Friday, April 12, 2019

Bacaan Yasin 7 Mubin





 Mubin yang ke 7 dalam surah Yasin...

Asalamualaikum, selamat pagi dan salam jumaat buat kawan kawan semua... pagi ni kak rose nak kongsikan cara2 bacaan Yasin 7 Mubin dan fadhilatnya yang kami grup mengaji buat pada hari isnin lepas untuk mendoakan salah seorang ustazah kami yang akan menjalani pembedahan dan semuga dipermudahkan urusan rawatan selepasnya dan kembali sihat semula seperti biasa... terima kasih pada yang kongsikan dilaman fb dan juga di blog... kak rose mohon nak kongsikan kat sini pulak ya..

Cara Melaksanakan Bacaan Yassin 7 Mubin
===============================
.
Antara fadhilat Yasin 7 Mubin ialah:
.
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
5. Untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang seperti anak,kenderaan,barang kemas dan sbgnya.
(Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya).
.
Perlu ditegaskan,ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat,jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.Ianya adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT.
.
KAEDAH MELAKUKAN BACAAN YASIN 7 MUBIN
.
Untuk memudahkan pemahaman,penulis ambil situasi ketika kehilangan barangan berharga sebagai contoh.Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera.
.
Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
.
Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala ketika dalam sujud yang terakhir.
.
Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin.Apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين),hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT seperti mana langkah di bawah:
.
- Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
 - Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
- Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
- Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77),berdoa.
.
Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).Setelah selesai bererti anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
.
YASIN 7 MUBIN UNTUK PULANGKAN SIHIR
.
Jika anda mengalami sihir yang berulang-ulang dan tiada kesudahan,boleh mengamalkannya.
.
Dan dengan niat memberi kesedaran dan pengajaran supaya penyihir/tukang upah tersebut insaf dan tidak lagi mengganggu ketenteraman kehidupan kita sekeluarga serta bertawakal mereka berhenti dari melakukan kerja-kerja terkutuk itu.
.
Kaedahnya adalah anda perlu melakukan:
.
1. Bangun pada waktu tengah malam, sucikan diri dan berwuduk.
.
2. Melakukan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
.
3. Mendirikan Solat Sunat Hajat 2 rakaat disudahi dengan doa dijauhi gangguan sihir.
.
4. Setelah selesai,baca Surah Yasin hingga bertemu perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang pertama, hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoa “minta dipulangkan sihir kepada penyihir”.
.
5. Ulang lagi dari awal membaca Surah Yasin sehingga perkataan ‘Mubin’ (مبين) kedua, berdoa macam tadi.
.
6. Lakukan semua langkah tadi iaitu mengulangi semula membaca dari awal Surah Yasin,setiap kali berjumpa perkataan ‘Mubin’ (مبين) yang ke 3,4,5,6 dan ketujuh lalu berdoa lagi “minta dipulangkan sihir kepada penyihir dengan niat untuk memberi pengajaran”.
.
7. Kemudian teruskan membaca baki Surah Yasin tadi hingga selesai.
.
8. Selepas itu tidur dan bacalah Surah Al Kautsar 10 X dengan niat memohon petunjuk melalui mimpi.InsyaAllah berhasil….
.
Semoga ia dapat digunakan ke arah kebaikan dan memberi suatu yang bermanfaat untuk kita semua… InsyaAllah …Aamiin.

No comments:

Post a Comment