Monday, November 27, 2017

Dadar lauk samarinda

 Asalamualaikum dan salam isnin yang sejukkkkk..... hujan semalam membawa hingga ke malam dan pagi ni sangat lah sejuknya... itu kah alasan untuk tidak berbris kwalk? entah lah... tapi yang pasti sejak balik dari umrah minggu lepas hingga kini masih nursing batuk yang belum mahu pergi. ubat dan antibiotic pun dah abes, tapi Alhamdulillah dah sangat berkurang... Insya Allah akan hilang sepenuhnya nanti.

sementara tak nak makan yang berminyak2, meh lah buat kuih yang mudah2 ni... cuma kena sediakan inti sadin tu... tumis dengan sedikit minyak... so tak de la berminyak sangat kan... aci tak cam tu???
resepi nya kak rose kopikan kat sini ya.. terima kasih pada yang kongsikan resepi sedap dan mudah ni..

Bahan-bahan:
610 gm air
300 gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Bahan inti:
20 gm rempah kari ikan
1 tin sardin - dihancurkan ( tin kecil)
100 ml air
4 biji cili merah hiris
2 biji bawang besar
3 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang putih cincang
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.
2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.
3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.
4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak dan sedikit kering.
6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.

No comments:

Post a Comment