Ni la klinik gg yang en google bawak kami untuk dapat kan image x ray... so sekali dah buat x-ray kat sini, teruskan jer la dengan mos nya tu... memula dentist tu bagi salinan gambar x ray tu dan soh bawak ke klinik yang memula suggest untuk buat x-ray tu.. katanya dia tak mahu la nanti dikata amik patient orang?? bila kami kata en google yang bawak kami kesini, baru lah dia setuju nak buat operation tu...
consultation dan dia suruh datang balik pada hari sabtu, 4 hari lepas 1st jumpa tu. less hetic dan bileh buat dengan tenang, katanya. so kena tahan lagi la sakit gg tu... huhu
the price list of rawatan yang ditawarkan di klinik ni... bagus macam ni kan... so patient tak payah nak tertanya2 tentang harga perkhidmatan tu... ready jer la dengan ongkosnya..
dan ini lah billnya untuk minor oral surgery tu... ya lah cabut gg bongsu yang melintang tu... memula kak rose takut jugak sbb tengok dua2 doktor pompuan, kecik2 comel jer saiznya. camner nak cabut gg yang bongsu tertanam melintang tu... terdaya ker?.. mama yang tunggu kat luar pun jadi saspen jer! lebih kurang 45 minits jugaklah baru selesai... adussss!!! kebas mulut.
ni la rupa gg bongsu yang melintang tu dan sekarang ni time for recovery before serah diri untuk gg bongsu yang sebelah lagi yang jugak tumbuh melintang. ada tak kawan2 punya masaalah yang cam ni?.... oh ya, untuk x ray dan consultation ni charge dia rm130/-+40/-... muga lepas ni tak sakit lagi lah... Insya Allah.
Wednesday, January 31, 2018
Tuesday, January 30, 2018
Bubur nasi a la mac d
buat bubur nasi ni untuk anak yang sakit gg... gigi bungsunya tumbuh melintang dan menghimpit gg yang geraham yang sedia ada.. memanglah tak tertanggung sakitnya kan... dah g dentist, tapi kat situ pulak tak de mesin x-ray untuk nak tengok kedudukan gg tu... so google dan tawakal jer la cari dentist yang ada mesin tu... dan en google tunjuk dentist kat pinggiran subang.. bila dah buat minor operation tu, mmg x leh nak makan yang keras2 lah... even air panas pun doc tu x bagi.. so... bubur jer la...
memula tu beli bubur mek d, tapi katanya nasi nya nasik keras, cuma hancur jer... tak boleh nak makan jugak. sudahnya mama yang rajin masak ni kenalah buat sendirikan... ha! secawan beras dapat sepiok bubur nasik! puas makan... cuma tak de garnishing nya, cuma ayam siat2 bawang goreng dan cili potong tu untuk hiasan jer... hihi. resepinya...
Bahan-bahan
memula tu beli bubur mek d, tapi katanya nasi nya nasik keras, cuma hancur jer... tak boleh nak makan jugak. sudahnya mama yang rajin masak ni kenalah buat sendirikan... ha! secawan beras dapat sepiok bubur nasik! puas makan... cuma tak de garnishing nya, cuma ayam siat2 bawang goreng dan cili potong tu untuk hiasan jer... hihi. resepinya...
Bahan-bahan
- 1 cwn beras
- 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
- 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
- 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
- sedikit garam
- 1 liter air
- * GARNISH *
- lada merah
- daun bawang n daun sup
- sedikit mninyak bijan
- isi ayam yang dah disiat2
Cara-cara
- Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
- Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmmana kita nak
- Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
- Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk atau sambal kicap.
Monday, January 29, 2018
hastag tenthousandstepsaday
my kekonon keeping fit record
minggu lepas, tapi tiga hari jer berlenggang mak limahnya
31k steps
11.78 miles (18km++)
1k++ calories burnt
kena put more effort to 🏃🏃🏃
kurangkan 🍛🍚🍪🍞
mampukah daku????
selasa
rabu
khamis
dua hari target achieved, tapi third day dah pamcit!!!huhu..
Sunday, January 28, 2018
Nak berdiet?
Dalam mimpi jer la jawapnya...
Uncle jack
kepsi
jalan bawah tanah? bawalah daku ke jalan yang benar... huhu
ayam panggang sdmc's cafe
rojak subang
nasi kerabu w/o budu sedap -->> tapau je
Friday, January 26, 2018
Poket kosong
Asalamualaikum dan salam Jumaat buat kawan2
semuga semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa..
kak rose ade terima artikel ni dalam grup whatApps dan kebetulan masa kuliah zohor hari rabu lepas, ustaz yang mengajar tu pun bercerita dan mengulas tentang poket kosong ni... jom sama2 kita berusaha agar tidak hanya mendapat poket yang kosong... Insya Allah.
Poket Kosong
Imam Masjidil Harram Al-Makki dalam khutbahnya mengatakan:
Hati-hati dengan poket yang kosong
1. Engkau telah berwuduk dengan sebaik2 wuduk akan tetapi engkau membazir menguna air, (itu sama dengan) poket kosong
2. Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian, engkau menghina dan menyulitkan mereka, (itu seperti) poket kosong
3. Engkau solat malam hari, puasa di siang hari, dan mentaati Tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahm, (jelas itu adalah) poket kosong
4. Engkau sabar dengan haus dan lapar, tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) poket kosong
5. Engkau memakai baju kurung dan berjubah, tapi minyak Wangi menyengat, (itu) poket kosong
6. Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu poket kosong
Pada akhirnya *kamu hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket kosong,*kamu mengumpulkan dengan susah payah kemudian kamu membazirkannya dengan mudah pula.
Ya Rabb, kami mohon Hidayah dan keampunan atas kami dan orang-orang yang kami cintai.
Keganjilan-keganjilan orang-orang Arab (secara khusus dan kaum muslimin umumnya)
1. Tidak mampu menunaikan Haji kerana konon belanjanya besar, tetapi sanggup pergi melancung menggantinya, bukankah perdagangan Allah itu mahal
2. Tidak sanggup membeli haiwan qurban kerana harganya mahal, tapi sanggup dan mampu membeli iPhone untuk mengganti model yang ada. bukankah perdagangan Allah itu mahal
3. Sanggup membaca beratus-ratus mesej (whatsapp, fb dll) setiap hari, namun tidak sanggup membaca 10 ayat Al-Quran dengan alasan tiada waktu yang cukup untuk membaca... bukankah perdagangan Allah itu mahal
kongsikan kat sini untuk peringatan dan muhasabah diri sendiri juga untuk yang sudi membaca khutbah oleh Imam masjidil Harram ini... semuga bermenafaat untuk semua..
Thursday, January 25, 2018
Bubur kacang untuk Emma
bubur kacang buruk siku??
Alhamdulillah, dapat jugak kak rose sediakan bubur kacang ni untuk kawan pada ahad lepas. Emma mengadakan majlis tahlil untuk arwah suaminya yang pergi dijemput Ilahi pada awal December lepas. pada mulanya memang cadang nak buatkan laksa johor tapi tak jadi sbb tuan rumah dah buat laksa penang dan jugak nasi dengan bermacam lauk dan jugak kuih muih.. so kak rose cuma sediakan bubur ni untuk dessertnya. jugak gorengkan keropok satu tong beso...
kak rose buat dengan tiga kilo kacang hijau dan sedikit sagu biji... sudahnya jadi seperiok beso ni... dan lepas majlis ade sedikit berbaki, kak rose mintak lah nak tapau bawak balik sbb sebelum bawak tadi memang tak sempat nak menjamahnya... ade ker buruk siku namanya?.. ishhhh... bio ler, asalkan dapat makan kan..
bahan2 untuk bubur:
3 kilo kacang hijau
2 1/2 kilo gula putih
4 ketul gula melaka
3 senduk sagu biji
1 kotak santan (1000ml)
daun pandan
sedikit garam
dengan 3 biji durian ni..
dapat sepinggan beso isi durian... baru lah puas makan dengan bubur tu kan...
bersepah dengan segala bahan nak masak bubur kacang tu..
Wednesday, January 24, 2018
Tuesday, January 23, 2018
Nasi goreng sosej
nasi goreng sosej yang kejadiannya pada minggu lepas... bila masak nasik sikit pun tak leh nak habis, sayang jugak nasi tu kan...so kita jadikan dia menu yang senang nak ngap, tak perlukan lauk yang beria... semua lebur dalam tu, dah siap satu hidangan... mudah kerja tukang masak kan..
bahan2:
2 mangkuk nasi sejuk
3 batang sosej- belah dua dan potong2
sedikit ikan bilis
sebiji cili api - kalau nak pedas boleh la tambah
bawang putih dan bawang merah - cincang halus
sebiji telor
sedikit kacang buncis- dipotong2
cara:
panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ikan bilis hingga garing, tolak ketepi kuali
masukkan bawang dan cili api yang dipotong, goreng hingga layu
pecahkan telor dalam kuali dan buat macam scramble egg
masukkan sosej dan gorengkan sekejap
masukkan nasi dan kacang buncis tadi
gaul rata dan perasakan dengan garam
gaul seketika lagi dan boleh lah padamkan api.
siap dah!
bahan2:
2 mangkuk nasi sejuk
3 batang sosej- belah dua dan potong2
sedikit ikan bilis
sebiji cili api - kalau nak pedas boleh la tambah
bawang putih dan bawang merah - cincang halus
sebiji telor
sedikit kacang buncis- dipotong2
cara:
panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan ikan bilis hingga garing, tolak ketepi kuali
masukkan bawang dan cili api yang dipotong, goreng hingga layu
pecahkan telor dalam kuali dan buat macam scramble egg
masukkan sosej dan gorengkan sekejap
masukkan nasi dan kacang buncis tadi
gaul rata dan perasakan dengan garam
gaul seketika lagi dan boleh lah padamkan api.
siap dah!
Monday, January 22, 2018
The most fabulous banana cake
Asalamualaikum dan salam pagi isnin yang sejukkkk....
hujan pagi yang buatkan tuan tanah tak dapat nak berlenggang mak limah kat padang
sudahnya, pepagi dah ngadap komputer sambil tunggu mesin habis buat kerja
jadilah entry pasal kek pisang ni...
meh kak rose kongsikan resepinya...
Ingredients :~
- 110gm plain flour
- 1 1/2 tsp baking powder
- 1/2 tsp salt
- 1/4 tsp baking soda
- 1 very ripe large banana (about 1/2 to 3/4 cups when mashed) ~ I used 2 bananas
- 3/4 cup granulated sugar
- 1 egg
- 1/4 cup (4 tbsp) butter
- 50ml sour cream ~ I used buttermilk (kak rose guna 50ml susu segar+ 1tsp cuka)
- 1 tsp vanilla extract
THE MOST FABULOUS
BANANA CAKE
Bahan-bahan
110 gm tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh baking soda
1 biji pisang masak saiz besar(1/2 -3/4 cawan bila di hancurkan)
3/4 cawan gula kastor
1/4 cawan mentega
50 ml sour cream/buttermilk (50ml susu segar campur 1 sudu teh cuka)
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya
Campurkan tepung gandum,baking powder,garam dan baking soda dan ayak
bersama.Ketepikan.
Hancurkan pisang.Pukul gula dan telur,tambahkan pisang hancur.
Kemudian tambahkan mentega dan pukul lagi lebih kurang seminit
sehingga adunan jadi pekat dan berkrim.
Tambahkan buttermilk dan esen vanila dan pukul rata.
Tambahkan bahan kering ke dalam adunan dan kaup -balik sampai
rata.Jangan terlebih gaul.
Masukkan ke dalam loyang atau guna cawan kertas.Bakar dengan suhu
180'c selama 20-30 minit atau sehingga bahagian atas nampak golden brown
bergantung pada oven masing-masing.
Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
Method :~
- In a bowl, whisk flour, baking powder, salt, and baking soda.
- Mash the banana with a fork. Make sure the banana is really ripe.
- Beat sugar and egg, add mashed banana. Then add butter and beat for another minute until the mixture is thick and creamy.
- Next, add the buttermilk and vanilla extract and beat until just blended.
- Add the dry ingredients to the wet ones and fold until just blended. Don't overdo the mixing part.
- Pour into greased pan and smooth out the top layer evenly.
- Bake at 180C for about 40 mins or until the top turns golden brown and the cake passes the skewer test. Remove and let cool completely.
Sunday, January 21, 2018
Salam pagi minggu...
Asalamualaikum...
selamat berhari minggu
semuga sentiasa ceria dan bahagia
seceria macam bunga kembang segar dilaman rumah kampung..
Saturday, January 20, 2018
Snacking time... again
Salam hujung minggu buat kawan2 semua..
semuga sentiasa ceria dan dalam lindungan Allah hendaknya.
blog masak2... so entry pun pasal makan jer la ya..
walaupun cuma cekodok, tapi itulah kenyataan yang tuan tanah makan
tetap sedap buat kami sekeluarga...
malah bertambah2 lemak nak menepek sama...
somtam pun ada gak.. ni makan masa g berjimba2 kat Narathiwat tu...
popia ss ali... sesekali memang terasa sangat nak makan menda ni!
beli roasted chicken sandwich, ade additional cookie and drink dalam satu set...
the cookies tu adalah sangat manisssssss!
purple sweet potato chips... cantik kalernya dan... bila dah stat makan tak leh nak berenti lak!
lalu kat tepi jalan, nampak pulak ulundu vadai ni... beli gak. punya lah banyak ciliapi dibubuhnya. tapi sabiji jer vadai yang termakan dan cilinya mmg idok le nak makan!
Friday, January 19, 2018
Makan2 di TCRS
this lately memang acap kali makan kat TCRS ni... terutama yang kat sdmc outlet tu.. setiap kali temankan kawan buat rawatan kat sana, ni lah menu yang dia suka nak makan.. so tukang peneman ni pun ikut jer la... walaupun ada macam2 pilihan, tapi tang nasi TCRS ni jugak la yang jadi pilihan. ok la kan... asalkan sedap dan kena pada selera itu pun dah cukup bagus..
tapi yang ni kami berdua makan kat Aeon mall outlet... pai tee n bean sprout with kicap cair. sambil ronda2 cuci mata, makan jugak lah yang dicarinya..pilihan punya lah banyak kat sini... tapi nasi jugak yang dicari... suka dengan pai tee nya...walaupun makan last, tapi kulitnya masih crispy n crunchy. the filing is only carrot dan sengkuang?
the fishball soup... tapi kena makan without looking at the mangkuk. they should have tukar the mangkuk kepada yang bersih n the plate pun banyak dah sumbing kat bucu2 tu!
tapi yang ni kami berdua makan kat Aeon mall outlet... pai tee n bean sprout with kicap cair. sambil ronda2 cuci mata, makan jugak lah yang dicarinya..pilihan punya lah banyak kat sini... tapi nasi jugak yang dicari... suka dengan pai tee nya...walaupun makan last, tapi kulitnya masih crispy n crunchy. the filing is only carrot dan sengkuang?
the fishball soup... tapi kena makan without looking at the mangkuk. they should have tukar the mangkuk kepada yang bersih n the plate pun banyak dah sumbing kat bucu2 tu!
hainanese and prime honey bbq chicken to go with the nasi ayam..
chinese tea dan another soft dring untuk en asben... Alhamdulillah kenyang sudah.
Thursday, January 18, 2018
Nasi dagang kelantan
acar mentah dan gulai ikan tongkol dah tepek kat dapo maya, dan baru ni la nak kuor nasik nya pulak... masa balik kelantan ari tu dapat sekali jer makan nasik dagang ni dan kebetulan mil ada bekalkan ikan tongkol yang dah siap rebus tu... so buat lah sendiri walaupun tak de beras nasi dagang, kita buat dengan apa yang ada jer... sedap pulak tu, gulai ikan tu pun rasa sangat sedap ditekak kak rose... malah en asben dan anak pun kata sedap... kembang setaman sekejap hidung tukang masak yang tak berapa nak rajin ni. resepi kak rose amik dari fb... mekasih pada yang kongsikan resepinya ya..
Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
- 2 cawan beras nasi dagang (kak rose guna beras jasmine pusa cream je)
- 1 cawan beras pulut
- 1 1/2 cawan santan sederhana pekat
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 2 sudu teh halba
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 - 6 jam. Toskan.
- Rendamkan juga halba untuk seketika saja.
- Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak.
- Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.
- Perasakan santan dengan garam dan gula. Masukkan bahan - bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan.
- masukkan beras separuh masak tadi ke dalam bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar - benar sebati.
- Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak
ni yang kak rose makan masa kat kampung hari tu... ikannya macam tak blend dengan kuah tu, agaknya cuma dicelup jer kot dalam kuah supaya tak hancur... sambal ikan tu sedap, tapi gulai tu yang buat tak kena dengan selera kampung kak rose. huh! mentang2 dah boleh masak sendiri yang 😋😋😋 kan.
Wednesday, January 17, 2018
Tuesday, January 16, 2018
Gulai ikan tongkol
dua ekor ikan tongkol fresh yang besar2, pemberian jiran mil yang baru balik dari laut dan malam tu terus siang dan rebuskan... simpan dalam fridge. bertuah betul kak rose ni kan.. mil dah siapkan ikan tu untuk bawak balik ke shah alam... dan hari semalam kak rose buat lah gulai ikan tongkol ni untuk digandingkan dengan nasik dagang... rasanya ni baru kali krdua kot kak rose cuba masak ansik dagang ni... Alhamdulillah menepati rasa tukang makan dalam rumah ni... walaupun puas mencari rempah cap ros tu tapi tak jumpa... akhirnya guna jer rempah kari ikan... kita yang buat dia, so adjust lah mana2 yang terkurang kan...
resepi gulai ikan tongkol ni kak rose copy dari fb... yang guna kari ikan jer..
GULAI IKAN AYA NASI DAGANG
Bahan - bahan:
1. 2 ekor ikan tongkol sederhana besar - dipotong2
2. 4 keping asam keping
3. garam
4. sedikit air
5. sedikit gula melaka
Cara:
rebus ikan bersama bahan2 diatas.
Bahan2 untuk Kuah
1. 1 labu bawang besar*
2. 3 ulas bawang merah*
3. 4 ulas bawang putih*
4. 1 inci halia*1 inci lengkuas*
5. 1 inci kunyit hidup*
6. 10 tangkai cili kering*
7. Santan
8. garam
9. 1 keping Asam keping
10. sedikit gula melaka
11. perasa
12. cili hijau
13. 1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
14. sedikit minyak untuk menumis
Cara - Cara
1. Blend bahan 2 yang bertanda *hingga hancur
2. kemudian tumis sehingga wangi
3. selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2 seketika
4. masukkan sedikit air, kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili hijau.
6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana,
7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili.
resepi gulai ikan tongkol ni kak rose copy dari fb... yang guna kari ikan jer..
GULAI IKAN AYA NASI DAGANG
Bahan - bahan:
1. 2 ekor ikan tongkol sederhana besar - dipotong2
2. 4 keping asam keping
3. garam
4. sedikit air
5. sedikit gula melaka
Cara:
rebus ikan bersama bahan2 diatas.
Bahan2 untuk Kuah
1. 1 labu bawang besar*
2. 3 ulas bawang merah*
3. 4 ulas bawang putih*
4. 1 inci halia*1 inci lengkuas*
5. 1 inci kunyit hidup*
6. 10 tangkai cili kering*
7. Santan
8. garam
9. 1 keping Asam keping
10. sedikit gula melaka
11. perasa
12. cili hijau
13. 1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
14. sedikit minyak untuk menumis
Cara - Cara
1. Blend bahan 2 yang bertanda *hingga hancur
2. kemudian tumis sehingga wangi
3. selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2 seketika
4. masukkan sedikit air, kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili hijau.
6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana,
7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili.