Sunday, June 5, 2011

Apam beras

bila nasik x abes je teringat nak buat apam dan kalau tengok kat Myr punyalah banyak resepi apam… macam2 apam ada. bila tengok lapuran yang dihantar begitu banyak tentunya menandakan apam ni sangat sedap sbb ramai sangat peminatnya….dan tengok gamba yg dihantar pun ada bermacam2 kaler dan bentuk jugak… ok la kak rose pun nak mencuba buat…. x silap resepi ni sama macam apam salju tu… x kisahlah kan asalkan menjadi dan yg penting sedap untuk dingap bersama secawan teh o panas2…

resepi apam ni oleh cha@Myr, terimakasih ya dan kak rose nak mintak izin nak sharekan kat sini lak...

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar (kak rose guna gula putih sepenuhnya)
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!
apam beras yang sangat lembut n gebu....

10 comments:

  1. cantik le yg colour orange tu kak :)

    ReplyDelete
  2. kids mesti suka sebab rona roni...lama x makan apam sebab kat umah ni ayu jer yg telan yg lain x layan uwaaaa!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Rose,
    Ni macam semangat nak buat apam haha..Nak tanya..
    Akak pakai acuan apa? kaca ke?
    kalau pakai bekas silikon boleh tak? susah la nak cari acuan kaca kecik2 kat sini...
    yg gambar bawah tu acuan tart ke?

    ReplyDelete
  4. kasih, saja buh kaler2 bg cantik dimata!

    ReplyDelete
  5. Ayu, anak suka, mamanya lagi suka... mmg mama yg makan banyak.

    ReplyDelete
  6. TTM, meh kak rose tiup semangat nak wat apam nih!

    kak rose guna acuan lompang yg pelestik tu je... x mmpu ler nak bli yg silicon2 bagai!

    ya, bila dah x cukup acuan lompang, tat punya pun jd mangsa!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Rose, pagi-pagi dah bikin Ratna lapar! Apam beras jika di-ngap kan masih/tengah panas-suam ya ampun enak ... kali! Salah satu manisan buah-hati Ratna, lagi-lagi apam beras Kak Rose warna-warni semua nya lembut sungguh, nyaman rasa anak-mata pabila menatap apam beras yang berwarna pastel lembut itu... terpesona!!
    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  8. Aslmkm KakRose cayang. Comel2 nya apam ni... kita tak pandai ler buat apam.... mita 2-3 ketoi boley? hehehe

    ReplyDelete
  9. Ratna, kak rose suka warna2 yg lembut camni... sedap dimata juga ditekak....

    ReplyDelete
  10. Waalaikumsalam Along, berkat tunjuk ajar sifu2 masak dialam maya ni lah baru kak rose boleh buat apam ni... terima kasih semua...

    alamak dah abes la pulak!

    ReplyDelete