Thursday, November 17, 2011

Tempe goreng

salam tengahari semua..... nak tayang menu untuk lunch x masak lagi pulak dan tengah pk2 nak makan apa pulak tengahari ni.... bila dok sorang ni jadi sangat malas nak kedapur... nntilah kalau perut dah keroncong cari je la apa yang mudah disediakan.... oh! tau la dah kalau cam tu kan.... yg cepat dimasak sedap dimakan....

tempe goreng ni dah tinggal bekas je, sbb nya tengok je la kat date tu.... tp nak jugak tepek kat sini buat kecur air liur perut yg tengah lapo ni.... sepinggan ni pun boleh habis makan sorang, cicah dengan sambal kicap tu sangat lah heaven pada kak rose yg jawa nih! rasa ketumbar dalam tu menambahkan keenakkan tempe ni. resepi ni kak rose cnp dari rumah hana yg dah lama x berupdate tu.... bz sangat ya nduk?

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • serbuk kunyit
  • sedikit garam dan air
  • BHN UTK SAMBAL KICAP
  • segengam chili padi (kak rose x tahan pedas... buh 2 biji jer cili api!)
  • 2 ulas bawang putih
  • gula
  • kicap manis

Cara-cara

  1. Potong serong tempe nipis2 supaya rangup.
  2. Tumbuk bwg putih n ketumbar.
  3. Campurkan tepung dengan bhn tumbuk dan serbuk kunyit. Letak garam skit. Then masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cair macam tepung nk goreng pisang.
  4. Panaskan minyak, Dah panas bleh la goreng hingga kekuningan.
  5. Utk sambal kicap - tumbuk chili,bwg putih, dan gula. Then masukkan dlm mangkuk dan bubuhlah kicap. Dah siap..bleh cicah ngan tempe goreng td...

10 comments:

  1. Kak Rose...fav cek ni...cecah lak ngan sambal kicap...tetiba teringin lak nak makan...balik ni nak beli tempe ...pas tu nak goreng...pas tu nak makan...he he..:D

    ReplyDelete
  2. boleh laa geng ngan hasben tun. walaupun x jawa, tp duk johor blh gak ngaku jawa kan, xde org tau. hehe..

    ReplyDelete
  3. sedap ni kak
    waktu saya di bandung...ini le salah satu makan petang saya...hihi

    ReplyDelete
  4. As'salam tempe grg maknan fv sy tu nak pulak cicih sama sambal kicap...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Rose, dingin sejuk sekali hari ini ... ber-frost lagi, pabila Kak Rose tayang itu tempe goreng makanan pujaan Ratna tersangat-sangat adore kepadanya!! terus jadi kempunan!

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  6. cik cek, balik nnti jgn lupa singgah kedai ya!

    ReplyDelete
  7. tun, ingatkan jawa je yg suka makan tempe ni! tp ada jugak jawa yg x suka kan?

    ReplyDelete
  8. kasih, belaja makan masa kat bandung la ya? sedapkan!

    ReplyDelete
  9. Sheila, kalau x de sambal kicap tu macam x ngam pulak kan..

    ReplyDelete
  10. Ratna, musim sejuk dengan salji ni kalau dapat makan yg pedas2 ni best agaknya. boleh panaskan badan!.... pandai je kak rose ni kan...

    ReplyDelete