Monday, April 9, 2012

Puding roti karamel

puding roti yang sememeh..... sebenarnua buat puding dua hari lepas dah..... kadang2 tu x tau apa nak dimakan petang2 kan.... bila ada yg suggest buat puding roti, kak rose pun carila resepi dan terpandang resepi puding ni kat rumah Nor Secubit Garam.... tp dia punya mmg cantik sangat2.... tu yang membuat kak rose nak mencubanya... tapi tengok kejadian puding kak rose ni sangatlah kesian kan..... walaupun sememeh tp sangatlah sedap.... x puas lak makan! x pe t roti ada banyak nnti len kali boleh cuba lagi dan guna loyang yg kecik sket. Nor mekasih ya, dan semua yang telah memanjang resepi ni. kak rose mintak izin nak tepek resepinya kat sini ya...

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

bak kata nor, texture nya sangat halus n mulus, x de botox2 ya!
harap diampunkanlah rupanya yg sememeh tu!

6 comments:

  1. Salam Kak Rose.. nyum2 sedap tu lelagi makan time sejuk.. rasa nyaman jek kat tekak.. erma tak pernah wat lagi.. cuma makan yang kawan wat he he he he.. tgk akak wat terliur lah..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Rose,
    puding roti karamel tu boleh buat kita kenyang.... berbanding puding karamel biasa kan... sedapnya!

    ReplyDelete
  3. salam kak rose. lamaaa tak tinggal jejak kat sini. selalu singah ambil bau je, kali ni nak tatap puas2 puding feveret nih hihi...

    ReplyDelete
  4. Assalam Kak Rose...hehe kita pun ada buat Puding Roti Karamel..tapi guna resepi Dik Rosaliza....belum update lagi sebab tengah sejukkan...nantilah kita update...kita buat lagi sememeh Kak..yang Kak Rose buat tu nampak elok je di mata kita!

    ReplyDelete
  5. sedapnyer.. tun ptg ni dh malas sgt, goreng keropok je utk minum petang. hihi..

    ReplyDelete
  6. Hello Kak Rose, ni saya nak tanya sikit....tu nasi ayam penyet, it means flattened chicken, chakap orang puteh, kan?

    Opposite of 'penyet', I think is 'bulat'? Yes, no?
    So, ada ke nasi ayam bulat? Maybe whole chicken?
    Looks so delicious tu ayam penyet...ada sambal lagi. Sedap nya!

    I suka your roti karamel....love the gula hangus....
    I have eaten almost similar here but Mat Salleh perumpuan tu pakai Maple syrup.

    Yours looks sedap best, masuk mulut lupa nama mak, ha ha.
    Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete