Sunday, April 8, 2012

Nasi ayam penyet

salam hari minggu semua.... ada terlebih rajin sket hari ni.... bangun pagi terus siapkan ayam untuk buat nasi ayam penyet ni.... sebenarnya dua hari lepas terpandang nasi sedap menggoda ni kat rumah Lemongrass tu dan pas tu klik la resepi dari Ijan Finland tu.... tekak yang jahat ni terus jer teringat2.... tp masih berfikir2 sbb x leh nak makan sambal penyet tu .... ada bilis kan, jadinya takut sangat dengan gegata yg x tau kita x suka dengan dia nih! tapi keinginan nak makan tu kan melebihi segalanya, buat jugak dengan harapan ubat dari specialist semalam tu akan dapat membantu!.... baru sudah makan nih, harap x la gatal lagi..... mekasih pada Ijan, juga LG kerana resepinya dan kak rose cnp dari Myr untuk tepek kat sini ya....

Untuk Nasi

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • (kak rose buat separuh je dari bahan2 ni dan 2 biji je cili api!)
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.(kak rose skip yg ni...)
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
pelakun tambahan.... tahuhu dan tempe goreng....(terlupa pada baki rempah ayam tu, so goreng dengan garam n kunyit je), timun dan tomato.

ayam goreng.... sebelum kepenyekkan....
  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Untuk Ayam Penyet
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  3. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  4. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  5. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.(uwaaaa... kak rose udah lupa sama step yg ini... togel je jadinya ayam tu!
  6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
hidangan lunch hari ni....
nasi ayam penyet yg sedap berposing bersama dengan segala pelakun tambahannya!
  1. Untuk Sup
  2. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

20 comments:

  1. Salam Kak Rose, pepagi lagi sudah tertambat selera dengan hidangan hari ini, aduhai... photo tarakhir itu membikin Ratna ter.....? nasi ayam penyet, mengapa penyet? dengan pelakun tambahannya begitu seimbang diantara satu sama lain dan warna ke'emasan gorengan ayam penyet, tauhu dan tempenya (pujaan selera Ratna)begitu cantik molek gorengan nya...


    Selamat ber-makan tengah'hari bersama se-isi keluarga dihari minggu ini.

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
  2. wahh kak Rose...rajin bebenor hari nie....
    mmm xhulur skit ke ???
    ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Rose,
    ini memang dah cukup lengkap ni...siap dengan tempe tauhunya semua, tak tahan tengok lama-lama ni Rose! Meleleh liur.....

    ReplyDelete
  4. Sangat menyelerakan kak. hermmmm bestnya

    ReplyDelete
  5. Assalam kak Rose, nampak sedap sgt ni..lum pernah buat lagi nasi ayam penyet ni.harus dicuba juga nanti:)

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap sangat ayam penyek kak rose......
    saya tak pernah buat tapi bila tengok resepi teringin nak mencuba....

    ReplyDelete
  7. Uish Kak Rose...
    Memmang sedap sgt2 kan nasi ayam penyet Ijan ni. Saya suka sgt sambal dia.
    Harap2 tak gatal2 lah ye lepas makan sambal dia yg ada bilis tu.

    ReplyDelete
  8. salam kenal kak ros...Nampak sedap n menyelerakan...Jemput singgah kat blog iza ye kak..4low ye..

    ReplyDelete
  9. Salam manis madu jugak buat Ratna...

    hari minggu yg agak rajin nak masak... jadilah ayam penyet ni... apa yg penyet tidaklah diketahui tp yg pasti mmg sedap. sambal tu menambahkan selera... bertambah2 nasik!

    ReplyDelete
  10. nasya, dah berhari2 x masak... kenalah rajinkan diri. ternampak pulak resepi ni, terus rasa nak mencuba... alhamdullilah menjadi n sedap!

    ReplyDelete
  11. amie, nampak sangat kejawaan nya kan... dengan tauhu n tempe.... sambal tu mmg umph lah!

    kalau dah meleleh air liur tu kena lah mencuba!

    ReplyDelete
  12. Sam, ada masa nanti bolehlah mencuba ya. x rugi tau sbb sedap!

    ReplyDelete
  13. Arizakiah, nampak resepi macam panjang berjela... tp bila dah buat x la susah mana pun.

    sila lah mencuba ya.

    ReplyDelete
  14. Min, tengok tayangan amal dari salam dua benua la terjadinya ayam penyet ni.... x rugi mencuba.
    kak rose pun suka sambal dia, cili api 2 biji jer, x tahan pedas! n harap2 x gatal lah sbb ikan bilis tu kan.

    ReplyDelete
  15. Waalaikumsalam Nieza,

    cuba jangan x cuba ya... ayam dia pun sedap, wangi jer masa menggoreng tu!

    ReplyDelete
  16. Salam kenal jugak buat iza.

    tq singgah n tinggal jejak kat rumah kak rose yg x seberapa ni....

    ReplyDelete
  17. Salam kenal,
    Sedapnye bila nampak resepi ni,kalau kat kedai dah tentu terbang rm 10 sepinggan..

    ReplyDelete
  18. Rohah, salam kenal jugak...

    mmg! ari tu makan kat restoran rm12/plate... pas tu x dak sup pun... terkulat2 kita makan. buat sendiri baru puas ati kan...

    ReplyDelete
  19. biasanya saya beli di depan tempat kerja saya..tp kalau buat sendiri pasti lebih sedap dan puashati

    ReplyDelete
  20. Assalam Kak Rose...mak aii ni kalau anak-anak Watie tengok ni...mesti nak join makan dengan Kak Rose....walaupun Watie tahu dia orang jenis yang sgt pemalu dengan orang yang tak berapa dikenali....demi sepinggan nasi yang seistimewa ni rasanya berbaloi kot buat muka tak malu!!

    ReplyDelete