Asalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdullilah dah 26 hari kita semua mengerjakan ibadah puasa dan masih diberi kesempatan mengerjakan solat terawih dimalam tujuh likur ini....kalau semalam macam dah berkurangan jemaah muslimah dimesjid tetapi tidak malam ni.... penuh disegenap ruang.... tp td jumpa kawan2 dimesjid tu dah ramai yg mengatakan ini malam terakhir kerana esok akan mula balik kampung.... selamat jalan buat kawan2 semua dan insyaallah akan berjumpa lagi dilain hari.... selamat hari raya maaf zahir dan batin.
bila dah menjelang akhir ramadhan ni dah x tau nak masak apa untuk iftar....dan juga dalam proses nak mengurangkan isi fridge, jd masak je la apa yg ada kan.... since ada 4 biji apple merah dan hijau maka kak rose jadikan dia apple strudel ni....guna resepi ni...
dan goreng karipap frozen ni... karipap inti sadin n kentang resepi dari tun telani, terima kasih ya... ni kira nak menghabiskan simpanan stok bulan puasa.... mmg saja buat karipap ni untuk masa2 kecemasan dan masa malas2an dan masa x tau nak wat kuih apa!
ada terajin sikit wat ayam goreng ala2 kepci... resepi kak rose cilok dari rumah hana yang dah lama menyepi tu.... pinjam ayat hana.... ayam goreng bodo2 dan resepinya kat sini ya... guna tepung kepci jer..... goreng bodo2 pun sedap taw.... crunchy diluar moist didalam.
dan permintaan hubby yg nak makan sambal ikan bilis..... tu dia satu mangkuk beso, berapa lama pulak la nak ngabiskan.... x pe leh simpan dalam freezer, nnti nak makan tinggal panaskan je.... senang keja orang malas macam kak rose ni!
ada sayur kailan yg x dapat enterframe..... dan Alhamdullilah kenyang perut dengan juadah simple ni.... pas ni nak kemas kain baju lak... mungkin lusa baru dapat balik kg.
balik mana kak?
ReplyDeletesimple2 pun tapi best kak :)
salam kak ros, boleh share tak resipi utk buat sambal ikan bilis seperti di atas, bile saya buat nasi lemak selalunya sambal tidak cukup dan tidak byk kuah mcm kak ros buat, terima kasih salam aidilfitri
ReplyDelete