Thursday, June 9, 2016

Nasi goreng cendawan

 menu simple iftar semalam... dah dua hari kak rose masak nasi tapi tak terhabes makan... so simpan dalam fridge dan petang semalam kak rose buat nasik goreng ni... tapi bila perut dah kenyang makan roti john tu, nasik pun sedikit saja yang terluak... walaupun cuma 2 mangkuk nasik tapi bila dah campur dengan segala mak nenek sayur dan cendawan tu, jadi banyak la jugak sudahnya.... dan masa sahur memang kami tak amik nasik...

resepi nasi goreng cendawan simple kak rose..

2 mangkuk nasi.
segenggam ikan bilis
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 labu bawang besar di potong  dadu
2 biji telur
1 sudu teh serbuk lada sulah
6 kuntum cendawan tiram disiat halus
 celery - potong dadu
 carrot - sagat halus
sedikit kubis diracik halus
1 biji cili merah potong halus
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara:
1.Panaskan minyak, gorengkan ikan bilis hingga garing, tolakkan ketepi dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.
2. masukkan telor dan kacau laju2... buat macam scramble egg tu. dah set, gaulkan semua sekali.
3. masukkan nasi dan sayur mayur.
4. gaul rata dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
5. siap... boleh la hidang dengan keropok dan timun n cherry tomato.

No comments:

Post a Comment