Tuesday, September 8, 2020

Goreng telo pun sedapppp

 Alhamdulillah dengan rezeki Nya...

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan.... dan tukang masak yang tak berapa rajin ni. dan pulak tu malas nak keluar makan, bila fikir dengan air tak de, soal kebersihan tu yang jadi keutamaan... macammana penyediaannya... ish!!! tak nak fikir lah kan. so masak jugak lah dengan apa bahan yang ada dalam fridge.. dan ini lah jadinya.. ayam fillet goreng berlada, telo goreng ala thai dan sayur pak choy... cam ni pun kami berdua boleh bertambah nasik... kiranya sedap lah tu kan..
nasib baik jugak sebelum kisah air tak de tu ada beli sedozen air mineral yang 1.5 litre tu, so boleh lah guna berjimat2... untuk masak n jerang air jer.. sejak pkp ni kawasan kita ni dah dua kali terpaksa bertahan denagn tak de bekalan air... masa memula pkp tu lagi lama tak de bekalan air ni... dan kali ni selepas empat hari, air mula dibekalkan semula tetapi sangat perlahan dan tak sampai ke bilik air di atas... tapi Alhamdulillah dah ada, walaupun perlahan kan... dan yang jadi masaalahnya perkara ni berlaku disebabkan oleh pencemaran dari kilang yang sama yang menyusahkan 1.2 juta akaun pengguna termasuk lah kak rose ni yang tak boleh nak tapau makanan dan terus jadi rajin memasak walaupun cuma goreng telo!😉😉
 

No comments:

Post a Comment