home made crispy potato wedges... terjamin bersih dah halal, yang penting sedap... angkat dari koli terus boleh ngap panas2 gitu! tapi tu la... cicah cuma ade mayonis n cili sos jer. tapi kan kali ni beli russet potato tu bapak main mahal...rm4.99/kg... bukan ke selalunya about 3 hengget ++ gitu jer kan... dan potato jenis ni saiz memang jumbo... 4 biji pun dah more than 1kg... memang puas makan walaupun buat wedges ni cuma guna 2 biji jer..
resepi kak rose cnp dari Jintanmanis.com.... mekasih ya Ros, kak rose tepek kat sini lak...
Bahan-bahanya
2 biji kentang saiz XL – potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO ( ros tak letak)
1 sudu teh serbuk cili ( kak rose guna serbuk kari ayam)
1 biji putih telur – dikocok
Tepung gandum secukupnya untuk salut ( ros guna tepung goreng ayam)
Garam
Cara-cara
1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit.
setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam
plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi
bersalut dengan kentang.
4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu
demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung
sepenuhnya.
5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
untuk anak-anak,ros hanya salut dengan tepung goreng ayam je, untuk
ros pulak ros campur serbuk kari dalam tepung goreng ayam tu, baru rasa
pedas-pedas sikit.
terasa lapar pula tengokkan si kentang yang elok rupanya itu. eray tunda resepi ni untuk esoklah.
ReplyDeleteNampak rangup kak rose..
ReplyDeleteemmmmm dapnya :)