sesekali tukar selera lah kita...
Thursday, November 21, 2024
Spaghetti bolognese
Wednesday, November 20, 2024
Sarapan kami
tak jemu ke hari hari asik breakfast dengan makan roti jer?
hari kehabisan roti putih, gantikan dengan choco raisin toastem ni... lagi sedap kalau di toast sekejap macam yang tertulis lat packing tu. memang sedap lah
buah buah tak lupa lah... apa yang ada dalam stok jer. betik, mangga anggur hitam dan buah naga.
nescafe o tanpa gula satu kemestian... kalau tak dapat ni memang sakit kepala sepanjang hari lah..
buah naga dan mangga bersama roti gardenia toastem butterscotch.
sesekali tukar dengan roti boom dan kari leftover pun ok gak.. buah rockmelon fresh dari greenhouse di kampung. crunchy dan manissss! rasanya dah sampai masa carving nak makan nasik lemak pulak dah ni... tapo ade ke kerajinan nak menyinsing lengan pepagi tu? harap vitamin r tu datang lah nanti. 😏
Monday, November 18, 2024
Kerabu mangga
simple yet sooo sedaplah
BAHAN-BAHANNYA :-)
- Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
- Satukan garam, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
- Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.
Wednesday, November 6, 2024
Ayam masak kicap
Bila ada sedikit kerajinan, maka berasap lah dapo kak rose ni...
dan sayur yang memang jadi pebret kami berdua brokoli bawang putih. cukup lah untuk kami makan bersama nasi hangat2...kalau nak mencuba, resepi ada kat sini
Tuesday, November 5, 2024
Kisah care-giver ...
kisah care-giver kat rumah setelah SIL discharge dari hospital....
tapi mostly breakfast jer yang sempat amik gambo untuk kenangan nanti yang suatu hari nanti yang kak rose ni pernah jadi care-giver untuk SIL yang operation slip disc nya.. ni lunch pulak, sayur lemak sawi putih dan buah, nasi dan ikan goreng tak mauk enterframe lak
pagi ni dengan cekodok kentang as her request nak makan yang simple2 jer katanya... dan buah2 tu mesti lah ada kan.. lebih baik dari masa kat sepital yang asik buah yang sama jer, katanya lah..
jemu pulak makan nasik, katanya... so buat spaghetti bolognaise, tapi nak jugak sayur.. so kak rose buatkan lah brokoli bawang putih ni.. SIL ni memng pengemar sayur, so apa saja yang kak rose buat dia makan jer... Alhamdulillah, senang kerja tukang masak!
kali ni cuma sediakan buah dan kopi jer untuk breakfast... dia kata nak makan roti sapu peanut butter spread jer...
strawberry, persimmon, mangga dan epal merah
buah untuk petang pulak.. persimmon, strawberry dan shine muscat... masa ni masih tak dengar berita yang anggur ni ada pesticide yang berlebihan. tapi Alhamdulillah semua clear jer kat Malaysia ni kan. so no worry lah nak makan. tapi kak rose make sure buang semua kulit tu bila nak makanlah.
roti boom dan kari danging, kopi dan buah2...
mee goreng tanpa udang, kak rose gantikan dengan fillet ayam jer sebab nak jaga takut efecct kat bekas operate tu kan... Alhamdulillah selepas sepuluh hari post operation, scar dah kering cantik... tapi tetap kena jaga lah kan.
dah buntu nak sediakan apa untuk bekpes ni, maklumlah tukang dapo ni hari2 pun makan toast n buah2 jer kan... so pagi ni buatkan nasii goreng daging ulam timun dan buah2 juga kopi lah
yang ni last kak rose sediakan breakfast sebelum kak rose balik ke KL sandwich plain roti dan roti cokelat kismis gardenia, mangga dan buah naga. SIL pun ade follow-up di kpj... dan selepas tu dah rasa kuat sikit husband bawak balik ke rumah di KL untuk recovery seterusnya.. semuga SIL cepat sembuh dan sihat semula seperti sebelumnya
Sunday, November 3, 2024
Oktober 2024
Kisah pertengahan oktober 2024, simpan sini buat kenangan jaga pesakit di ward dan dirumah.
Masa kak rose sampai di KPJ Kluang ni dah lepas 4 hari post operation. earlier adik yang tolong jaga sebab husband di KL uruskan anak2 masuk U masa tu... sorang ke UMT dan sorang lagi ke UIA. yang bogsu akan hadapi SPM pulak... so bertabah lah dengan berjauhan... husband cuma mampu hantar warded dan tak dapat tunggu di sepital. hujung minggu tu baru lah dapat balik ke kampung dan balik semula sbb anak masih sekolah..
ward di KPJ kluang, di tingkat 7... sayup dikelilingi pokok kelapa sawit yang menghijau tapi pesakit tak dapat bangun nak tinjau keliling pun... memang lepas 4 hari pun masih belum boleh bangun dan jalan2.. cumanya staff dari bahagian physio akan datang untuk ajar bangun dan cuba jalan... hari kelima baru lah boleh bangun dan jalan ke toilet sendiri... masih sakit ya amat katanya..
breakfast di ward.. croissant with all the mak nenek isinya.
dah boleh discharge dan time to balik... balik ke kampung saja sebab doc tak advice to travel jauh buat masa ni... recovery kat kampung hingga next follow-up in 10 days time. Get well soon my SIL.
Saturday, November 2, 2024
November dahhhh...
shinr muscat ni kak rose memang suka dan selalu lah beli, tapi kak rose makan dengan cucui bersih2 buang kulit seluruhnya lah... tapi bula Thailand kata ada excess pesticide kat anggur ni terus lah lama x beli dah. tapi kan kat tempat kita ni kkm masih kata selamat untuk dimakan. so pandai2 lah nak jaga keselamatan sendiri kan... boleh jer elak dan makan lah anggur yang lain, masih banyak pilihan kan.
honey persimmon ni pun pebret buat kak rose. sangat manis dan crunchy 😋😋
Friday, August 30, 2024
Asam rebus batang keladi
sayur ni kak rose masak untuk kami adik beradik masa rewang kenduri kat kampung minggu lepas... bila masak banyak2 ni memang gabra sikit lah tuan tanah ni, tapi Alhamdulillah ramai yang kata sedap. tu pun dah cukup untuk hilangkan nervous ni...
bahan2 yang dah di blend, instead guna belacan kak rose tukarkan guna kiub ikan bilis..
tu dia.... daripada seperiuik besar batang keladi yang mentah, jadi tinggal segini jer bila dah masak.
batang keladi yang fresh dari kebun adik, risau jugak pada mulanya takut gatal bila nak siang ni.. berlapis2 sarung tangan masa siang dan membasuhnya.... dan yang penting selawat banyak2 agar semua dipermudahkan... jom tengok resepi nya, dari blog Suria Amanda sebagai panduan dan kak rose gandakan bahan2 sebab masak banyak. terima kasih ya...
RESEPI BATANG KELADI MASAK ASAM REBUS
Bahan-bahannya:
- Batang keladi yang telah disiat kulit dan dipotong-potong
- 3 batang cili merah
- 5 biji bawang kecil
- 1 biji bawang putih
- 1/2 genggam ikan bilis
- sedikit belacan (kak rose guna kiub ikan bilis)
- secekak daun kesum
- air asam jawa garam, (kak rose guna asam keping)
- gula dan perasa secukupnya
Cara-caranya:
- Celur batang keladi tadi hingga separa masak. Tos dan ketepikan.
- Kisar lada merah, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan belacan tetapi jangan sampai lumat. Kalau larat tumbuk lagi sedap.
- Masukkan bahan kisar, asam gelugur, daun kesum dan serai ke dalam kuali atau periuk.
- Tambah sedikit air dan biarkan mendidih
- Perasakan dengan garam dan gula denagn secukup rasa.
- Biarkan mereneh seketika.
- Tutup api
Wednesday, August 28, 2024
Asik rotiiiii jer!
Ini lah sarapan kami almost hari hari... sesekali kalau rajin atau kehabisan roti baru lah ada yang lain.buah kena lah sentiasa ada.... apa saja buah pun jadi, asalkan ada dalam stok.. kita ni jenis tak rajin nak sarapan kat luar, so siapkan jer apa yang ada. Alhamdulillah dengan rezeki Allah
Thursday, August 15, 2024
Kerutup daging
Ada kala rajin, maka berupdate lah dapo maya kak rose ni...
Friday, August 2, 2024
Hadiah untuk tukang dapo..
Tukang dapo, dapat kuali pun dah happy sangat kan.....
tapi tu lah... nak guna tu entah bila lah agaknya... bila tukang makan tak berapa nak ada, jadi tukang masak pun tak lah rajin nak ke dapo kan...