Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, August 31, 2010

Puding karamel tanpa telor

salam dan selamat menyambut hari merdeka semua..... kemana kawan2 semua dicuti hari merdeka ni?.... tentunya ramai yang g shopping raya kan.... td kak rose g jugak.... mak ai ramainya manusia bershopping.... sesak dimana2.... ok berbalik pada juadah berbuka petang ni kak rose mencuba resepi puding ni.... tak pernah lak buat puding ni yang tanpa telor, jadi x tau lagi rasa camner.... harap2 memenuhi selera lah.... disebabkan satu adunan tu punyalah banyak jadi merasalah jiran2 kak rose.... harap2 ema, ayu n kak pah suker dengan rasa puding ni.... resepinya kak rose amik dari Myr oleh firasyira... tima kasih ya fira kak rose nak share resepinya kat sini..... tengok respon kat Myr tu tentunya sedap sangat puding ni.... meh kita tengok resepinya.

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • A) 2 senduk gula (senduk nasi)
  • B) 1 bungkus agar-agar serbuk (resepi ni guna 7gm je)
  • 4 cawan air
  • 2 1/2 senduk gula
  • C) 1 tin susu cair(lebih kurang 400g)
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu vanilla
  • (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara

  1. hanguskan gula cam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila da kaler emas tuang air sikit..pastu ketepikan..
  2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus.
  3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

x menyerlah kalernya sbb karamel yang golden saja warnanya.

Merdeka ke 53

selamat menyambut hari merdeka ke 53 buat semua rakyat Malaysia.... tanah tumpah darah ku dan negara bertuah ni.... semuga Malaysia akan bertambah maju dan makmur.... elak kan segala yang boleh menjadikan perselisihan faham terutama antara kaum yang berbilang bangsa ni.... macam dulu2 dan harap untuk masa2 akan datang juga.... berbilang bangsa tidak menjadi penghalang untuk bersatu.... happy merdeka malaysia!

Monday, August 30, 2010

Tat bunga

ni kukis kak rose yang buat hari ni.... jenuh juga nak menggentel jem nenas tu.... mula tu dah gentel, terbeso pulak dan kena buat lagi sekali.... tu yang leceh tu sebab x reti nak agak beso mana nak letak dalam bunga tu..... apa pun akhirnya selesai jugaklah cuma x dan nak letak bunga kecik2 diatas jem tu.... nampak macam togel je kan.... satu adunan dapat dua botol je .... maknanya kena buat lagi sekali lah ni sbb kak rose nyer x ada lagi.... rajin ke? resepinya kak rose dah tepek dulu (leh tengok kat sini) yang amik dari rumah nor67 tu... tima kasi banyak ya!

tat bunga ku..... selamat berbuka... x sabar nak rasa tat bunga nih...

Sunday, August 29, 2010

Biskut Semperit

salam semua..... biskut raya yang kedua.... first time mencuba semperit ni.... so crunchy and melted in the mouth.... satu adunan punyalah banyak dapat.... terus dapat 3 balang untuk mak n MIL jugak....tapi sayang yang last tray dah hangus sbb duk g jenjalan kat rumah maya ni sampai terlupa biskut dalam oben.... maklumlah kak rose x set timer jadi every now n then kenalah g tengok, tapi leka nyer pasal ..... hanguih sekut den! resepi ni kak rose amik kat Myr oleh Nzeila.... timakasih ya dan kak rose nak share resepinya kat sini....

Bahan-bahan ( - )

  • 300g butter
  • 160g gula aising
  • 100g tepung jagung
  • 160g tepung kastard
  • 240g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur

Cara-cara

  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit

suker sangat sbb first time try menjadi dan sedap.

Biskut Irish

salam dan selamat hari raya.... he he he dah dekat nak raya.... tengok sana sini semua orang dah stat mensekut (eehhh ade ke perkataan ni?) kak rose pun nak jugak la..... biar pun x cantik tp memang sedap..... semalam buat satu adunan dan ari ni buat satu lagi.... maklumlah nak berbagi kerumah mak dan MIL jugak.... jadi kenalah buat lebih sikit....x pe buat nya mudah dan bahan pun x banyak... resepinya kak rose copy dari rumah hana yang resepi asalnya dari rumah CMG.... huh... kalau g rumah CMG tu kan ari2 dia dok tayang sekut raya... cantik2 lak tu...bila la agaknya kak rose nak pandai wat macam dia tu kan..... nak mintak izin kak rose nak tepek resepinya kat sini ya.... macih semua.

Bahan-bahan
Bahan A:-
  • 180 g mentega
  • 20 g shortening (lemak sayur)
  • 130 g gula halus
  • 1 kuning telur
  • 1 camca teh nescafe (mat ganti dengan esen vanilla) - samolah den
  • 1 camca teh esen kopi (pun tak bubuh sebab tak de)
Bahan B:-
  • 200 g tepung gandum
  • 100 g tepung sagu ubi - xde. ganti tpg jagung 70g lebihkan gandum 30g
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 40 g nestum, dikisar halus
Bahan Hiasan:-
  • Kuning telur untuk sapuan - hana campur pewarna kuning sket
  • Gula bewarna atau apa jelah ikut suka, sebagai hiasan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan A dalam mixing bowl dan pukul hingga semua sebati dan berkrim. Perlahankan speed dan masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  2. Canai doh setebal 1/2 cm dan terap mengikut acuan kegemaran. Susun dalam dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias ikut suka. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit.
  3. Bila keluarkan dari oven, biar biskut dalam dulang sementara waktu (mat perhatikan, biskut agak lembut masa dalam keadaan panas). Bila biskut agak keras boleh dialihkan ke jaringan dan sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
ni versi yang kak rose guna gula warna warni tu... tp x cantik sangat kaler dia.... x menyerlah.

panas panas.... baru kuor dari oben....


Friday, August 27, 2010

Bebola roti goreng

huissss.... kak rose ni kan, x leh nampak apa saja kat rumah orang dia pun nak makan....jadi ke idak, lawo ke idak x kesahkan.... bahan2 suma cukup buatlah, janji dapat makan... baru pueh ati.... nampak bebola api di banyak rumah dah.... derang nya cantik2 je.... kat rumah yat maria ada udang lagik, rumah hana lak comei je bolat2 gitu..... ha siap ko... bila sampai kat tangan kak rose, kawan2 tengoklah sendirik.... bola2 sudah jadi menggerutu semacam.... geseng lak tu.... tp kak rose x kesah, asalkan dapat makan! (ayat nak sedapkan ati lah tu....) resepinya kak rose kopi dari rumah hana dan dia amik dari rumah lizahanum.....(lizahanumnyer cantik je x geseng)...tima kasih semua sbb share resepi ni.... mintak izin cnp kat sini ya.

Bahan-Bahan
  • 14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah ~ dihiris
  • 1 biji bawang besar ~ didadu halus2
  • sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
  • minyak utk menggoreng
  • (kak rose buat separuh dari adunan ni.... dapat 16 biji bola beso2 gedabak)
Cara-cara
  • Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya..
  • Masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. (hana ramas2 agar padat isinya)
  • Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  • Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa.
  • Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

selamat berbuka puasa semua..... nak siapkan cendol lak ni.... selagi x abes stok tiap2 ari ada cendol ngan susu soya.... sedap!

Making coclored sugar sprinkles

salam jumaat semuanya..... wah ari ni tajuk omputeh ya.... ari tu ada terbaca tentang cara nak buat gula yang kaler2 ni.... tapi x ingat dari mana jadi sepagi ni kejut pakcik google soh carikan.... yalah nak beli kang mahal2 x mampu lak.... (sah kedekut) maklumlah poket dah burn beso... jadi kenalah pandai2 sendirik ya.... oh ya dan pakcik tu jumpa kat sini dan kak rose pun try.... kalau ada gula yang kasar2 lagi cantik kan.... kak rose cuba translate loosely.... cara dia camni....

bahan
gula pasir kasar
kaler of ur choice

letak gula dalam zipper plastik
letak setitik dua kaler (jgn banyak2 nnti gula jadi melekit)
goncang sampai semua gula coated ngan kaler tu
biar sebentar (biar kena angin sikit) pastu baru gunakan untuk hiasan

colored sugar.... yang ijo tu agaknya kena tambah sikit lagi kot kaler dia baru nampak terang gitu....ok wait for the next project.... kalau rajin lah.