resepi kuih badak berendam ni kak rose cnp dari blog Azie, mekasih ya,,, kak rose kongsikan kat sini kalau ada yang nak mencuba untuk juadah berbuka pulak...
Badak Berendam Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan ( dlm 20 biji )
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
Cara cara:
Campurkan
garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung
sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan.
Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka
Cara cara:
Masak
gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula
larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering.
Bahan Kuah:
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
1/2 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
Sedikit gula - jika suka (opsyenal)
Cara-cara
Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.
Cara Penyediaan:
Ambik
sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti
kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas
plastik supaya tidak melekat
Didihkan
1/2 periuk air bersama daun pandan sehingga mendidih. Kemudian masukkan
kuih yang telah dibuat ke dalamnya dan masak sehingga ianya timbul di
permukaan.
Angkat, tos dan terus dimasukkan ke dalam kuah.
sedapnyer...
ReplyDelete