14hb September 2020 yang jadi sejarah...
4 malam mejadi care giver pada en suami yang admitted di KPJ, tergesel motor masa balik dari kerja petang tu.. kerana kecuaian penunggang lain. en asben yang jatuh teruk hingga hospitalised dan menanggung kesakitan yang teramat... mat motor tu keluar dari celah2 kereta yang berhenti sbb jalan jammed tanpa pandang pada motor yang datang dijalan lurus... dan akhirnya....
this the final diagnosis... retak tulang pangkal lengan dan 4 tulang rusuk jugak retak... ouchhh!!!
masa ni baru sampai, terima kasih pada rakan sekerja yang tolong hantarkan ke hospital.. dalam kesakitan yang teramat dengan jalan jem waktu balik kerja memang terasa lambat sangat nak sampai ke sepital... almost eight pm baru sampai.. dan menunggu untuk dapatkan rawatan jugak sangat lama... berkali2 tanya kat kaunter bila boleh dapatkan rawatan tu..
at last... baru lah disorong untuk jumpa doktor... tunjuk semua tempat yang sakit.. tapi masa ni cuma nampak sedikit bruises dan tak lah lebam2 bagai tapi sangat sakit... lengan dan bahu tak leh nak gerakkan... kat rusuk pun sakitttt... so doc advice to go for x ray...
ni lepas x ray... dua kali kena buat x ray dan lepas tu tunggu lagi for next treatment
kena buat jugak ECG test di kawasan treatment awal tu.. lepas ni menunggu lagi untuk buat covid test..lamaaaaaa tunggu baru lah buat test tu. dah selesai semua baru lah di tolak untuk masuk ke wad for admitted
akhirnya at 12am, baru lah sampai ke wad... macam2 procedure untuk sampai kesini...dapat jab ubat tahan sakit dan boleh lah rehatkan diri kat sini.. rehat sambil menahan sakit gitu lah..
next morning...since x ray tak berapa jelas untuk nak diagnosis kesakitan tu.. so kena buat ct-scan pulak dan resultnya seperti yang kat atas tu lah... bertabah lah ya..
melayan kesakitan...dan nak memenafaatkan masa di wad... internet jadi penyelamat
3rd day di wad, kena stat buat physio.... guna iced pack therapy untuk legakan sakit dan kurangkan bengkak dan kena buat ni setiap tiga jam untuk setengah jam sekali procedure tu... Alhamdulillah hari ke empat dah boleh discharge, tapi memang makin banyak lebam biru yang kelihatan di lengan, badan dan kaki jugak.. so kita sambung makan ubat dan buat ice therapy kat rumah saja lah...
memanjakan kaki yang bengkak lebam teruk...cold pack therapy by caregiver kat rumah... dan lepas seminggu ni dah agak selesa walau pun belum pulih sepenuhnya... follow up untuk therapy in 2 days time dan jugak untuk jumpa doktor lagi dalam masa seminggu lagi...semuga cepat sembuh ya en suami.