Tuesday, November 5, 2024

Kisah care-giver ...

 kisah care-giver kat rumah setelah SIL discharge dari hospital....

Dari hospital, kak rose lah yang bawak balik ke kampung since masa ni husband belum sampai lagi... PJJ ni begini lah. SIL ni kerja kat JB dan tiap hari berulang dari kampung manakala si husband pulak kerja di KL jadinya hujung minggu jer lah menyatukan mereka... so kami adik beradik yang ada ni lah bergilir sama tolong jaga sementara suaminya sampai... sebagai care-giver yang nak sangat SIL ni cepat sembuh, kak rose jadilah tukang sediakan breakfast, lunch n dinner sekali lah... 1st day breakfast kat rumah kak rose buat bubur a la Mcd dan segala dayang2 nya juga buah dan kopi lah.
tapi mostly breakfast jer yang sempat amik gambo untuk kenangan nanti yang suatu hari nanti yang kak rose ni pernah jadi care-giver untuk SIL yang operation slip disc nya.. ni lunch pulak, sayur lemak sawi putih dan buah, nasi dan ikan goreng tak mauk enterframe lak
pagi ni dengan cekodok kentang as her request nak makan yang simple2 jer katanya... dan buah2 tu mesti lah ada kan.. lebih baik dari masa kat sepital yang asik buah yang sama jer, katanya lah..
jemu pulak makan nasik, katanya... so buat spaghetti bolognaise, tapi nak jugak sayur.. so kak rose buatkan lah brokoli bawang putih ni.. SIL ni memng pengemar sayur, so apa saja yang kak rose buat dia makan jer... Alhamdulillah, senang kerja tukang masak!
kali ni cuma sediakan buah dan kopi jer untuk breakfast... dia kata nak makan roti sapu peanut butter spread jer...
strawberry, persimmon, mangga dan epal merah
buah untuk petang pulak.. persimmon, strawberry dan shine muscat... masa ni masih tak dengar berita yang anggur ni ada  pesticide yang berlebihan. tapi Alhamdulillah semua clear jer kat Malaysia ni kan. so no worry lah nak makan. tapi kak rose make sure buang semua kulit tu bila nak makanlah.
roti boom dan kari danging, kopi dan buah2...
mee goreng tanpa udang, kak rose gantikan dengan fillet ayam jer sebab nak jaga takut efecct kat bekas operate tu kan... Alhamdulillah selepas sepuluh hari post operation, scar dah kering cantik... tapi tetap kena jaga lah kan.
 dah buntu nak sediakan apa untuk bekpes ni, maklumlah tukang dapo ni hari2 pun makan toast n buah2 jer kan... so pagi ni buatkan nasii goreng daging ulam timun dan buah2 juga kopi lah
yang ni last kak rose sediakan breakfast sebelum kak rose balik ke KL sandwich plain roti dan roti cokelat kismis gardenia, mangga dan buah naga. SIL pun ade follow-up di kpj... dan selepas tu dah rasa kuat sikit husband bawak  balik ke rumah di KL untuk recovery seterusnya.. semuga SIL cepat sembuh dan sihat semula seperti sebelumnya
 

No comments:

Post a Comment