Infused water..... bila ramai yang kongsikan kat fb, sangat teruja kak rose nak mencubanya. tapi bila tak de stok buah maka ianya pun tak menjadilah. so pagi semalam gigihlah g ke Aeon cari stok buah. sayang stok strawberry yang ada dah lembek benyek, so tak beli.... kalau ade strawberry yang fresh pasti lagi nampak cantik kan infused water ni. botol pulak guna bekas jem. recycle, jimat kan.
the combination yang suka suki kak rose nak letak..... lime+lemon+orange, watermelon+mint, oange+green apple+mint, exotic grape+orange. sejuk kan dan after 2 hours boleh lah menikmatinya.... bukan setakat sejuk nyaman ditekak tapi sangat refreshing jugak....
the all masam2 fruits yang boleh dijadikan kombinasi untuk infused water ni... seeloknya buah yang masam2 gitu...nenas pun boleh jugak. buah yang manis2 tu such a no no ya.
Infused water sangat bagus untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan
berat badan. Ia merupakan satu alternatif bagi mengelakkan pengambilan gula
yang berlebihan di dalam minuman.
1. Strawberi dan kiwi
Untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem kekebalan, menurunkan gula
darah, dan melancarkan pencernaan.
2. Teh hijau + daun pudina + limau nipis
Sesuai untuk pembakaran lemak, meningkatkan metabolisma, melancarkan
pencernaan, mengurangkan sakit kepala, mengatasi susah buang air besar, dan
menjaga kesihatan pernafasan.
3. Timun + limau nipis + lemon
Bermanfaat untuk mengatasi kembung perut , mengawal nafsu makan, mengatasi dehidrasi,
dan menjaga kesihatan pencernaan.
4. Lemon+limau nipis
Manfaatnya sebagai sumber vitamin C dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
assalam kakrose cayang, baru dpt terbang sini tiket habis lah, cantik nampak air dalam botol tu hari ni gi kedai terlupa lah pulak nak hangkut segala buaha2an ni, nanti nak cukupkan buah2an dulu baru lah nk try test buat air ni mcm sedappp
ReplyDeleteSaya pun dah try.. Rasa seronok pulak
ReplyDelete