Thursday, February 4, 2021

Sup telor kentang

suka nak hirup cenggini jer, tanpa nasik... tak de tukang makan jadinya tukang masak pun suka suki buat sup telor macam ni pun dah kenyang kan... 

Bahan-bahan:
2 biji telur
1 biji kentang - kerat 4
sedikit soon, rendam dan toskan
2 biji bawang merah - tumbuk
1 biji bawang putih - tumbuk
1/2 kecil lada hitam -ditumbuk
1/2 kiub pati ayam
Daun bawang / daun sup - dihiris 
garam dan sedikit baby kailan
air


Cara-cara:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lada hitam hingga naik bau.
2. Masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih.
3. Masukkan kentang dan biarkan masak dan masukkan soon.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau. Biarkan telur masak sendiri.
5. Masukkan baby kailan dan perasakan dengan garam. 
6. Hidang dalam mangkuk yang bersesuaian. Taburkan daun bawang atau daun sup untuk hiasan

 

No comments:

Post a Comment