Thursday, July 30, 2020

Doa hari Arafah


Doa Arafah bukan sahaja baik untuk dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunatkan juga kepada seluruh Umat Islam di seluruh dunia walaupun mereka tidak berada di Padang Arafah.

Di Arafah waktu Asar pada 9 Zulhijjah  hingga ke Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah  itu dikira waktu ARAFAH. Inilah waktu paling mustajab untuk berdoa. Pada masa ini, simpan dalam kepala kita  mahu berdoa dan terus berdoa. Dalam masa beberapa jam ini jangan putus berdoa. Mengulangi doa yang sama juga tidak mengapa. Jika mahu menangis, menangislah sepuas hati. Minta pada Allah bersungguh-sungguh supaya ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua orang-orang islam.
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai untuk anda berdoa.

Himpunan Doa Hari Arafah
  1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).
  4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
7 Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  1. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  2. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.
  3. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  4. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
  5. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  6. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW).
  7. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu.
  8. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  9. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat.
  10. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  11. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
  12. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  13. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  14. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah.
  15. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  16. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  17. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  18. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  19. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan.
  20. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  21. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  22. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  23. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik.
  24. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
  25. Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA 🌍 DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI 
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat itu.
Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah : 186)

Semoga ALLAH SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita. Sesunguhnya kita banyak melakukan dosa. Aamiinn.

## perkongsian dari wall fb.

Tuesday, July 28, 2020

Mee goreng sedapp


mee goreng sedappp yang berulang kali dah kak rose buat... sementelah tukang makan pun suka, maka tukang masak pun happy jer nak buat kalau ada permintaan... dan kalau ada tetamu nak datang rumah, menu ni dah jadi satu hidangan yang mudah kak rose nak sediakan... biasanya kak rose memang sediakan sambal cili untuk goreng mee ni dan yang lain2 tu mudah jer nak sediakan... udang dan fish cake pun sentiasa ada dalam stok... memudahkan kerja kan.. jom tengok resepinya..

Bahan bahan:
500 gram mee kuning
100 gram isi ayam/daging - potong kecil (kak rose bubuh udang jer)
2 biji telur - pukul rata
1 biji buah tomato - potong kasar
3-4 ulas bawang putih - diketuk
1 ulas bawang merah - hiris halus
1 sudu besar cili kisar - guna 2 jika suka pedas
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap pekat
Garam, air secukupnya
1 sudu besar gula - letak 1/2 sudu jer (tak letak)
Minyak
1 sudu besar sos tiram) yg ni kak rose tambah
1 packet fish cake)

Bahan tabur:
1 biji cili merah - hiris
Daun bawang
Limau nipis
Bawang goreng
 
Cara cara:
 
Tumis bawang putih yang diketuk sehingga wangi. Diikuti bawang merah. Masuk cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan udang dan kacau dan  dimasukkan 1 mangkuk air.
Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan buah tomato serta gula. Masukkan sawi dan kacau sehingga sedikit layu. Masukkan mee dan gaul sebati. 
Ketepikan mee, tuangkan telur dan bila hampir masak, kacau rata telur sebelum dikacau bergaul rata dengan mee.
Mee sedia dihidang dengan daun bawang/daun sup, cili merah dan bawang goreng.

Monday, July 27, 2020

Maggi goreng mamak


 laaaamaaa tak beli dan makan megi... dan bila anak kata nak makan megi goreng mamak, tukang masak pun buat lah... hujan pun sanggup redah nak g beli megi ni. berusaha sungguh kan.. guna jer bahan yang sedia ada kat rumah...sayur pun cuma ada sawi hijau jer. kita yang buat dia kan, so seadanya jer lah ya... camner pun habis kami anak beranak makan megi goreng mamak ni... sedap lah pulak. terima kasih pada azie yang kongsikan resepi yang sedap dari blog nya, Azie Kitchen.


Bahan bahan:
3 paket Maggi perisa Kari - rebus
2 paket perencah Maggi kari
Sayur - karot, kobis dan sawi
1/2 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
4 keping tauhu kering (x de ni kak rose tgantikan dengan fish cake)
5-6 ekor udang - rebus seketika (kak rose terus jer masukkan)
2 biji telur  2-3 tangkai cili padi - ketuk (opsyenal)
Cara cara:
Panaskan minyak dalam anggaran 2-3 sudu besar. Tumis bawang besar dulu sehingga layu, baru masukkan bawang putih. Setelah wangi, masukkan udang. Kacau rata. 

Masukkan pula Maggi. Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Lalukan bawah air paip. Kacau rata.

Masukkan pula karot dan perencah kari maggi. Masukkan pula sayur kobis dan sayur sawi serta tauhu. 


Akhir sekali tuangkan telur dan kacau rata. Sebelum dihidang tabur cili merah hiris dan hias dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan

Friday, July 24, 2020

Nasi arab lagi...

Alhamdulillah, dengan rezeki Nya..

kalau malas2 nak masak dengan lauk2 yang banyak, boleh lah mencuba masak nasik arab cenggini... satu lauk jer dan yang penting.. dammmm sekali dalam nasik tu. setel semuanya. mudahkan.. dan nak mudah lagi kak rose guna rempah kabsah yang seda ada jual...resepi nasik arab kabsah ni kak rose ada kongsikan kat sini ya..

 bahan2 yang perlu ditumis untuk memasak nasik arab tu...

 taraaaaa.... dah siap, ayam sekali masak dalam nasik... mudah kerja kan

 salah yang mudah jugak nak sediakan... potong2 dan gaulkan, dah siap..

cuma sos harrah ni yang kena blend... tapi memang sedap lah pada kami anak beranak... tu yang masak brulang2..

Wednesday, July 22, 2020

Makan2 di absolute thai

Alhamdulillah, dapat makan2 lepas terkurung sebab yang sangat laaaamaaaa...

 dapatlah kami empat beranak bergader gader dan makan makan di absolute thai di central i-city hari minggu lepas... tapi agaknya baru lepas kelonggaran pkp kan, so nak dapatkan tempat pun kena lah menunggu... berbaris diluar hingga satu jam baru dapat tempat. anak lah yang jadi mangsa untuk berbaris menunggu dan kami g lah soping2 di sogo pulak. dah dapat tempat baru lah anak called dan barulah buat scanning untuk masuk... tapi sangat worth the wait sbb dapat makan menu yang sedap2 nih... tapi sebab agaknya dah lapo sangat jadi apa pun sedap lah agaknya...

 the drinks...
 the appetizer... deep fried prawn wrapped with wonton skin ciciah sos chili thai..

 crispy spring roll... tapi kenapalah comel sangat kan??

 crispy sotong cicah sos chili thai, lembut didalam dan crispy diluarnya..

  hot and spicy tom yum red base soup serve in fire pot... mmg pedassss tapi sedapppp!

 stir fried mixed vegetables

telor dadar thai style yang sedap..

deep fried garoupa dengan sos masam manis @ rm55.75 sepinggan... but a bit too sweet to my tekak lah, tapi potongan nenas tu memang fresh.

Sunday, July 19, 2020

Jom makan buahan tempatan...

Salam hari minggu buat semua...
jom... nikmati buah2 jer dihari minggu ni..
macam macam ada nih..




 



Saturday, July 18, 2020

Kacang buncis dan udang


 sayur sempoi2 yang tukang  makan suka dan tukang masak pun suka jugak sbb senang nak sediakan..

nikmati dengan nasi hangat2 memang sangat ngam lah... dan yang pastinya tukang masak dah takut pulak nak naik kat alat penimbang... asik makan nasik jer kan..kolesterol pun tak jaga... doktor bagi makan ubat dan soh datang balik dalam masa tiga bulan untuk test darah lagi sekali.. tengok ada penurunan ker tak... adoilaaaa takutnya nak menghadap bebelan doktor tu!

Friday, July 17, 2020

Brokoli bawang putih

 bila dah suka dengan sayur cenggini, memang masak dan makan berulang ulang tanpa jemu.. dan selalunya en asben yang request nak makan sayur cenggini... dan tukang masak pun sangat senang hati nak buat sebab sangat mudah dan bahan pun sangat minima kan.. yang penting brokoli tu mestilah fresh dan celur sekejap jer untuk kekalkan kesegarannya. jom tengok resepinya..

Bahan-bahan:

500 gm broccoli
5 ulas bawang putih ~ dipotong dadu
3 sudu sos tiram
1 camca teh tepung jagung ~ bancuh dengan sedikit air
1/2 camca lada sulah
Air ais ~ untuk merendam broccoli
Garam

Cara penyediaan:

1. Celur broccoli selama 2-3 minit dalam air mendidih. Kemudian sejatkan dan rendamkan ke dalam air ais, 2-3 minit dan toskan. (brokoli akan kekal hijau cam kat atas tu)
3. Tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan angkat.
4. Masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung ke dalam kuali. Apabila kuah telah mendidih, masukkan broccoli dan kacau seketika. Letaklah lada sulah dan garam secukup rasa.
5. Angkat ke dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng tadi. Sedia dihidang.  

Thursday, July 16, 2020

Kerabu mangga ikan goreng

Alhamdulillah, sedap sangat!

 terima kasih jiran yang bagi buah mangga muda ni... nampak macam putik jer tapi bila kupas nak buat kerabu ni dah kuning sangat warna isinya tapi masih keras crunchy...sesuai sangat nak buat kerabu ni bila isi mangga muda tu pun tak masam... tambahkan perahan lemon baru ada rasa masam2 sket...sedap sangat. dan kak rose guna ikan selar goreng leftover terus tumbuk dan gaulkan dengan kerabu mangga tu. jom tengok resepinya..

 Bahan-bahan
1. 2 biji mangga muda disagat
2. 2 ekor ikan goreng, ambil isinya
3. 1 labu bawang besar dihiris nipis
4. 2 biji cili api. kalau nak pedas sila tambahkan ya
5. 2 ulas bawang merah
garam dan gula secukup rasa
sedikit perahan asam limau 

Cara:
1. Mangga disagat dan masuk dalam mangkuk
2. Tumbuk isi ikan, bawang merah, cili api, garam dan gula hingga lumat, masukkan dalam mangkuk mangga tadi
3. Masukkan bahan hirisan tadi dan perahkan asam limau, gaul sebati
4. Dah siappp...









mangga dan nenas yang jiran bagi... mangga dah jadi kerabu, nenas pulak masih bertapa dalam fridge...belum tahu lagi nak buat apa... agaknya rajin tak nak buat pajeri nenas?...time will tell lah nanti!

Wednesday, July 15, 2020

Ubi kuning di kampung

heaven nyaaa la....

 dapat gak makan ubi kuning dari pokok yang kak rose tanam sendiri di kampung..

 panas2 baru angkat dari rebusan.  berebut makan ramai2 dengan adik beradik dan anak buah

ni gambar yang kak rose amik balik masa sebelum pkp, 4 bulan pkp terus dapat makan ubi kuning yang sedap nih. nikmatinya masa hangat2 baru angkat dari rebusan, cicah pulak dengan ikan masin, nasik lemak dengan ayam goreng pagi tu pun tak pandang dah! terima kasih pada kawan yang bekalkan benih ni dari kampungnya di terengganu... mekasih cik mie.

Sunday, July 12, 2020

Tat nenas kerang...

buat lagi dan lagi...

 ada yang nak order untuk raya haji nanti?

 panas2 baru kuor oben ni..

dah siap packing macam ni..50pcs/balang. boleh order untuk raya nanti atau pun untuk buah tangan bila balik kampung nnti kan..

Saturday, July 11, 2020

Total 9 hengget saja...

Alhamdulillah.. semuga tuan gerai ni akan dimurahkan lagi rezekinya..patut lah ramai sangat pelanggannya, berderet2 keta berhenti untuk menikmati hidangan kat sini.

 cendol semua taruk.. kidney bean dan jagung @1.50/mangkuk

 rojak mee @3.00/pinggan

tauhu goreng yang lembuttt dan sedap with kuah sambal kicap tak pedas jugak @3.00/pinggan.
lokasi: Food court peladang batu putih, batu pahat

Dah dapat yang diidamkan...

 Welcome to our family, Kawasaki Ninja250

masa ni baru sampai dari Senawang... jauh g pergi amik moto ni, gantikan moto yang guna selama ni  Yamaha FZ150i.. yang baru guna tak sampai tiga tahun pun dah nak yang baru pulak...
dan first time sampai rumah dengan moto barunya... tahniah anak mama, his first own bike yang beli sendiri
 

 

Friday, July 10, 2020

Kuih bakar cempedak

Asalamualaikum dan salam jumaat buat semua..

 ada hari kena rajin sebab dah ada buah cempedak yang banyak ni.. buah tangan dari kakak masa balik kampung hari tu.. sebiji jer tapi ya Allah besar buahnya dan isi penuh semuanya.. terima kasih kak, dan bila dah siang semuanya terus cari resepi kuih bakar ni..

 ni separuh dari buah tu...padat dengan isi yang sangat manissssss dan juicy...

 dari sebiji buah cempedak dapat dua bekas tipuware besar ni.. puas makan dan buat kuih bakar ni pun masih ada berbaki lagi... dapat jugak tapau  untuk kawan yang datang buah fresh dan jugak kuih bakar cempedaknya... kongsi2 rezeki kan..

 ha... dah siap kuih bakar pandan, resepinya dari cik google yang tolong carikan...

Bahan2:-
2 1/2 cawan isi cempedak
2 biji telor gred B
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula
secubit garam
sedikit pewarna kuning (kak rose tak letak)
sedikit majerin untuk sapu kat loyang

Cara menyediakan:

1. sapu sedikit majerin pada acuan dan letak atas api yang kecil
2. Satukan semua bahan dan kisar halis hingga halus dan sebati
3. Tuang kedalam acuan yang panas dan tabur sedikit bijan keatas permukaan bingka
4. Masak lebih kurang 1 jam dengan api perlahan atau hingga permukaan nampak garing
5. Sejukkan hingga benar2 sejuk baru keluarkan dari acuan dan boleh lah dipotong

Thursday, July 9, 2020

Roti sandwich pisang bakar

Sedap, manisss n crispy...😋😋

 baru kuor dari oben... memang crispy krup krap!

since ada pisang pemberian dari jiran sebelah rumah dan jugak terjumpa resepi sandwich pisang bakar ni, maka terjadilah dia untuk minum petang kami berdua... terima kasih kualihelena konsikan resepinya dan kak rose mohon tepek kat sini ya..

 nikmatinya hangat2 bersama secawan nescafe o tu memang sedap sangat lah...

 memula sapukan butter atas dan bawah pada roti..

 sapukan pulak telor yang dah dikocok sedikit...

 susunkan pisang diatas roti, sapukan telor lagi sekali dan taburkan gula perang diatas pisang tadi..

 dan bakar hingga garing cenggini... memang rangup dan manis dari pisang tu memang sedap sangat lah! kawan2 kalau ada lebihan pisang yang dah ripe tu boleh lah mencuba buat sandwich ni..

ROTI SANDWICH PISANG BAKAR
by. @kualihelena

roti sandwich
marjerin
telur
pisang, hiris nipis
gula perang

Sapu roti dengan marjerin depan dan belakang
Susun roti diatas tray yang telah dilapik dengan baking paper.
Kocok sebiji telur dan sapukan diatas roti.
Susun pisang dengan kemas di atas roti tadi.
Sapukan telur lagi di atas roti, sapu tebal tebal.
Tabur gula perang di atasnya.
Bakar pada suhu 180°c api atas bawah hingga kecoklatan.
Roti sandwich pisang bakar is done!