Renungan untuk para ibu dan wanita2 solehah..
Bahagia itu ada didalam diri, setiap pencari..
perkongsian dari laman muka buku dan kak rose nak sharekan kat sini pulak... untuk peringatan diri sendiri yang selalu lupa dan alpa.. juga buat semua yang sudi baca perkongsian hebat ini..kredit buat penulis asalnya, terima kasih.
Selamat menjemput syurga dalam aktiviti sebagai Ibu dan Isteri yang HEBAT.
Selalu ada BAHAGIA di segala cuaca.
Sebuah percakapan Iblis kepada anak buahnya...
"Jika kau ingin merosakkan sebuah keluarga, rosakkanlah dulu ibunya!!"
Beri dia perasaan akan rasa lelah bertubi yang membuatnya merasa lemah dan habis energi.
Jika dia sudah merasa lelah, ambil rasa syukurnya.
Biarkan dia merasa bahawa hidupnya habis untuk mengurus keluarga dan buatlah dia tidak memiliki apapun, selain lelah yang diperolehinya.
Setelah kau ambil rasa syukurnya, buatlah dia menjadi orang yang tidak percaya diri.
Sibukkan pandangan matanya untuk melihat kebahagiaan orang lain.
Buatlah dia lupa akan kebaikan yang dia miliki.
Buatlah dia merasa kecewa dan tidak berharga.
Jika itu sudah terjadi, ambillah juga sabarnya.
Gaduhkan hatinya agar dia merasa ada banyak hal yang berantakan dalam rumahnya.
Buatlah dia merasa betapa banyak masalah yang ditimbulkan daripada anak dan juga suaminya.
Goda lisannya untuk berkata kasar,
hingga nanti anak-anak mencontohnya dan tak menghargainya lagi, lalu bertambahlah kemarahan demi kemarahan, hilanglah aura syurga dalam rumah.
Dan kau akan menemukan perlahan, rumah itu rosak… dari pintu seorang IBU
....
Sekali lagi, makhluk penting itu bernama Ibu.
Lelah yang tidak selesai menjadi tempat masuknya syaitan,
Ia mengambil bahagiamu, mengambil sabar dan syukurmu wahai ibu.
Jangan biarkan syaitan mengambil itu.
Jika kau lelah, rehatlah.
Jika kau lelah, berbagilah.
Sungguh tak ada satupun yang akan membiarkanmu merasa sakit sendiri, jika kau pandai menghargai dirimu.
Ringankan tugasmu ibu.
Jangan menekan dirimu terlalu keras.
Sesekali tidak mengapa rumahmu kotor.
Tidak mengapa betapa banyaknya pekerjaan yang belum kau selesaikan.
Jangan terjebak dalam waktumu, ibu.
Sungguh tugas muliamu jauh lebih penting dari sekadar rutin yang kau lakukan setiap hari.
Rehatlah,
Walaupun tak mungkin kau tempuh jarak puluhan kilo untuk segarkan diri.
Sekadar menyendiri, menyendirilah.
Beri waktu untuk dirimu sendiri.
Sekadar melihat betapa banyak kebaikan yang kau punya.
Betapa manisnya keceriaan anak-anakmu.
Betapa bertanggungjawabnya suamimu.
Rasakan pelukannya.
Ada cinta dan ketulusanmu dalam tegap badannya.
Kau berharga ibu, jangan pernah lupakan itu.
Tetapi, saat mendengar masalah orang lain,kita semakin sedar bahawa perspektif kita menentukan cara pandang kita terhadap masalah.
Jika kita melihat perkara ini sebagai beban, maka kita hanya akan sampai pada titik lelah.
Jika kita memandang diri hanya sebatas pelaku rutin biasa, kita tidak akan menemukan rohnya.
Berilah penghargaan kepada diri kamu, ibu.
Sungguh perananmu jauh lebih besar dari semua keluhanmu.
Jangan biarkan syaitan merosak bahagia dengan mengambil rasa SABAR dan SYUKURMU kerana dari bahagiamu, tercipta ketahanan sebuah keluarga
Baarakallahu fiikum...
Benar Tu kak rose, ibu2 ni kena byk bersabar Dan berehatlah ketika lelahkan..
ReplyDeleteJazakillah share kak rose wlpn dah baca Dari FB tapi baca lagi..