Thursday, October 26, 2023
Hari2 saya makan roti...
jambu batu lohan gaul dengan asam pak chu 916
tembikai merah yang manissss
mangga susu thailand dengan jambu air madu
jambu dan jambu - batu dan air. dua dua pun sedap 😋😋
Saturday, October 21, 2023
Tumis labu air
- sebiji kecil labu air (pastikan ia muda) - buang kulit dan dipotong dadu.
- setengah cekak suhun @ so'un
- semangkuk kecil isi ayam(hiris nipis) @ udang basah
- 7 biji bawang merah,5 ulas bawang putih & 2cm halia muda - dihiris
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam, 1/2 senduk minyak utk menumis
- (kak rose tambah carrot )
Cara-cara
- panaskn minyak,tumis bahan2 hiris hingga wangi lalu masukkan ayam.goreng hingga ayam layu lalu masukkan 2 mangkuk air.
- biar mendidih seketika utk lembutkn ayam pastu masukkan labu air.biar mendidih 3 minit lalu masukkan suhun. masukkan juga serbuk lada hitam. garam & secubit gula.biar mendidih seminit,tutup api dapur & tutup rapat periuk dlm 5 minit utk empukkan labu. kemudian renggangkn tutup periuk utk elakkan labu jd lembik.
- bolehlah dihidang panas atau sejuk..
Thursday, October 19, 2023
Sup makaroni
Friday, October 13, 2023
Ayam goreng kunyit
- Dada ayam dihiris memanjang, cuci dan toskan (che mat guna dada ayam tanpa tulang). Gaul dengan bahan2 bertanda (*), dan perap 30 minit, simpan dalam peti sejuk. Kacang panjang dikerat pendek, cuci dan toskan. Ketepikan/
- Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 4 camca besar). Tumis bawang putih hingga harum, masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga isi ayam berubah warna.
- Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan kacang panjang. Kacau rata dan masak hingga semua lembut. Masukkan gula, jika suka dan perasakan dengan sos ikan secukupnya. Kacau rata dan masak sekejap. Boleh matikan api, hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain.
Thursday, October 12, 2023
Bubur nasi a la mcd
Bahan-bahan
- 1 cwn beras
- 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
- 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
- 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
- sedikit garam
- 1 liter air
- * GARNISH *
- lada merah/cili kicap
- daun bawang n daun sup
- sedikit mninyak bijan
- isi ayam yang dah disiat2
- kacan tanah goreng
- ikan bilis goreng
- bawang goreng
Cara-cara
- Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
- Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
- Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
- Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.
Sunday, October 8, 2023
Ikan siakap tiga rasa
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan kelar.Lumur garam dan kunyit.
Bahan lain:-
5 ulas bawang putih - ditumbuk asing
3 ulas bawang merah - ditumbuk asing
2" halia - dimayang halus
6 biji cili padi - dihiris nipis (terpulang pada tahap kepedasan memasing la ya...)
garam
gula
1/2 cawan air
Bahan sos:-
3 sdm sos cili
3 sdm sos tomato
2 sdm sos tiram
Cara:-
1. Panaskan minyak.Goreng ikan siakap tadi sehingga garing.Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dalam kuali sedikit utk menumis.
3. Masukkan cili padi hiris dan goreng sedikit layu.
4. Masukkan bahan lain seperti bawang putih,halia dan bawang merah yang telah
ditumbuk.Tumis sehingga kekuningan dan agak garing.
5. Masukkan bahan sos.Tambah air.Kacau sehingga kuah masak dan mesra.Masukkan garam dan gula.
6. Sekiranya hendakkan kuah yang agak pekat,boleh dibancuh dgn sedikit air dan campuran tepung jagung.
7.Tutup api dan curahkan di atas ikan tadi.SIAP!
Saturday, October 7, 2023
Brokoli bawang putih
500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
GaramCara penyediaan:
1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.
Friday, October 6, 2023
Cekodok pisang
Bahan-bahannya:
8 biji pisang emas dilenyek
3/4 cwn tepung gandum
3 sdb gula pasir
1/2 sdt soda bikarbonat
secubit garam
Cara-caranya:
1. Satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
2. Perap adunan itu tadi selama 30 minit sebelum menggoreng. Tujuan ia diperap terlebih dahulu supaya cekodok pisang akan menjadi ranggup di luar dan lembut di dalamnya. Itulah rahsianya.
3. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas.
4. Goreng dengan api sederhan sehingga masak dan siap dihidangkan
Thursday, October 5, 2023
Macam macam ada...
pepagi merajinkan diri goreng pisang pulak. pisang ni kak rose bawak dari kampung. masa bawak tu masih hijau lagi, lepas dua hari dah stat menguning dan kenalah buat something yang sedap ditekak kan.. pisang lilin adik kata, sedap digoreng dan sangat mani rasanya.
yang ni cuma panaskan roti boom frozen dan cicah kuah kari ayam leftover.
kembali as usual, toast, pisang berangan dan seedless red grapes
heavy breakfast... nasi goreng ulam timun jepun, home made potato wedges dan jambu batu gaul dengan asam pakchu 916
tukang makan nak jugak toast ni walaupun ada lempeng cicah dengan sambal tumis. so buat je lah kan...
Wednesday, October 4, 2023
Tuesday, October 3, 2023
bubur kacang
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
Air secukupnya
Gula (tambah jika perlu)
- Rebus kacang hijau hingga kembang (kalau guna periuk tekanan tak perlu rendam, cuma perlu rebus 5 - 7 minit atau ikut buku panduan periuk tekanan masing2). Masukkan daun pandan dan air gula tadi. Kacau dan masak hingga mendidih. Tambah air jika perlu.
- Tuang santan. Masukkan garam. kacau dan masak hingga mendidih, jika anda suka bubur kacang yang cair, boleh tambah sedikit lagi air dan biar mendidih. Rasa dan jika anda rasa kurang manis, anda bole tambah gula pasir. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama roti atau biskut...sedap juga dimakan sejuk...hmmmm..
Monday, October 2, 2023
Sarapan pagi...
buah betik sebagai dayang jugak kan..
seperiuk kuah lodeh untuk kami anak beranak. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan.
Sunday, October 1, 2023
Masak lemak ciliapi daging salai+pucuk ubi
dan kak rose paling suka makan gulai lemak cili api yang tak pedas ni digandingkan dengan ikan masin. bertambah2 makan nasi!