Friday, November 4, 2016

Bila ada sambal sadin leftover...

 Asalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari buat kawan2 semua... semuga semuanya dalam Rahmat Allah hendaknya. dan hari jumaat rutin biasa kak rose pepagi ni tak sama macam weekdays lain, hari jumaat kak rose tak ber brisk walk, tapi selalunya kak rose akan baca Surah Al-Khafi berseorangan setelah en. asben g kerja... masih jugak teruskan kebiasaan masa duduk di shah alam dulu, walaupun kini cuma kesaorangan jer. Insya Allah, tahun depan kak rose akan dapat bersama kawan2 semula... doakan kak rose ya.. nanti boleh la buat lempeng cam ni untuk buat tangan lepas mengaji tu. makan ramai2 memang sedap kan...

walaupun kesaorangan kat sini, tapi makan2 pun nak jugak... sungguhpun cuma lempeng cicah sambal sadin leftover ni....meh kak rose kongsikan resepi lempeng nasi ni... makan ni boleh kenyang sampai tengahari..

Bahan-bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak @ minyak zaitun
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah
Cara-cara

  • Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  • Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  • Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Mmmm...sedap jugak makan sambal sadin dengan lempeng :)

    ReplyDelete