Monday, April 1, 2019

Jom minum...

home made cendol... πŸ˜‹πŸ˜‹

 sangat lah sedapnya dinikmati semasa cuaca panas membahang walaupun tak de ais sagat tu... guna cube ice pun boleh jer asalkan sejuk kan... since buat sendiri, so boleh lah minum sampai puas... dua gelas ni pun rasa masih tak cukup lagi... tamak sungguh kan..

 semuanya buat from scratch...dan dibuat dengan penuh kasih sayang maka bertambah lah sedapnya...  jom check resepi camner nak buat home made cendol ni..

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung beras (kak rose guna tepung jagung)
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara Membuatnya :

  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan. (kak rose buh ketulan ais)
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

No comments:

Post a Comment