni memang lah sedap, apa lagi kalau guna santan fresh yang pekat kaw kaw punya. bertambah manis kuah kari dengan santan fresh tu. meh kak rose kongsikan resepinya.. boleh ciciah roti canai dah roti jala jugak..

Bahan2

800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus

Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – (kak rose guna santan fresh)
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai



Cara penyediannya

1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk, Nina rebus guna kuali magic pan Ikan, sangat cepat empuk dan menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea…
2. Panaskan minyak  dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing.  Biarkan mendidih sebentar.  Kuah pekat sedap buat cecah sama roti.
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk. 
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing. 
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…


Saturday, January 30, 2016

Peria goreng udang

 peria, walaupun pahit... tapi ni la sayur kegemaran en, suami... dan goreng dengan udang cam ni jer yang dia suka... so tukang masak ni kena ikut je apa yang keluarga nak makan kan... lagi pun mudah dan cepat jer nak sediakan ni.. bahan2 tu kak rose blend kering, tak susah2 nak tung tang menumbuk... maklumlah vitamin m tu ada banyak jugak dalam ini diri... hihi... apa pun yang penting sedap dan habis disantap... itu satu kepuasan untuk tukang masak, kan. resepi dari blog CMG, mekasih ya Mat.

  1. Bahan Utama:-
    1 biji peria kambas
    1/3 cawan isi udang
    1 camca besar sos tiram
    1/2 cawan air

    Bahan Tumbuk Lumat:-
    1 biji bawang besar
    1 biji lada merah
    2 ulas bawang putih
    1/2 camca teh garam kasar

    Cara membuatnya:-
  2. Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 - 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.
  3. Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau dan tuang air.
  4. Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 - 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi

Friday, January 29, 2016

Apam perlis

 Apam perlis yang dah lama kak rose buat...tunggu turn nak tepek kat sini... macam2 nama rupanya kuih ni... kuih lipat, kuih tangkup juga apam perlis... dan initnya juga boleh dipelbagaikan... asa long asa kena dengan selera sendiri la kan... kak rose pernah buat dengan inti kacang merah dan juga inti kastad dan kalu ni kak rose try guna inti kelapa manis pulak... untuk inti kak rose cnp dari blog Izah, mekasih ya..

Bahan untuk inti
sumber:izahdaut

1 biji kelapa parut
setengah ketul gula kabung
3 sudu gula pasir
setengah cawan air
2 helai daun pandan

Caranya: 

 Masak air bersama kedua dua gula dan daun pandan sehingga hancur. 
 Kemudian masukkan kelapa. 
Gaul sehingga kelapa sedikit kering dan berminyak.
Angkat dan sejukkan.

untuk kulit apam perlis, sama resepi yang pernah kak rose guna untuk apam tangkup dari Madiha , mekasih ya kongsikan resepi.

Bahan Kulitnya:

2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)
(kak rose ikut macam Madiha)

Cara2 menyediakan:

Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya. kak rose guna acuan karipap.

Thursday, January 28, 2016

Kek gula hangus

 Kek gula hangus yang dah lama kak rose buat tapi nak jugak tepek kat sini... bila lama dah tak buat, sesekali nak jugak makan kek gula hangus ni... permintaan en suami yg nak makan ni.. tuan tanah ni turutkan je la....tapi kejadiannya macam tak berapa nak bersarang sangat la pulakkkk... tapi yang penting sedap dan puas dapat makan kek yang buat sendiri kan...

 bahan2ni utk wat gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan

2 cawan gula pasir
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

cara:

masukkan gula dlm kuali atau periuk
bukak api sederhana kecil...
sentiasa kacau2 gula sampai larut
sampai warna jadi keemasan macam madu..
kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik

nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit
pas tu masukkan air panas tadi
Awas, sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2
sbb gula akan meletup2 sket nanti
pastu gula tu akan jadi macam ketul2 sket bila masuk air
cair kan semula
bila dah cair semula, masukkan mentega dan biarkan larut...
tutup api dan sejukkan...

bahan lain:

7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila


cara:

pukul telur sampai kembang
(blend pun boleh..guna mixer pun boleh

pastu masukkan susu pekat
kasi blend lagi sampai sebati
masukkan pulak esen vanila

pastu ayak tpg gandum + soda + baking powder
masukkan dlm adunan..teruskan blend
last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td...
blend lagi!


bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
biarkan sejuk sblm potong

Wednesday, January 27, 2016

Reward for ber brisk walk

 berbrisk walk pagi2 hari pun nak reward jugak eh?  actually bukan lah jalan laju sangat pun, asalkan kuor peloh tu dah kira ok la untuk kak rose ni ... empat hari seminggu kak rose buat jalan pepagi ni, walaupun cuma jalan macam lenggang mak limah tapi berpoloh2 jugak la dibuatnya... at least 1 jam jalan keliling kawasan perumahan ni dan kadang2 tu lebih lagi....  lagi lama berjalan, steps pun bertambah la kan.. dan bila balik rumah, nak jugak lah reward diri sendiri sbb dah capai target tu... 10k steps per day.... agaknya kalau lekat phone kat badan sepanjang hari mesti boleh sampai menyeberang jambatan kedua terus ketanah seberang kan...

sejak ade menda to capture step count ni, ni la highest step count yang pernah kak rose buat... nanti nak try kalau sepanjang hari agaknya berapa la step yang dapat direkodkan... kalau rajin la pulak nak menjinjing phone seharian!

 banyaknya reward, itu belum lagi lunch dan dinner punya. berbaloi kah fat yang dah burnt dengan that much of step count?.... sendiri mau ingat la kan! haissshhhh!!!!

WW: Lama tak ke dusun....

 rezeki dari Cameron Highland,sweet n juicy. terima kasih kawan.

 dari dusun di rope walk... green apple, orange, lemon n kiwi fruits

 ade yang nak minum as a detox, mixture of lemon, lime n orange...

 orange juice dihari yang panas memang sangat nyaman...

as a dessert pulak..

Tuesday, January 26, 2016

Kuih vadai

 Selamat pagi dan salam selasa buat kawan2 semua.... muga semuanya sihat2 saja selepas bercuti panjang kan... dan semepena cuti hari thaipusam, kak rose pun nak jugak feel slightly indian dengan membuat kuih vadai ni... actually kuih ni pun dah menjadi kesukaan not only to indian but to mee as well... rasanya ramai dari kawan2 kat luar sana pun suka dengan kuih ni kan... dan dengan buat sendiri, boleh makan puas2 dan kebersihan terjamin selain halalan toyyiban...

 dengan resepi ni dapat banyak jugak untuk kami berdua, so separuh tu kak rose goreng setengah masak n simpan dalam fridge, so bila2 nak makan cuma defrost n goreng semula... memudahkan kerja kan... meh kak rose kongsikan resepinya kat sini ya..

bahan2:

250gm kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, racik halus
1/2 lagu bawang besar, diracik (kak rose buh sebiji)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/secukup rasa minyak untuk menggoreng


cara:

rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam
toskan hingga kering
kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang x hancur (kak rose guna blend yg kering tu)satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yg telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat
susun atas dulang yg disapu sedikit minyak
goreng atas api yg sederhana besar hingga kekuningan n garing.

Monday, January 25, 2016

Padang Kota malam tadi

 Cuti2 mesia tapi tak de kemana2... en asben asik ade jer kerja nak kena attend, so melepak jer la kat rumah dan kebetulah ada pulak family kawan datang dari KL, so pergi la makan2 kat padang kota dan pas tu g jalan2 melayan anak2 main kat padang tu... kalau tak de derang memang kami ni tak rajin la nak melayan diri g jenjalan tempat sesak cam ni... jalan sesak dek Thaipusam, tempat makan2 apa tah lagi la... ni la gamba yang sempat snap pas makan2 tu...

 dab beberapa kali lalu kat tepi padang kota dan nampak menda ni, tapi tak berkesempatan nak snap gambo.... dan akhirnya... dapat jugak la nak mengamiknya semalam..

 dan ada hot air balloon fiesta jugak kat sini..., patut la bergantungan tanglung yang macam hot air balloon shape dimerata kelililing padang kota ni..


 vandalism merata2.... ade jer tangan gatal nak umpil kan?

 fatin amani yang tak nak balik KL.....

 hot air balloon shape tanglung yang bergantungan dikeliling padang kota, kalau siang hari nampak macam biasa jer, tapi bila malam, kawasan ni transform jadi terang dengan lampu2 dari tanglung ni... juga dari tanglung merah chinese new year decoration disepanjang laluan..

dan ade street performer dari 4 beradik ni..

Selepas 16 tahun

 Alhamdullilah, selepas 16 tahun bergelumang dengan buku dan nota, akhirnya tamat lah sudah perjuangan nya sebagai pelajar... tahniah buat busu, u always make us proud as a parent dengan pencapaian yang selalu diharapkan... semuga terus berjaya didunia dan akhirat buat busu.

 mama abadikan kat sini untuk bacaan dan kenangan dikemudian hari...

dan terima kasih buat semua yang bersama2 menjadikan impian busu menjadi realiti dan kini masa untuk menghadapi real life... semuga busu akan sentiasa berjaya dan bahagia. doa mama dan ayah setiap masa, Aamiin

Sunday, January 24, 2016

Parking jer dulu....

 Salam hari minggu kawan2.... menu diet yang ramai share di wall fb, kak rose kongsikan kat sini lak.. tapi kan,.... tapi kan.... kongsi jer, entah bila boleh ikut menu cam ni agaknya? yang penting, parking jer kat sini dulu.... Insya Allah satu hari nanti...







semuga akan ada keazaman untuk belajar makan menu yang sihat2 cam ni.... bila nak mulakan? entah ler....

Makan2...

 Hari cuti, asik teringat nak makannnnn jer!

teringin pulak nak kesini lagi..... masakan Thai
Alhamdullilah, dapat melayan tekak.... tapi ni lama dulu dah....

Saturday, January 23, 2016

Mee hoon goreng sedap

 mee hoon goreng yang kak rose buat atas permintaan anak yang baru balik selepas habis belajar... buat ni untuk bekpes dengan kawan2nya yang datang dari kl untuk bercuti di Penang ni.. selalu masak untuk kami berdua jer, tapi kali ni kak rose masak sampai dua packet mee hoon... penuh satu kuali beso.... dan bahan2 lain pun kena gandakan penyediaannya... kena blajar matematik pulak.. maklumlah, jarang2 sekali masak banyak2 cam ni kan...

 kak rose copy resepi dari blog Azie, mekasih ya... tapi ada jer bahan yang kak rose tak bubuh, sotong dan udang tu memang sangat allergic buat anak bujang kak rose tu... so gantikan dengan fish cake dan fillet ayam... meh kak rose kongsikan resepi mee hoon goreng sedap nih.

Mee Hoon Goreng Sedap Oleh: Azie Kitchen
Bahan Bahan:

1 bungkus bihun - direndam hingga lembut & tos
1 biji bawang besar - dihiris  
1 mangkuk sotong atau udang (kak rose gantikan dengan fillet ayam)
1 mangkuk karot - hiris memanjang 1 mangkuk kubis  
3 sudu besar cili kisar  
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen  
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka  
Minyak masak 
Fish cake, tauge n sawi hijau - yg ni kak rose tambah

Bahan Tumbuk:  
3 ulas bawang merah  
3 ulas bawang putih 
1/2 genggam ikan bilis - direndam

Bahan Hiasan: Bawang goreng Daun sup Cili merah

Cara cara: Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal mee hoon goreng kita menjadi lebih sedap.
Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan fish cake, biar mendidih dan ayam masak.
Kemudian masukkan mee hoon. Kacau rata sehingga mee hoon lembut. masukkan tauge n sawi. Jika mee hoon belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.

Friday, January 22, 2016

Brokoli bawang putih

 Asalamualaikum dan salam Jumaat yang mulia buat kawan2 semua... semuga kita sentiasa dalam lindungan Nya jua, Insya Allah. dan hari ni kak rose nak kongsikan sayur kegemaran ni... mudah dan sedap pada kak rose la... kalau sapa2 yang suka dengan brokoli, pasti resepi ni boleh jadi keeper... terima kasih pada sifu masak2 yang kongsikan resepinya... kak rose ni tukang copy jer...

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.

Thursday, January 21, 2016

Agar2 cokelat oreo

 agar agar versi resepi derhaka... jangan marah ya Mat CMG, kak rose ni nak buat tapi dengan bahan apa jer yang ada kar opis comel kak rose tu... milo tak de, so kak rose gantikan dengan serbuk cokelat... dan jadila agar2 cokelat oreo instead of resepi asal dari CMG tu, agar2 milo oreo... kita yang buat diakan... so menderhakakan resepi tu mintak ampun la ya mat.

 kak rose kongsikan resepi asal dari CMG, mekasih ya Mat. mintak izin nak tepek kat sini pulak.

BAHAN - BAHANNYA :-)
10 gram agar2 serbuk, pilih yang tanpa warna
1 liter susu rendah lemak (dutch lady)
200 ml air
1/2 cawan gula pasir (che mat kurangkan 1 camca teh)
2 camca besar penu Milo (kak rose gantikan dengan 1 1/2 sudu besar serbuk cokelat)
10 keping biskut oreo, buang intinya (jadi 20 kepingan)
1/2 camca teh esen vanilla
1 helai daun pandan, disimpul
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan serbuk agar2 ke dalam periuk bersama guna pasir dan daun pandan. Tuang susu rendah lemak dan juga air. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan secubit garam dan masak hingga agar2 larut. Asingkan 500 ml agar2 dan bakinya anda masukkan serbuk milo. Kacau rata dan kecilkan api, biarkan agar2 suam.
  2. Agar2 yang diasingkan tadi, anda tuang dalam acuan. Kemudian patah2kan biskut oreo dan tabur rata ke dalam agar2. Buat hingga siap, tekan sedikit dengan sudu agar biskut oreo tenggelam. Biarkan agar mengeras sekejap (boleh simpan dalam peti sejuk).
  3. Keluarkan agar2 dari peti sejuk, pastikan permukaannya keras. Cakar2kan dengan garfu pada permukaannya, kemudian tuang agar2 cokelat (kacau dahulu dan jangan lupa buang daun pandan tadi), nak senang anda cedok agar2 cokelat guna senduk dan tuang perlahan2 hingga habis. Biarkan sekejap hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Biar betul2 keras dan dingin baru dikeluarkan dari acuan. Boleh hidangkan sebagai pencuci mulut...Selamat mencuba!
 
sedap sangat dinikmati sejuk2... apa tah lagi diwaktu musim yang sangat panas ni....

Wednesday, January 20, 2016

Sup tulang

 sup yang kak rose amsak masa hari sabtu lepas... besar gedabak segedebuk terus masuk dalam pressure cooker, tak daya lah nak potong kecik2 kan... lain la kalau ada pisau or parang yang macam butcher tu... ni yang ada cuma pisau potong bawang jer... bior le beso,asalkan boleh muat dalam piok udah ler.... dan yang penting daging lembut sangta ... sampai terlerai dari tulang tu... sedap ler menghirup dengan sambal kicap jawa kak rose tu..

resepi yang sama kak rose guna dari chef Hanieliza, mekasih ya... resepi ni ngam sangat dengan kami sekeluarga..

SUP TULANG 
Bahan-bahan

1 kg tulang berdaging
2 s/b minyak makan
2 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit] 
4 biji kentang [belah 4]
1 batang lobak merah [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya 

  Bahan tumbuk
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam 

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga 



Cara membuat
 
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di tulang betul-betul lembut. (20 minits jer guna pressure cooker)
5. Masukkan kentang, lobak merah, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan lobak merah lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Hidangkan dalam mangkuk besar. Taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.