Friday, August 3, 2012
ikan masin jer...
Alhamdullilah dah hampir separuh perjalanan puasa kita dan sangat2 bersyukur kerana masih diberi kekuatan untuk menyempurnakan ibadah dibulan mulia ini. ramai kawan2 yang dah mula mengukis... tengok tayangan cookies disana sini rasa nak mencuba jugak tp vit m tu sangatlah masih menebal. nanti2 lah kalau rajin akan dimulakan jugak. dan untuk berbuka kak rose dah x tau nak masak apa... nasib baik ada ikan masin sebagai penyelamat juga penambah selera. boleh bertambah nasik!
terung goreng bercili dengan udang kering ni pun membuatkan selera bertambah2... simple tapi sangat kak rose suka dengan resepi ni..
dan untuk yang berkuah, kak rose buat gulai udang dengan kacang buncis ni.... adoyai!!! terpedas pulak. dan sekarang ni nak guna sebatang serai pun kena beli sbb 2 rumpun besar serai yang hidup subur dilaman sekangkang kera kak rose tu dah habis mati.... jahat betul kucing yang sllu buat laman kak rose ni sebagai jamban dia... pokok2 ni akan mati kering kalau terkena bahan buangan dia!
gandingan lauk simple untuk dinner semalam. untuk iftar kak rose buat cekodok yang penuh dengan sayur2 cicah dengan cili sos....
lauk2 di atas semua saya suka..pengsaannnnn
ReplyDeleteSalam Kak Rose,
ReplyDeleteIkan sepat masin ... berkurun tidak menjamunya... 3 jenis masakan yang Kak Rose sediakan itu begitu sesuai sekali kerasaannya diantara satu sama lain, kena sangat dengan gulai lemak pedas yang berudang&berkacang buncis dan terung goreng bersambal chili berbumbukan udang kering ada lah pujaan selera Ratna... yummy!
Selamat berbuka puasa dan salam manis semanis madu.