Thursday, April 15, 2021

Iftar #2 - kuih mesti ada dibulan puasa..

 Asalamaualikum dan selamat berpuasa hari ke tiga hari ini... dan Alhamdulillah selesai sudah puasa hari kedua...dan kak rose nak tepek kat sini juadah berbuka kami semalam...

onde onde buah melaka... kuih yang mesti ada dibulan puasa. permintaan dari en asben yang nak makan kuih ni semasa berbuka... sementelah ada peluang berbuka bersama, so tukang masak pun happy jer nak buatnya.
buah pun apa yang ada dalam stok... mangga susu, seedless anggur hijau dan hitam
pop corn chiken pun boleh lah... tukang masak tak rajin nak goreng ayam tiap2 hari kan..
ikan tenggiri goreng, en asben nak makan cicah dengan cik budu dan ada baki dan en asben bawak balik ke hotel...masih dalam tugasan dalam isolation team sebab covid... terpaksalah berbuka dah sahur sorang2..tapi semalam manage to balik sekejap dan dapat lah berbuka bersama kami..
masak lemak cili api nenas dengan tulang ikan kurau... sayangnya too salty lak jadinya walaupun tulang ikan masin tu dah rendam dan basuh dengan air panas. masih terasa masinnya. so banyak leftover lah gulai lemak ni... camner nak buat ek?
sayur togeh campur dengan kacang panjang dan udang... yang ni tak de lah leftovernya, nasih baik ada nanny yang tolong jaga baby dan ibu berpantang suka sangat makan sayur.. so Alhamdulillah sayur memang jarang berbaki lah.
 

1 comment:

  1. Gulai lemak tu kak letak kentang..bagi serap masin

    ReplyDelete