resepi yang mudah dan sangat moist kejadian kek ni dan kak rose bakar dalam 25 minits dengan cup kecik2 ni...
Bahan-bahannya :
1 bar butter
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren (kak rose guna sunkist)
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)
Cara-cara membuatnya:
1. pukul butter dan gula menggunakan mixer.
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup
menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
4. masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
5. masukkan susu segar dan kaup lagi.
6. setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan butter.
7. bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.
parutan kulit oren sunkist untuk tambah rasa dalam kek tu....
Sedapnya kak rose..
ReplyDeleteLama tak makan kek oren.
Mmmm...terbau aroma oren sampai ke ofis PH...
ReplyDeleteTq sudi share resepi. Bru nk try buat. ๐๐
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1