Saturday, June 12, 2010

Som som pandan

salam dan selamat petang semua..... ari ni kak rose buat som som ni..... lama dah teringin nak buat tapi asik dok tergendela jer.... belum sampai seru kot.... tapi akhirnya jadi jugak som som pandan ku ini..... dek kerana tergoda sungguh tengok d rumah hana yang berposing dengan cantiknya.... maka kak rose pun dengan penuh semangat kopi sebiji macam dia punya.... tapi kompom x kan jadi secantik macam sifu masak2 tuh!.... tak pe la kan asalkan sedap.... memang sedap dan everything is just nice....gabungan tepung beras n jagung tu sangat elok dengan santannya....pas ni dah terpk nak wat lagi sbb tadi buat setengah adunan jer.... takut lak bak kata hana bahan nampak sikit tapi bila jadi ..... mak ai banyaknya.....resepi asal dari fida Myr dan kak rose kopi dari rumah hana..... tq soooo much to both of you for the superb recipe.....

Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
  • SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  1. Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  2. Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  4. Sajikan bersama sirap gula melaka.

7 comments:

  1. kak rose,,ada lagi tak? nak rasa.......saya tak penah rasa pun som som..tapi saya suke kuih jenis ni

    ReplyDelete
  2. izan, ada sikit je lagi ni.... len kali kena buat 1 adnan.... tadi nak try dulu...sedap... laen kali leh wat lagi nih...

    ReplyDelete
  3. salam kak ros..ngancam jiwe lah warna nya...apatah lagi rasanya.....

    ReplyDelete
  4. lendanuar, cubalah memang sedap... x rugi mencubanya kpd sapa yang suka kueh cenggini....

    ReplyDelete
  5. salam kak rose...saya suka mkn som som ni. lg2 klu cuaca tgh pns, mmg sedap!!!

    ReplyDelete
  6. ya ain, makan sejuk2...sedap...tambah lagi yang buat sendirik kan...dapat makan puas2.

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan dari saya,,hari ini saya mencuba resepi ini ...

    ReplyDelete