Lanai Kijang

Lanai Kijang

Tuesday, February 9, 2010

Apam cokelat

Salam semua.... dah berapa hari kak rose tak masak2.... bukan x masak tapi wat yang sempoi2 je.... asalkan perut kenyang kan.... so ari ni kak rose ada sikit rajin (sebenarnya teringin nak makan) dan buatlah apam cokelat ni.... ari tu lagi terpandang apam ni di rumah Umi yang asalnya oleh Alma dari MyResipi.... resepi yang mudah dan sangat cokelaty.... tapi sayang kak rose punya x menjadi licin gitu.... entah apa yang kurangnya jadi kerepot gitu... sedih tau.... masa tengah kukus tu bukan main naik cantik lagi.... bila dah sejuk...... merudum jatuh dan jadi kerepot.... ada sapa tau apa sebabnya?.... sharelah ngan kak rose yang x pandai ni.... kak rose copy resepinya ya Umi dan terimakasih juga pada Alma yang sudi kongsi resepi ni.....

PAM COKLAT by Alma MyR
Bahan:- (kuranglebih 16 biji)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air
  • 1bj telur
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 atau 2 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara:-

  1. Panaskan pengukus yg berisi air hingga mendidih.
  2. Mix semua bahan2 menggunakan mixer atau nak lebih mudah lg boleh gunakan blender.
  3. Masukkan dlm acuan lompang dan kukus hingga masak lebih kurang 10 - 15 minit. Mudahkan...!

# Sedap dimakan panas2. Apam ni rasa dia cam kek coklat kukus. Padat dan moist.


goreng mee hoon sempoi ni tuk kak rose nyer lunch... malas nak masak nasi dah... tuko selera pulak... wat pun sepinggan ni jek... jadi dah abess lah ya.....

Monday, February 8, 2010

balik kampung

My Cik Amin

Balik kampung ari tu.... sempat lagi pergi kenduri (aci tak g kenduri pakai jeans je?) rumah makcik kak rose (actually x de plan nak g kenduri pun, tapi bila sampai rumah tu emak ajak lak g, jadi sarung je lah mana yang ada kan..... tapi kami g sebelah pagi je dan kenduri tu sebelah petang jadi ok la tu kan.....) Makcik ni ialah adik bongsu kepada bapak kak rose yang telah kematian suami..... tapi makcik ni sangat rajin ambil tempahan menjahit dan buat bermacam kek lapis.... kalau nak raya memang x menang tangan dibuatnya..... Cik Amin ni rose tolong promo nih... nnti raya boleh dapat sebijik kek lapis percuma ke????

dan gambo munga2 sekeliling rumah emak dikampung.....








eh.... bunga jugak ke.... kelapa ni rendah sangat dah lebat berbuah...

kelapa gading yang lebat berbuah hingga condong pokoknya....

Friday, February 5, 2010

Pizza

Selamat petang semua.... mari kita minum petang dengan pizza nih.... boleh kenyang sampai ke malam..... no more dinner dah.... terpandang hawaiaan pizza kat rumah ros@jintanmanis tu sungguh menggoda jiwa dan raga kak rose.... dan hari ni dengan bersungguh2nya kak rose mencuba buat..... tapi x mungkin jadi secantik dan secomel tuan punya resepi tu..... topping nya pulak kak rose letak crabstick, sotong ball, sosej, tomato dan capsicum... macam pizza super supreme je topping nya.....nenas x de....cheese pun guna slice cheese je.... ros, apapun tima kasih for the recipe..... kak rose kopipes kat sini ya.....

Bahan-bahanya

Untuk Doh Pizza ( pizza bentuk bunga dan di dalam crust ade sosej)

250gram tepung roti

140ml air suam

1 1/2 sudu kecil yis ( ros guna dry yeast)

1 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil garam

1 sudu besar marjerin- boleh diganti dgn 2 sudu besar olive oil (guna olive oil)

sedikit oregano (x letak)

Untuk inti di dalam crust

4 sosej yang di rebus dahulu dan yang telah dipotong pendek. (k rose guna 5)

Untuk Topping

1/4 biji nenas saiz kecil dipotong nipis

100gram isi ayam bahagian dada, ( di saute perang dahulu)

hirisan bawang

hirisan tomato

sedikit mix cheese atau keju mozarela

( jika mahu letak tomato kechup atau pizza souce pun boleh juga)

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan doh dan uli hingga lembut dan elastik, kalau ade Bread Maker, tekan menu Dough dan ON, tunggu sampai siap. Kalau guna BM boleh skip langkah di bawah, dan bila Dough dah siap tu boleh terus bentukkan sahaja. (Kak rose x de BM, uli guna tangan je..... sampai naik muscle dilengan.... he he he)

2. Jika menggunakan manual, iaitu uli tangan, bila doh telah lembut, perap doh sehingga dua kali ganda, dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh bagi tujuan keluarkan angin, uli lagi selama lima minit, kemudian canaikan doh, dan ambil 1/2 bahagian doh dan ketepikan, separuh lagi boleh bentukkan untuk dasar pizza.

3. Separuh lagi, bahagi doh pada bahagian-bahagina kecil lebih kurang 18-20 saiz kecil, kemudian masukkan sosej yang telah dipotong pendek tadi, pastikan doh menutupi sosej. Ulang langkah tadi hingga sosej habis, kemudian atur di atas doh dasar pizza tadi, pastikan separuh crust tadi mengenai permukaan pizza dan separuh lagi biarkan terkeluar, jangan risau , apabila sudah kembang nanti semuanya akan bercantum, dan jangan di susun rapat sangat pastikan ada ruang sedikit untuk doh crust mengembang.

4. Cucukkan dasar doh pizza dengan garpu dan biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali toppingkan pizza dengan ayam, nenas, bawang dan tomato serta taburkan keju di atasnya, bakar pada suhu 180darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan pizza perang. Selamat Mencuba.


selepas 20 minit dalam oven....... tinggal nak ngap je.....

mari2..... jemput makan.....

Ayam ungkep

Salam semua.... semalam g jenjalan rumah dan dapur chef2 maya ni..... terpandang resepi ni kat darur Chikmi yang pandai masak tu..... terus terkenan dan mencubalah ari ni.... resepi asal dari Hana Jepun tu..... masakan ni stail jawa kan hana.... betul tak.... selama ni tak terpk lak nak masak cam ni.... simple dan sedap.... terasa rempahnya..... terimakasih pada anda berdua kerana resepinyer.... kak rose cnp kat sini ya......

Ayam Ungkep~ by Hana
Bahan-bahan
  • 500g ayam - dipotong kecil
  • *3-4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 sudu makan ketumbar
  • *1 sudu makan jintan putih
  • *1-2cm kunyit hidup
  • *1cm halia
  • *5-6 bijik cili padi - jika ingin ungkep pedas
  • 2 batang serai - ketuk. kali nih blend@tumbuk jerk skali
  • sedikit air asam jawa@ sekeping asam keping
  • garam
  • air
Cara-cara
  • tumbuk@blend bahan yg bertanda *.
  • panaskan minyak. tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga pecah minyak.
  • masukkan ayam. tambahkan air sedikit. tutup piyuk@koli. masak hingga ayam masak.
  • masukkan air asam jawa@asam keping dan juga garam. jika suka leh letak serbuk perisa.
  • bila dh agak kering tutup api. hidangkan ngan nasi putih panas.

Thursday, February 4, 2010

Busu g shopping

Anak mama dah pandai nak shopping sendiri.... macam2 dibelinya.... pilihan sendiri je... x yah nak consult mama ngan ayah dah..... ari tu dia beli slack.... bonia lagi.... dah lah mahal tapi tak pulak mintak tolong salesgirl tu potongkan kaki yang labuh tu.... bila balik tunjuk kat mama.... apa lagi pot pet lah.... so sampai sekarang slack tu belum g hantar kedai untuk potong.... x leh nak pakai lagi lah..... dan semalam pulak dibelinya perfume ni..... alahai anak mama.....

Wednesday, February 3, 2010

Daging blackpepper

hari ni pagi2 lagi kak rose dah g jenjalan rumah dan dapur orang.... apa lagi sekodeng resepi dari bloggers yang semuanya tera memasak.... semua masakan dan hidangan yang sungguh menyelerakan.... hajat hati nak diet... tapi kalau cenggini lah gayanya mana bisa kurus kan?.... tengok orang punya resepi pun menjejeh air liur nak makan..... dan bila dah masak apa lagi ngap lah..... x ingat dah nak diet tu.... resepi ni kak rose amik dari blog cetusan selera kepunyaan leen hussain yang tera masak tu..... (tapi kak rose x goreng daging tu cuma kak rose rebus sebentar menggunakan pressure cooker..... sori kak rose pepandai ubah cara ni...) anyway thanks for the superb recipe ni.....kak rose minta izin nak cnp resepinyer ya....resepi asal boleh tengok sini.

Bahan-bahan:-
200-300 gm Daging Batang Pinang - hiris - lumurkan sikit serbuk kunyit

1 1/2 sudu makan Lada Hitam Serbuk Kasar
2 ulas Bawang Putih - diketuk

1 labu Bawang Besar - potong bulat
1 Biji Lada Benggala
2 sudu besar Kicap Manis (guna kicap ABC-pekat sikit)

4-5 sudu besar Sos Lada Hitam
Air mengikut yang dikehendaki
Garam secukup rasa

Cara-cara:-
-daging yg dah lumur serbuk kunyit, goreng sebentar, angkat ketepikan.
-tumis bawang putih kekuningan, masuk serbuk lada hitam, tumiskan wangi.
-masuk kicap manis, sos lada hitam, air, bawang, kacau sebati.
-masuk lada benggala, daging,... perasakan garam.
-kalau rasa kurang mana-mana, nak lebih sos lada hitam ke, kicap ke, nak pekat ke, tambahlah ikut suka
-aksesori tambahan - boleh tambah karot, kobis bunga, brokoli....


daging blackpepper.... sedapnya.....

Apple and celery salad

salam semua.... ari ni kak rose mencuba resepi dari buku yang beli ari tu..... tapi sayang walnut x de ... jadi mana yang ada je lah ya..... anyway sedap gak lah walaupun simple sangat resepinyer.... maklumlah salad kan.... gaul semua dah siap... mari kita tengok resepinyer....

Ingredients
80 gm red apple (cut into cubes)
80 gm green apple (cut into cubes)
50 gm celery (chopped finely) - kak rose potong cube gak
30 gm walnut (chopped finely) - kak rose x letak
100 ml mayonnaise
1/2 tsp salt
strawberry n mint leaves for presentation

preparation
mix well the apples, celery with mayonnaise and walnut.
add some salt and mix it again
put salad on plate and decorate with strawberry and mint leaves
serve cold.