Thursday, August 19, 2021

Bila disahkan positive covid

 Allahuakbar... Allah Maha besar yang menghendaki segala sesuatu... walaupun dah sangat berjaga2 tapi tetap nak kena jugak jangkitan pandemic ini.. selama 24 hari langsung tak keluar rumah, tapi ini lah sudahnya... terima kasih Allah atas ujian ini..

alat self monitoring yang mesti kena ada bila kena home surveillance order... ni lah sebabnya dapo maya kak rose ni terbiar lama... dah sihat betul2 ni lah baru ada kekuatan untuk nak tepek kat sini buat kenangan zaman pendemic yang sangat mencabar mental dan fizikal ini. dan bila dah +ve, rasa memang down sangat... memang amik masa untuk pulih semula... kini Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan kawan2 semua kami berjaya lalui saat yang mencabar ini...
29/7 tengahari tu rasa demam dan bila check suhu tu dia... dan malam tu jugak pergi jumpa doktor di seksyen 18, bila dia check suhu 37.3, so tak de demam lah... no batuk, no selesma pun. so dia cuma bagi ubat demam dan antibiotik, incase, katanya... so lepas tu memang tak de rasa demam or what so ever lah..ubat pun tak makan lah.
tapi bila tengahari 30/7 tu dah rasa hilang deria bau pulak dah... masa ni sangat berdebar dan rasa nak deny that dah ada jangkitan. takutnya Ya Allah. dan en asben beli test kit yang kita buat sendiri kat rumah ni... dan resultnya... memang positive untuk kami berdua. petang tu jugak pergi ke klinik dan buat PCR test untuk kepastian... dan result akan dapat dalam masa tiga hari... tapi masa ni dah pasti lah ada jangkitan tu sbb deria bau pun dah tak de kan, cuma nak kepastian tu yang buat PCR untuk kami bertiga, sebab masa ni cucu duduk dengan kak rose.  untuk cucu buat kedua2 test htk rm 79/- dan pcr rm241/- untuk kami berdua cuma buat pcr jer sbb dah buat htk kat rumah kan..
since kami buat test tu petang jumaat, result cuma dapat pada hari isnin... lamanya menunggu.. result en asben cuma dapat pada hari selasa setelah puas menalipun dan bertanyakan. dan sejak dari hari pertama disahkan positif tu ramailah kawan yang tolong suggestkan what to do, what to amik dan sebagainya... petang hari tested positif tu Datin Dilla hantar air kelapa muda+limaunipis+madu untuk diminum. dia dan keluarga baru habis quarantine dan ini lah yang dia amalkan sepanjang kuarantine tu.. so just ikut jer.. macam2 pesannya, jangan minum air sejuk, kena minum air panas yang dari flusk tu, katanya. Dato K juga tolong carikan kelapa muda dan limau nipis.. Alhamdulillah kami dikelilingi jiran2 yang baik2 semuanya..
dan bermula lah rutin setiap pagi dan petang untuk monitor suhu, bp dan juga oksigen level dalam darah.
for both of us, mine dan en asben.. dua kali sehari pagi dan petang... selalunya awal pagi sebelum subuh kak rose dah check, tak sabar nak cepat baik kan
walaupun tak bergejala dan dah di sahkan untuk HSO, tapi kkm asik called nak suruh jugak g ke cac berhampiran untuk assessment katanya... tapi bila tengok dengan berbaris panjang dan ramainya umat yang terkena jangkitan jadi takut lak nak pergi ke CAC di stadium Melawati tu.. tapi selagi tak pergi, selagi itu lah kkm akan called, so g jugak lah... masa kami pergi sebelah petang tu dah tak ramai sangat lah, so dapat lah sedikit privilege, naik buggy untuk ketempat pendaftaran dan terus masuk ke stadium... tak perlu nak tunggu dan berbaris... semuanya dapat dipercepatkan...sehinggalah ke kaunter saringan vital sign ... tapi
selepas selesai kaunter vital sign ni lah baru dapat nak jumpa doktor... masa ni lah yang lama sangat menunggu... dekat 2 jam setengah  jugak lah baru dapat jumpa doktor..tapi sebab kami ni tak de apa simptom so macam tak de apa yang nak di buat assessment... cuma diajarkan untuk update selangkah dan kekaunter seterusnya untuk dipakaikan gelang merah tu..
so dah hari kelima positive lah baru kami dipakaikan gelang merah ni... simpan sini buat kenangan masa pendemic ni.
bila dah disahkan positive dan memang dah tak boleh nak keluar, called klinik untuk bekalan ubat2.. terima kasih Mira tolong hantarkan bekalan ubat ni
another bekalan ubat2 dari TP Care.. terima kasih adik yang tolong hantarkan ubat ni sampai kerumah.
bila dah disahkan positive maka mysejahtera pun dah bertukar status... merah ko!
HSO dari 30 julai hingga 9 ogos.. tp kat situ tulis 8 ogos pulaknya..dah masih kena jawap all the questionnaire hingga 9 ogos tu.
dan sebab kami diselangor, maka Selangkah pun kena isi jugak... pagi dan petang dengan banyak questionnaire tentang simptom yang ada...
sepanjang sepuluh hari quarantine, ni lah yang kami berdua amik.. airkelapamuda+limaunipis+madukelulut dan sedikit garam.. seorang sebiji setiap hari.. terima kasih pada kak hajjah Yam dan jugak dato K yang tolong beli dan hantar kerumah. dalam pada tu ubat2 klinik pun amik gak... untuk protection kan.
ada kawan yang suggest, guna YL ni untuk cepat dapatkan balik deria bau yang hilang tu... tapi agaknya memang amik masa yang lama jugak lah baru dapat balik deria bau tu. hari ke 11 baru dapat balik deia bau tu, nasib baik kak rose dan en asben pun tak kehilangan deria rasa tu, so kiranya makan pun pun tak de masaalah,,, tapi tetap jugak turun berat tu..risau kan! dari 60 to 58kg, dan en asben dari 69 to 66 kg. tapi syukur Alhamdulillah kami tidak diuji dengan keadaan yang serius... cuma hilang deria bau jer simptomnya dan ada batuk sekali sekala untuk kak rose.. en asben cuma hilang deria bau jer.
terima kasih Dato K dan juga kawan2 en asben yang hantar bekalan makanan kering ni... tapi kan memang tak rajin lah nak masak, so hari2 oder tapau jer..

hari ke 11 quarantine, sekali lagi kami ke cac untuk potong gelang ni... Alhamdulillah dipermudahkan semuanya dan mySejahtera pun dah bertukar status low risk dan kembali biru semula..
 

surat pelepasan dari quarantine...Alhamdulillah bebas lah sudah dari jangkitan covid jahat ni.. dan ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk semua yang membantu kak rose dan en asben dalam masa diuji dengan jangkitan ini... terima kasih, Datin Dilla, Kak Hajah Mariam, Dato Kamaruddin, adik mira klinik yang hantar ubat2, Tuan Basiron yang tolong belikan oximeter dan thermometer, en shahriri yang banyak membantu,  kawan2 en asben yang tak putus hantar sarapan, kuih untuk minum petang juga adik kedai makan yang setia menghantar order kami sepanjang hari quarantine.. terima kasih juga pada keluarga, kawan2 semua yang turut sama mendoakan kesihatan kami berdua... hanya Allah saja yang dapat membalas jasa dan kebaikkan semua... dan semuga doa yang baik2 juga untuk anda semua.. Aamiin

2 comments:

  1. Alhamdulillah, Kak Rose dah sembuh.
    Dua kawan pejabat sy pun sedang kuarantin sekarang, sedih dgn keadaan skrg.. semoga semuanya cepat berakhir.

    ReplyDelete
  2. Memang sedih SK.. kat tempat kak rose ni memang rasanya sekeliling dah tercemar dengannya. tengok hotspot tu memang menakutkan!

    ReplyDelete