Asalamualaikum dan salam 8 Ramadhan
semuga kita semua dalam lindungan dan keredhaanNya
sambal ayam penyet... walaupun tak de buat setnya, tapi anak dan en suami suka dengan sambal cam ni... dan ni kak rose buat banyak, boleh simpan dalam peti dan bila nak makan just reheat, sambal pun dah ready kan... tapi kak rose tak leh nak makan! allergic sangat to ikan bilis, jadi tukang buat saja lah! tukang masak akan sangat happy bila tengok dua beranak tu suka makan. nak resepi? meh kak rose kongsikan kat sini ya.... terima kasih pada Ijan, tuan punya resepi asal.
- Sedikit minyak masak
- 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
- 10 biji Cili padi (ikut ler kepedasan memasing ya)
- 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
- 3 biji Bawang putih, hiris
- 5 biji Tomato, potong 4
- 5 cm Belacan (kak rose x bubuh, tp ttp umphhh!!!)
- 2 sudu Ikan Bilis- kak rose lebihkan
- 3 sudu gula merah/secukup rasa (kak rose omit ni)
- (kak rose buat dengan ikan bilis yang banyak tapi cili merah dan cili api tu skit jer!)
- Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
- Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
- Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
- Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
- Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
- Masukkan gula merah dan gaul rata.
- Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
udang goreng celup tepung... terbanyak pulak buatnya, sudahnya meratah macam cekodok pulak! tapi sayang sbb makan lepas bali dari mesjid, udang ni dah tak rangup dah! resepi batter boleh tengok kat sini ya...
ikan tenggiri goreng bersambal, request by anak yang nak makan ikan sambal..
dan ini pebret kak rose... buah apa pun tak kisah, semua boleh ditekak kak rose...
Sambal ikan tinggiri tu yg sodap..
ReplyDeleteYatie, podeh... dua beranak tu jer yang makannya!
ReplyDelete