Saturday, March 6, 2021

Saya suka makan buah..

 Sapa suka sarapan dengan buah, kita boleh geng lah 😁😁

sebenarnya buah ni sampingan jer pun... yang mesti nya pagi2 mesti nak makan roti bakar dan nescafe o kosong tu... dah jadi macam addicted pulaknya. kalau tak dapat minum nescafe tu kepala jadi neng nong sepanjang hari lah dibuatnya. so disamping buah roti bakar tu mesti lah adakan...mana daya nak makan buah... dan selalunya kak rose sarapan selepas balik dari ber lenggang mak limah tu lah...
since biasanya memang seminggu sekali jer g buat marketing, so stok buah ni kena lah beli banyak2 dan macam2 jenisnya... suka makan campur2 cenggini...
jambu air tu beli kat pasar malam, sangat fresh, manissss dan juicy... sedap sangat lah pada kak rose yang memang suka buah ni. kadang tu tak sempat nak potong2, basuh2 terus ngap sebiji sebiji gitu... ishhhh!!! sambil menaip pun boleh menjejeh ailio!
 

actually semua tu reward untuk achievement ni... pepagi kak rose selalu jalan laju brisk walk kat taman kawasan rumah ni... target memang lah nak capai hingga 10 ribu step setiap hari, tapi kak rose buat berselang hari lah, hari2 biasa tu cuma berjalan antara 6k steps saja dan balik rumah kena lah top up tenaga kan... jom sarapan..

dan achievement terakhir untuk minggu ini... seminggu dua kali lah target nak capai hingga 10 ribu langkah tu... Alhamdulillah tercapai jugak lah kiranya kan. sepatutnya berselang hari, tapi sebab hari rabu dan khamis kak rose ada hal dan tak dapat buat, so isnin dan jumaat pun ok la kan..semuga terus istiqamah untuk keeping fit ni..


No comments:

Post a Comment