Saturday, June 17, 2017

Fadhilat solat sunat tasbih

Perkongsian dari Fb Hawa Tun Telani, mekasih ya Tun. mohon kak rose kongsikan kat sini.



 Cara hapus dosa baru, lama, sengaja, tak sengaja... semua lah...

Alhamdulillah... Lepas terawikh tadi, diberi peluang untuk Solat Sunat Tasbih.
Imam kongsi hadith fadhilat Solat Sunat Tasbih ni.

๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ 
“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Abbas bin Abdul Muthalib:
“Wahai Abbas, bapa saudaraku, apakah suka ku beri kurnia. Ku beri hadiah istimewa, ku ajari sepuluh macam keistimewaan yang mana jika engkau membuatnya dihapuskan oleh Allah bagi engkau sepuluh macam dosa;
baik yang terdahulu mahupun yang sekarang, yang sudah lama mahupun yang baru, yang tidak disengaja mahupun yang sengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang.
Sepuluh macam keistimewaan itu ialah: Hendaklah engkau sembahyang empat rakaat, pada setiap rakaat membaca al-Fatihah dan satu surah (ayat al-Quran).
Setelah selesai daripada membaca pada rakaat pertama dan engkau dalam keadaan berdiri maka bacalah ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡، ูˆุงู„ุญู…ุฏู„ู„ู‡، ูˆู„ุงุงู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡، ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah dan Allah Maha Besar) sebanyak 15 kali.
Kemudian engkau rukuk, dan dalam rukuk engkau baca kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian engkau angkatlah kepala dari rukuk dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian engkau sujud dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian angkatlah kepala dari sujud (duduk antara dua sujud) dan bacalah kalimah tasbih itu 10 kali.
Kemudian engkau sujud kembali selepas itu bacalah tasbih 10 kali.
Kemudian angkatlah kepala dari sujud (duduk istirahah sebelum berdiri untuk rakaat selanjutnya) dan bacalah kalimah tasbih 10 kali.
Seluruh kalimah tasbih itu dibaca 75 kali pada setiap rakaat, dan kerjakanlah di dalam empat rakaat.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ ๐ŸŒ 
Solat Sunat Tasbih ni boleh buat siang atau malam
Siang: 4 Rakaat 1 Salam
Malam : 4 Rakaat 2 Salam
Jom manfaatkan baki Ramadhan dengan marathon ibadat

 Kak rose ringkaskan>>>>

Solat Sunat Tasbih 4 Rakaat dan bacaan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir

15 kali - Rakaat pertama selepas Al-Fatihah dan satu surah Quran
10 kali - Dalam Rukuk
10 kali - Bangun dari Rukuk
10 kali - Dalam sujud
10 kali - Duduk antara dua sujud
10 kali - Sujud kembali
10 kali - Duduk istiharah sebelum berdiri untuk rakaat seterusnya
(75 kali untuk keseluruhan satu rakaat dan kerja kan lah dalam 4 rakaat)


semuga bermanafaat buat semua terutama buat diri sendiri.

No comments:

Post a Comment